,

May 21, 2011

RE-GIVEAWAY NANA.

Hai korang !!

Disebabkan giveaway yang dianjurkan oleh Cik Nana before ni tak sempat aku nak join. So, kali ni kita semua jangan lepaskan peluang ok. Cik Nana ni ada buat re-giveaway tau. Bukan sebab giveaway yang before ni tak dapat sambutan ke hape.. tapi disebabkan ada pemenang yang tak tuntut hadiah. Aaaaiisshh !! rugi...rugi..

Disebabkan ini adalah re-giveaway so hadiah juga telah ditukar. Hadiah lama tu telah pun diburn. Tapi hadiah kali ni pon syoookk wooooo !! Nak tau ?? Meh kita usha..

1 helai t-shirt geng blogger crew.

1 set couple key-chain.

Waaahhhh !! Syok tuuuuuu. Sape taknak t-shirt geng blogger crew. Untung aaaaaa. hehe. Yang set couple key-chain tu pun best tau. Dan ada lagi 1 hadiah yang Cik Nana kita ni nak bagi tapi dah takde idea. So, aku nak suggest. Hadiahnya adalah. Taaaddaaaa !!

Bantal yang comel lagi cute. hehe
Tarikh tutup penyertaan ini adalah 27 May 2011. So, jangan lambat2 ok. Jom kita ramai2 join giveaway kali ni. Mana la tau kan. Untung batu tenggelam tapi untung sabut timbul. hehe

Orang yang aku nak tag adalah Cik Wawa


May 17, 2011

1st BLOG ANNIVERSARY CONTEST.


Hai korang !!

Ni adalah contest kedua yang dianjurkan oleh Puan Oyat yang Cik Anne join. Korang ingat lagi tak ?? Yang ni hah Oyat Ceritera's 1st Giveaway. Dan hadiah yang dimenangi adalah .....


Sob..sob..sob.. Sebenarnya aku tak menang pun giveaway tu. Tapi takpe lah. Kira nasib aku masa tu kurang baik lah kan. Dan sekarang aku nak join lagi contest yang Puan Oyat ni anjur. hehe.

Dan korang semua pun boleh join jugak. Tapi korang harus ingat. Setiap contest or giveaway yang dianjurkan mesti mempunyai syarat2 kan. Dan syarat2 yang korang harus ikut untuk sertai contest ini adalah.....

Pertama sebelum join contest ni, korang haruslah jadi follower Puan Oyat. Aku memang dah jadi follower dia coz before ni pun aku dah pernah join giveaway yang dianjurkan. hehe 

Yang kedua, korang haruslah buat entry pasal contest ni. Iye la, lau korang tak cerita pasal contest ni macam mana kawan2 korang nak tau kan. So, karang la sikit. Macam yang aku buat ni. hehe

Yang ketiga, korang haruslah tampal banner contest. Ala, banner yang aku tampal kat atas sekali tu. Nampak tak ?? Bukan gambar kasut tu tapi gambar yang meriah2 ada belon tu. hehe. Dan ianya haruslah di link kan kepada blog Puan Oyat. Dan jangan lupa letak kat sidebar sekali.

Yang keempat, korang haruslah jawab soalan yang diberikan. Puan Oyat ni ada tanya bilakah tarikh anniversary blog dia. So, jawapan aku adalah 18 May 2011. Nak bukti ?? Ok, aku ada dua bukti, tapi 3 keping gambar. hehe

ni yang pertama.

ni yg kedua

ni sambungan bukti kedua.
Last but not least, korang kena tag 3 rakan korang. haha. Dan pastinya orang yang akan aku pilih adalah Cik YanaCik Wanie dan Cik Wawa

Dan korang haruslah alert ok. penyertaan ini hanya terbuka untuk gadis sahaja. dan aku memang gadis pun. so boleh la aku join. so kepada lelaki2 di luar sana sila join contest lain ye. hehe

Ok, done !! harap2 kali ni Kak Oyat bagi lah peluang aku untuk menang pulak, tak dapat hadiah pertama. hadiah ketiga pun jadilah. hehe. Walaupun hadiah dirahsiakan, tapi aku nak jugak menang. yyeeaaayy !!






