,

Jul 10, 2011

LESEN P.

Aaaiisshh.. rasa macam lama je aku tak conteng2 kat buku ni.. kemalasan dan kesibukkan yang melampau-lampau buatkan aku tak amek kisah pun buku ni.. kesian pulak.. dah la tak berupdate..

Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan. Aku dah dapat lesen P tau. hehe. Boleh la berbangga jap. Lesen P untuk motor dan kereta. Boipren aku cakap senang sikit lau dah ada lesen ni. Takde lah aku susahkan orang lain lau nak ke mana-mana nanti. Memandangkan dia pun keje kat platform dan selalu laaa takde kat darat ni. Abah aku pulak ada bisnes sendiri. So, owez takde kat umah lau siang2 hari ni. Mak aku pulak penakut orangnya. Sebab tu la tak leh bawak kete. hehe

Hmm..... Excited ke ada lesen kete ni ?? Ntah la eh. Bagi aku macam biasa je. Lagi excited bawak moto sebenarnya. Kalau bawak moto ni senang sikit. Kalau bawak kete ni owez kena berjaga-jaga. Sebabnya aku ni belum mahir sangat pun bawak kete. huhu

Nanti aku ada masa aku tulis kat sini pengalaman aku semasa amek lesen ni ye. Tunggu tau. hehe.

OK la.. chow babe !!!

BUDAK MUNCIT