,

Dec 31, 2010

MENJADI BLOGGER.

yeeaaayyy !! tajuk nak gempak jew kan. ari ni bukan nak citer pasal menjadi seorang blogger pon. tapi ari ni jom kita belajar macam mana nak start jadi seorang blogger. mana la tau kan azam baru tahun 2011 ni nak create blog and jadi blogger lak. semua orang ade azam baru kan. ok !! tak yah nak bebel banyak2. jom kita menyelam !! ( motif ??)

first credit to teknikbuatblog.blogspot.com coz cik anne banyak refer kat blog dia. even tak same but still ade sikit2 yg cik anne refer. mase mula2 nak create blog ni pon cik anne banyak refer kat teknikbuatblog. ayat dia sangat mudah difahami untuk orang yg baru nk start berblog ni.

bagi cik anne blog ni sangat seronok. bukan jew kita boleh dapat banyak pengalaman tapi kita pon boleh luahkan perasaan kita kat sini. walaupun sebenarnya blog ni tak la private sangat tapi kalau kita pandai manipulated so blog ni akan jadi private. buat blog ni tak susah pun yang penting kena ade kemahuan la. kita boleh jew refer kat blog2 yg memang khas untuk ajar macam mana cara-cara berblog ni. seronok taw, hehe.

1. mempunya akaun dengan Gmail. if belom ade so boley la daftar di www.gmail.com. 

2. selepas da daftar masuk ke www.blogger.com. lebih kurang cam ni la rupenye.
klik utk tumbesaran.


3. klik get started yg cik anne da letak panah warna merah kat gambar atas ni ea. then, keluarlah rupanye cam ni.
klik utk tumbesaran.

4. bahagian 1. create a google account. ok, ni untuk sape2 yg still tak de google account . da siap isi semua klik continue yg kat bawah dalam kotak warna oren.

5. bahagian 2. name blog. maksudnye namakan blog yg kamu mahu. first, isi kotak yg ade tulis blog title kat tepi. masa kat sini, korunk boley la tulis tajuk blog yg korunk nak sangat kan. iye la, da 3,4 malam dok pikir blog title jew kan, hehe. ingat taw, tajuk blog bukan nama blog !!

6. blog url address. ha !! kat sini baru la korunk boley isi nama untuk blog korunk. contohnya, http://payungkehidupan.blogspot.com (ni nama blog cik anne ok). after tu, boley la check availability untuk check sama ada nama yg korunk pilih tu da digunakan oleh blogger laen atau tak. kalau da ade jawabnya korunk kena la pikir nama laen.

7. word verification. mende alah ni juz nak pastikan yg korunk ni adalah manusia dan bukannya robot. hehe. korunk juz tulis jew balek apa perkataan yg tertera kat situ. klik continued.

8. bahagian 3. choose template. kat part yg ni korunk boley la pilih template yg korung nak. ala, background blog korunk la. kalau tak nak guna yg ni pon boley. korunk refer la balek kat blog cik anne before ni. coz kat situ cik anne ade ajar cam mane nak tukar background blog. ok, faham ??

9. lepas klik jew continued, blog kamu dah pun create. so, da boley start berblog da. senang kan buat blog ni.   lepas ni cik anne akan ajar perkara laen pulak k. tapi still berkaitan dengan blog jugak.

p/s :: selamat mencuba !! ^__^
p/ss :: u follow me. i will follow u 2...



Dec 25, 2010

KISAH SEORANG CIKGU.


Tengah2 syok ber"facebook"ing, aku terbaca satu artikel ni. Tetiba jew aku terpikir. Di dunia ni terdapat pelbagai jenis orang. Aku rasakan seperti kerdilnya kita sebagai orang Islam jika kita tak bertindak pertahankan agama kita sendiri. Sebelum aku ulas lebih panjang, jom aku kongsi artikel ni dengan korang.
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
First, credit to iluvislam.com coz aku pon amek artikel ni dari sane. Mula2 aku baca rasa cam nak jew sekeh2 kepala cikgu tu. Ada ke patot dia ajar students dia bukan2. Membazir jew duit mak bapak yang hantar anak dia kat sana. Sepatotnya dia sebagai cikgu kenalah ajar yang baik2, ni tidak. Kalaupun dia tu non-muslim dan tak percayakan Tuhan tu ada, janganlah pengaruhi budak2 kecil yg tak tau ape2 tu. Kesian kat diorang. Tapi ada hikmahnya juga cerita ni. Sebagai ibubapa, mereka pun kenalah bertanggungjawab jugak. Jangan disebabkan diorang berkerjaya so diorang serahkan semua urusan mendidik dan menjaga anak2 diorang kat cikgu sekolah or nursery. Aku rasa tak patot sangat taw. Kesian budak2 tu, tak dapat kasih sayang dan perhatian yg sebetulnya dari parents diorang sendiri. Ape2 pun kepada parents2 kat luar sana (even aku tau yg diorang x baca pon blog aku ni) didiklah anak anda sendiri dan janganlah terlalu percaya kpd orang laen. Sekian.