May 10, 2011

CONTEST I LOVE MYSELF.



Cik Kiah duduk berlunjur,
Berlunjur sambil minum kopi,
Ini contest ketiga yang dianjur,
"I Love Myself" tajuk dicopy.

Berjalan petang bersama Cik Kiah,,
Bawa bersama kuih bakul,
Contest dianjur oleh Pn. Safiyyah,
Tuan empunya blog yang comel lagi cool. 



Cik Kiah pergi ke pasar,
Pergi pasar membeli bunga kantan,
Contest ini perlu sertakan gambar,
Gambar yang terdapat perkataan.

Cik Kiah bersembang dengan Cik Yan,
Sampaikan lupa orang seberang,
Hadiah yang ditawarkan sangat lah lumayan,
Memikat hati semua orang.

Pucuk paku digoreng bersama ikan gelama,
Ikan gelama direndam berkurun lama.
Seluar jeans forever 21 dijadikan hadiah pertama,
Teddy bear juga disertakan bersama.

Mari bersama pergi ke berniaga.
Berniaga di negara Kenya,
Hadiah kedua lumayan juga,
Sweater onitsuka tiger adalah habuannya.

Malaysia tumpah darahku,
Tiada yang dapat menggantikan dirimu,
Diri ini disayangi olehku,
Sayang sehingga tidak pernah jemu.

Menjahit baju di waktu petang,
Sambil bersembang bersama Cik Yan, 
Diharapkan diri ini menjadi pemenang,
Agar dapat merasa hadiah yang lumayan.

Ayam dan itik diberi makan.
Diberi makan hanyalah lepa,
15 Mei adalah hari penutupan,
Sertailah ia sebelum terlupa.

Akhir kata penutup bicara,
Berakhirnya entry yang direka,
Kawan yang sentiasa menjadi mangsa.

PENGALAMAN BERJUMPA POLIS TRAFIK KETIKA TIADA LESEN BERSAMA.

Hai korang !!

Hari ni memang pengalaman yang sangat2 bermakna bagi aku. Banyak pengalaman yang aku dapat. Tapi pengalaman yang paling ngetop adalah berhadapan dengan polis trafik ketika lesen memandu tiada disisi. Nyaris2 aku nak kena saman. Tapi alhamdulillah, Allah telah lembutkan hati polis tu. So, selamat aku hari ni. Kalau tak, memang tak pasal2 la aku dikenakan merit. Dah la baru dapat lesen P.

Alkisahnya, aku just nak pergi interview untuk kerja. Cuti sem yang panjang ni membuatkan aku agak tertekan la jugak. Duk kat umah tanpa dapat hasil. Keluar jew yang banyak tapi masuknye haraaaammmmm. So, terpaksa lah aku cari jugak kerja. Takkan nak mintak duit dengan parent jew. Malu kotttt..

Tetiba tengah jalan ada road-block. Amek ko. Maaatttiii !!! Tapi aku cool jew la. Berlagak macam tak buat salah. Tapi amek ko. Dia suh aku ketepi sebab nak tengok lesen. Dah la lesen aku ade kat Nilai lagi. Aku pun buat muka tak bersalah bagitau la lesen aku takde kat sini.

Dan akhirnya. Polis tu pun lepaskan kami tapi dia amek no henpon cap ayam aku tu sebab nak tanya pasal masalah sosial kat kampung aku. Aku pun ok jew la. Sampai jew kat tempat aku nak interview tu polis tu boleh pulak tepon aku. Dia tanya ade kat mane pastu nak balek kul bape. Aku ni pun bagitau jew lah. Rupa-rupanya ade JPJ pulak yang buat road-block. Dia suh aku berhati-hati pastu kalau ade masalah kol jew dia.

