Hari ni dah masuk hari yang ke enam belas umat Islam berpuasa. Semua orang tengah gembira menghitung hari nak beraya. Semua dah sibuk prepare pasal raya. Baju raya la, kueh raya la, perabot raya la, semua yang berkaitan dengan raya la pendek kata. Tapi aku jugak yang tengah sedih.
Bagi aku di bulan ramadhan ni, banyak ujian yang aku hadapi. Salah satunya adalah bekerja di bulan puasa. Penat tu memang tak dapat dinafikan. Pukul 9 pagi masuk kerja balik pulak pukul 5 petang. Memang aku rasa sangat mencabar. Sebab kerja aku bukannya duk dalam opis yang aircondnya tu 24jam 10'C. Kerja pulak duk mengadap laptop je. Bila bosan boleh bukak FB. Tapi kerja aku ni loading barang yang baru sampai. Checking stock. Setup barang. Memang semua kerja yang penat lah.
Ujian kedua yang aku hadapi adalah tak dapat beraya bersama buah hati aku. Plan bagai nak rak tapi alih2 dia kena kerja pulak. Kalau kerja kat darat takpe lah jugak. Ni kerja kat platform tengah laut sana. Sape yang tak sedih. Dah la baju raya pun kami tak beli lagi. Konon2 nak shopping raya sama2. Sekali jadi macam ni.
Sekarang ni pun dia ada kat laut sana. Mula2 dia dapat balek ari ni sebab ari khamis ni dah kena pergi sana balek. Tapi pagi tadi dia call aku cakap kena balek esok sebab heli takde. Tuhan je yang tau perasaan aku masa tu. Dah la aku dah plan nak berbuka puasa dengan dia hari ni. Tak dapat la jawabnya kami jumpa. Esok dia balek, aku pulak kerja. Habes kerja aku kena terus balek kampung. Hari khamis dia dah balek sana. Hmmmm.
11hb nanti aku dah balek UKM. Dia pulak maybe 18hb baru balek. Jawabnya memang aku tak dapat jumpa la dengan dia. Sape yang tak sedih. Aaaaiisshhh. Air mata aku pun dah bertakung ni. Masa dia call aku buat relax je. Aku taknak dia sedih bila tau aku sedih. Aku taknak dia rasa bersalah. Aku taknak dia hilang fokus kat kerja dia nanti. Tapi hati aku pulak sakit macam kena cucuk. Aku rasa empangan air mata aku ni bila2 je boleh pecah. Sampaikan otw nak pergi kerja pun aku boleh nangis bila aku teringat yang dia tak raya dengan aku tahun ni.
Banyak sebenarnya yang aku nak luahkan kat sini. Tapi makin banyak yang aku tulis, makin banyak pulak air mata aku yang mengalir. Aku taknak nangis. Aku taknak sedih. Aku nak jadi seorang yang tabah. Aku nak jadi seorang yang cekal. Baik aku berhenti sebelum laptop aku ni basah dengan air mata.