Dec 24, 2010

NYALAKAN LILIN.

APA arti sebuah lilin dalam kehidupan?  Mungkin ini terlalu dipertanyakan.  Sebab, lilin hanya sebuah benda kecil. Kegunaannya baru Nampak ketika lampu elektrik di rumah kita padam.

Tapi, lilin adalah cahaya.  Dan cahaya merupakan sebentuk sambungan.  Kebalikannya adalah gelap.  Yang terakhir ini bukan sambungani. Ia tidak memiliki daya. Ia adalah keadaan hampa cahaya. Kerana itu, meskipun kecil, lilin selalu dapat mengusir gelap.

Allah menggambarkan petunjuk dengan cahaya, kesesatan sebagai gelap.  Ini mengisyaratkan, pasukan kesesatan tak memiliki sedikitpun daya di depan pasukan cahaya.  Ia hadir ketika pasukan cahaya menghilang.  Sepanjang sejarah, umat kita mengalami kesesatan ketika ‘roda pergerakan syiar dakwah’ berhenti bergerak.

Disini tersirat sebuah kaedah syiar dakwah.  Bahwa gelap yang menyelimuti langit kehidupan kita, sebenarnya dapat diusir dengan mudah, bila kita mau menyalakan lilin syiar ini kembali. Berhentilah mengikut gelap.  Ia sebenarnya tak berwujud dan tak berdaya. Kita tak perlu memanggil matahari untuk mengusirnya. Tidak juga bulan.

Tak ada yang dapat kita selesaikan dengan kutukan.  Sama seperti tak bergunanya, ratapan di depan sebuah bencana.   Musibah, jahiliyah, kekalahan yang sekarang bermaharajalela di seantero dunia Islam kita, tak perlu ‘di islah’ dengan kutukan ataupun ratapan.   Sebab kedua tindakan itu tidak menunjukan sikap ‘Ijabiyah’ (positif) dalam menghadapi realiti.   “Adalah lebih baik menyalakan sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan”.

Sikap ijabiyah menuntut kita untuk menciptakan kehadiran yang berimbang dengan kehadiran fenomena jahiliyah dalam pentas kehidupan.  Ini mungkin tak kita selesaikan dalam sekejap.  Tapi sikap mental imani yang paling minimal, yang harus terpatri dalam jiwa kita, adalah membuang keinginan untuk pasrah atau menghindari kenyataan.  Kenyataan yang paling buruk sekalipun, tidak boleh melebihi besarnya kapasitas jiwa dan iman kita untuk menghadapinya.

Disini ada sebuah pengajaran yang agung. Bahwa sudah saatnya kita membuang kecenderungan meremehkanPOTENSI diri kita. Ketika kita mempersembahkan sebuah amal yang sangat kecil, saat itu kita harus membesarkan jiwa kita dengan mengharap hasil yang memadai. Sebab amal yang kecil itu, selama ia baik, akan mengilhami kita untuk melakukan amal yang lebih besar. Ibnul Qayyim mengatakan, sunnah yang baik, akan mengajak pelakunya melakukan ‘saudara-saudara’ sunnah itu.

Akhirnya, tutuplah matamu dan nyalakan lilin, lalu: “Katakanlah, telah datang kebenaran. Sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap”.

p/s :: credit to BICARA HIDAYAH.

Dec 22, 2010

MEMILIH ESOK DI HARI INI.

    “Hari orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ….” (QS. Al-Hasyr: 18)

BERSYUKURLAH orang-orang yang beriman. Hidupnya begitu mudah, tenang, dan membahagiakan. Kesulitan-kesulitan hidup, tak lebih hanya kerikil-kerikil ujian yang sesekali mengguncang jalan. Kadang terasa kecil, dan tak jarang lumayan besar. Besar kecil guncangan sangat berbanding lurus dari bagaimana tehnik kesiapan diri menghadapi jalan hidup.
Di antara teknik kesiapan itu adalah kemampuan kita menata hari esok. Hidup perlu perencanaan. Kitalah yang menyiapkan, apa warna hari esok. Kelak, Allahlah yang menentukan, apa warna yang sesuai buat kita. Ketentuan Allah selalu yang terbaik buat sang hamba. Dan segala upaya perencanaan itu tak akan pernah sia-sia di sisi Allah.
    “….Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya, pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa.” (QS. Yusuf: 56-57)