Abes interview. Adik aku suh tepon polis tadi sebab nak tanya JPJ buat road-block lagi ke tak. Aku ni pun tepon la. Dah dia cakap takde. Aku pun pecut la balek umah, Dah sampai umah. Boleh pulak pak polisi tu tepon aku. Uwaaaaa !! Memang mati la aku lepas ni. Tu lah, tak kena saman tapi lain pulak jadinya. Mintak2 la lepas ni dia tak tepon aku lagi dah. Saya dah berpunya la pak polisi. huhu ~~~

So, apa yang aku nak pesan. Korang2 kalau nak pegi mana2 bawak la lesen ye. Jangan jadi macam aku ni. Dah tak kena saman tapi polis tu pulak kol nak sembang. Aaiiiyyoo !!! Mati.. mati.. mati...

May 8, 2011

SEBATANG POKOK BUNGA.

sahabat.
ikatan persahabatan yang sangat suci.
ianya ibarat seperti menanam pokok bunga.
perlu dibaja.
perlu disiram.
dan perlukan cahaya.

pokok bunga yang ku pernah jaga dahulu.
ku tak tau di mana salah dan silapnya.
hari demi hari.
bunga dan daunnya telah pun layu.
baja telah ku letak.
air telah ku siram.
dan cahaya pun telah kuberi.

aku tidak puas hati.
lalu aku selidik.
owh !!
aku telah tersilap memilih baja.
baja yang ku letak itu.
rupanya adalah RACUN.
ianya tidak sesuai bagi pokok bunga itu.
akhirnya.
pokok bunga itu sudah layu.
dan sudah hilang di pandangan mataku.

kemudian.
satu hari.
aku telah berjumpa.
dengan pokok bunga.
yang sama macam aku punyai dulu.

tapi.
kiri dan kanan pokok itu.
terdapat pokok lain yang mengelilinginya.
sungguh indah keadaan pokok itu.
nampak sangat segar dan ceria.

aku teringin untuk mendekatinya.
namun aku tidak mendapat kekuatan.
aku takut.
kenapa ??

kerana.
aku takut.
aku takut bila aku dekati.
bila aku pegang.
bila aku jaga.
pokok itu akan layu.
pokok itu akan hilang.

jadi.
apa yang aku mampu.
hanyalah lihat dari jauh.
memandang di sebalik pokok2 lain.
dan mencium haruman bunga itu dari jauh.

tapi.
kadang-kadang.
hatiku memberontak.
hatiku menjerit.
hanyalah satu keinginan.
keinginan untuk melihat pokok itu.

dan kakiku mengatur langkah.
hatiku berdebar-debar.
bagaimanakah keadaan pokok itu.

aaahhh !!
pokok bunga itu.
nampak sangat segar.
nampak sangat ceria.
ianya terbukti.
pokok bunga itu.
tidak perlukan ku lagi.
memang tidak perlukan.

lalu.
aku terus mengatur langkah.
berjalan dan terus berjalan.
sambil tersenyum.
memujuk hati.
namun.
air mata ini sangat murah.
mengalir dan terus mengalir.
ibarat air sungai.
yang sangat tenang mengalir.

aku bertekad.
aku berjanji.
selepas ini.
aku takkan.
memetik atau mengambil.
mana2 pokok bunga lagi.
biarlah.
ianya sendiri datang padaku.

p/s :: diubahsuai daripada nukilan Izzati Ismail.

May 7, 2011

MENANG CONTEST.

Hai korang !!

Hari ni teruja giler bila on fb terbaca wall post kawan aku ni. dia cakap aku menang contest. dah la dah 2 hari aku tak online sebab sibuk. lepas baca jew post dia tu terus aku tengok blog aku and review balek contest2 yang aku dah join.

Aaaiisshh !! baru aku taw banyaknye la contest and giveaway yang aku join tapi semua tu takde rezeki lagi. tapi, bila aku bukak contest ni and tengok senarai pemenangnya. barulah aku tau yang aku telah pun dipilih untuk menjadi pemenang. yyeeeaaaayyy !!! walaupun sebagai pemenang saguhati jew, tapi aku sangat2 la excited.

First time kot aku dapat jadi pemenang. hehe. suka2 !! papew pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat CWL dan penaja bersama. lain kali buatlah contest lagi. lepas tu boleh la cik anne join lagi. haha

Lepas ni rasa lagi excited nak join contest2 n giveaway bagai ni. ^^,

May 2, 2011

APAKAH KELEBIHAN BLOGGER PEREMPUAN BERBANDING BLOGGER LELAKI.

Hai korang !!

Dah lama aku tak membebel kat sini kan. asyik masuk contest jew. sebenarnya banyak jew entry yang aku nak post tapi disebabkan minggu exam. terpaksalah aku perap semua entry2 tu. kalau contest ni takpe coz contest or giveaway yang aku join pun semua simple2 jew. masa yang diperlukan untuk buat entry tu pun juz lapanpulohlapan saat. hehe.

Aku pernah la jugak terfikir. apa kelebihan blogger perempuan berbanding blogger lelaki. aku ni rajin la jugak blogwalking. kadang2 aku juz jadi silent reader jew. aku kan low profile. huahuahua. rasa macam nak hantuk kepala aku ni kat dinding sekarang jugak jew.

Ok lah. apa yang aku nak cakapkan, aku perasan la jugak. blogger perempuan ni ramai giler follower. blogger lelaki pun apa kurangnya. tapi adalah blogger perempuan yang baru start 4 bulan tapi follower dia da cecah 500++. giler masyuk. lebih2 kalau blogger yang suka tempek2 gambar dia yang cun sampaikan meleleh air liur orang yang tengok. perrrgghh !! tu memang confirm follower cecah 1000++.

Apa yang aku perasan la. blogger perempuan lagi senang nak naik dari blogger lelaki. kenapa aku cakap macam tu. sebabnya. kalau blogger perempuan ni letak gambar2 dia yang ala2 model tu. confirm ramai orang yang tertarik. bila dah ramai orang tertarik, ramai la yang akan jadi follower. bila dah ramai yang jadi follower, makin ramai la yang hari2 dok intai blog dia pasal nak tau entry apa yang dia tulis.

Yang kedua. bila blogger ni ada blog yang cantik2. biasa la kan. biasanya blog yang cantik2 ni perempuan la. sebabnya perempuan kan suka benda yang cantik2. so, blog diorang pon diorang nak la cantik2. tu pasal la ada yang blink2. ada gadget yang comel2 tu. so, bila benda tu dah menarik. ramai la orang yang terpikat. bila ramai yang terpikat, masa tu lah ramai yang orang duk follow tu.

Yang ketiga. bila blogger anjurkan contest. sepanjang aku join contest or giveaway ni. yang ramai anjurkan perempuan lah. dan kebanyakkan syarat2 yang ada salah satu daripada tu mesti follow blog contest. hah, masa tu lah ramai yang jadi follower blogger tu sebab nak join contest or giveaway. bila dah join, kalau nasib baik dapat hadiah. bila dapat hadiah hati pun gembira la kan. so, tak kesah la.

Yang keepat. bila blogger tu sibuk duk post entry bergambar. tak kisah la gambar dia dengan boiprend dia ka. dia dengan pamily ka. dia dengan kawan2 ka. tapi yang penting, model yang dalam gambar tu mesti lah cun2 or tak jemu mata memandang. so, ramailah orang yang suka jaga tepi kain orang ni nak follow dia. sebabnya nak update kisah si model cun ni. manalah tau kot2 dapat masuk surat khabar ka nanti. iye dok ??

Sebenarnya banyak lagi. tapi macam panjang sangat dah aku bebel. takpe lah. nanti senang2 aku citer pulak nape blogger lelaki ramai follower. jumpe lagi.

Dan yang paling penting. jangan lupa klik kat duit tabung aku tu ye. =.="

BUDAK MUNCIT