1. KESEMPATAN TAK BERKUNJUNG DUA KALI.

Salah satu nikmat Allah yang teramat mahal adalah kesempatan. Di antara wujud kesempatan buat seorang manusia adalah hidup sebelum matinya, sehat sebelum sakitnya, waktu luang sebelum sibuknya, muda sebelum tuanya, dan kaya sebelum miskinnya.
Sayangnya, tak sedikit orang yang akhirnya menyadari bahwa sesuatu adalah kesempatan ketika sesuatu itu telah pergi. Dan kepergiannya itu merupakan kehilangan besar. Saat itulah baru terasa kalau luputnya sang kesempatan merupakan kerugian yang teramat besar.
Seperti itulah, mungkin, ketika orang-orang yang durhaka kepada Allah menghadapi dahsyatnya neraka. Mereka berujar, “Andai kami dulu termasuk orang-orang yang bertakwa. Andai kami tidak mendurhakai Rasul. Andai kehidupan bisa terulang dua kali. Andai….”
    Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua nikmat di mana manusia banyak tertipu karenanya: kesehatan dan kesempatan.” (HR. Bukhari)
Keadaan hari esok, sejenak apa pun waktu yang dibutuhkan, merupakan rahasia Allah. Tak seorang pun yang tahu bagaimana nasibnya di hari esok. Bahagiakah, dukakah, kemudahankah, atau kesulitan dan musibah. Dan persiapan diri dalam menghadapi segala kemungkinan itu adalah modal yang luar biasa. Masalahnya, bagaimana mungkin persiapan bisa teraih tanpa menyiasati kesempatan yang hampir berlalu. Di situlah, seorang hamba Allah tak boleh menyia-nyiakan nikmat kesempatan. Sebentar apa pun kesempatan itu hinggap. Dan sekecil apa pun takaran kesempatan terlihat.

Ketika masih ada nikmat hidup, persiapkanlah ia buat menghadapi mati. Ketika sihat masih melekat, persiapkanlah ia buat datangnya sakit. Ketika waktu luang menyambang, persiapkan ia untuk menyongsong sibuk. Ketika muda masih ada, persiapkanlah ia buat masa tua. Ketika kaya masih jaya, sisihkanlah ia buat datangnya miskin. Dan, tak ada kemiskinan yang paling menyusahkan selain miskin amal di saat hari kebangkitan.

2. PERENCANAAN MENGIKIS PENYESALAN.

Orang-orang yang malas mengelola kesempatan selalu bersembunyi di balik tawakal. “tidak perlu persiapan, tawakal ajalah,” begitulah mungkin anggapan mereka.

Saat itulah, orang-orang yang meyakini hal itu sedang terjebak dalam kebodohannya sendiri. Islam tidak pernah memposisikan tawakal sebagai legitimasi kemalasan. Siapakah hamba Allah yang paling tawakal selain Rasulullah saw. Beliau bersusah payah mencari penghasilan sebelum memasuki gerbang pernikahan. Beliau menanam Mush’ab bin Umair di Madinah sebelum kaum muslimin Mekah hijrah ke sana. Beliau memerintahkan para sahabat untuk berlatih kemiliteran sebelum memasuki arena peperangan.

Sekecil apa pun perencanaan, setidaknya, ia akan menjadikan seseorang siap menghadapi rumitnya hari esok. Karena kumpulan hari-hari esok tak lain adalah ladang ujian. Semakin banyak hari esok yang kita lalui, akan banyak dan meningkat pula ujian yang akan kita hadapi.

Hidup bagaikan meniti anak tangga. Semakin banyak anak tangga yang kita lalui, semakin berat beban yang kita bawa, dan semakin besar risiko jatuh. Dengan begitu, semakin jauh hari esok yang kita rencanakan, semakin matang perhitungan-perhitungan yang mesti kita siapkan.

Penyesalan selalu datang kemudian. Ia bisa menghapus segala nikmat kesempatan yang telah berlalu. Dan rasanya begitu menyakitkan. Jika penyesalan tak segera berubah perencanaan, maka penyesalan akan selalu muncul di hari esok. Tak ada kata terlambat buat melawan penyesalan selama nikmat kesempatan hidup masih tersedia.

Seorang mukmin tak patut merundung penyesalan yang berkepanjangan. Ia harus bangkit, siap menyongsong kasih sayang Allah selanjutnya. Inilah ucapan Nabi Ya’qub kepada anak-anaknya yang diabadikan Alquran dalam Surah Yusuf ayat 87.
    “Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
3. PAGARI HIDUP DENGAN MUHASABAH.

Muhasabah adalah pelengkap lain dari kesiapan seorang hamba Allah menghadapi hari esok. Boleh jadi, ada rutin hidupnya yang nyaris melencong dari rel perencanaan. Saat itulah, rutin itu boleh diluruskan.

Orang yang hidupnya akrab dengan muhasabah menjadikan hatinya senantiasa hidup dan terjaga. Tidak mati dan lalai. Ia selalu menghitung-hitung prestasinya di hari ini dengan kemampuannya di hari kemarin. Meningkatkah, sama, atau kian berkurang. Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari kemarin. Merugilah orang yang hari ini sama dengan kemarin. Dan celakalah mereka yang hari ini lebih buruk dari kemarin.

Umar bin Khaththab adalah di antara sahabat Rasul yang sukses menata hari-harinya. Sebagai apa pun, termasuk seorang khalifah. Di masa kekhalifahannyalah, dunia kian mengenal Islam: dengan sukarela atau terpaksa. Dan muhasabah, adalah di antara kunci suksesnya. Beliau r.a. pernah mengatakan, hisablah diri sebelum dihisab orang lain. Atau, evaluasilah diri, sebelum dievaluasi orang lain.

Ketika kita mampu menatap hari esok di hari ini, tataplah dengan penuh perhitungan. Karena hari ini adalah rangkaian buat hari esok. Hari kemarin telah menghilang, dan hari ini tak akan berulang. Pilihlah mutu hari esok ketika ia bisa dipilih di hari ini.

Dec 21, 2010

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR...

SEORANG yang mempunyai ilmu dari ahli Kitab berkata, “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka ketika itu (Sulaiman) melihat singgasana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata, “Ini termasuk karunia Tuhan-ku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya ia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan baransiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhan-ku Maha Kaya, Maha Mulia.” (An-Naml, 27: 40)




1. MANUSIA DIUJI DENGAN KESUSAHAN ATAUPUN NIKMAT.


Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat. 
Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.


2. ADAKAH BERSYUKUR ITU LEBIH MUDAH DARI BERSABAR.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya:
 
“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (As-Saba’: 13)
 
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.


3. SYUKUR PERINGKAT KEDUA. 
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.


4. SYUKUR YANG SEBENAR.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya. Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7).

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ atau balas balik segala apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu. Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.


5. SABAR MENJAGA DAN MENDIDIK HATI MENERIMA KETENTUAN ALLAH SWT.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.


P/S :: CREDIT TO BICARA HIDAYAH

Dec 17, 2010

menghitung hari !!

sekarang ni, aku asik hitung hari jew. jap2 tengok kalendar kat dinding bilik, jap2 tengok kalendar kat tepon 3310 aku ni, jap2 tengok kalendar kat dapur. aaiisshhhh, keje aku memang asik tengok kalendar jew la. iye la, orang cakap menghitung hari kan. bukan menghitung hari bahagia tapi menghitung hari duka. wuwuwuwuwu !!
hari ni da 17dec, so dats mean, lagi 2 hari aku dapat bersenang-lenang kat umah. sangat2 mencik ok !!
da la bukan selalu pun aku dapat stay kat umah ni. manja2 dengan parents aku. peluk2 cium mak aku. sedih wooo coz lepas ni da tak boley buat semua tu lagi.
semalam, sempat la jugak aku kuar jenjalan dgn kwn2 skolah lame aku. tengok2 wayang pastu pergi makan angin kat tepi pantai. syookkk wooo !! hahaha. semalam aku tengok citer hantu kak limah balik rumah. citernyer not bad la tapi aku geram betol la. nape la ending nyer cam gitu. same jew cam citer ngangkung. ending x best langsung. ni yang aku tak suke tengok citer melayu ni tapi disebabkan kwn aku sorang ni nak tgk jugak dan memandangkan juga citer narnia tu tayangannyer kul 5 ptg. so terpaksa la kitorng tengok citer antu kak limah ni. tapi yg aku nak gitaw, sore awie bessstttt giler. balek2 umah jew aku terus google lagu yg dia nyanyi tadi, hehe.
cuti ni, banyak sangat jemputan kahwin n tunang yg aku dapat. jelez pulak,huh. tapi ape2 pon, aku nak ucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada semua kawan2 aku yg selamat melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan. sila jangan tanya aku punyer turn bila ok !! (dgn nada tegas)
barang2 aku pun da boleh packing ni. so, dari aku melalut banyak2 kat sini. baik aku packing brg2 yg aku nak bawak pergi sane. =.='

Dec 14, 2010

JADUAL SEM 2 TAHUN 2 SESI 2010/2011

ahaha. hari ni cik anne baik la pulak ye. meh sini. sape2 yg rase dia tu budak JKAS UKM. jom tengok jadual class korang sem depan ye. cik anne terase cam nak buat pahala lebih jew. so, ini la hasilnya. tapi lau korang2 macam rase musykil, betol ke idaknye jadual ni korang punyer. korang boley la check sendiri kat tempat biasa ea. ala,kat tempat biasa tu. hehe. tapi jadual ni belom dimasukkan dengan jadual lab n tutorial taw. so, nanti pandai2 la korang tambah sendiri ea.


sila klik untuk tumbesaran !!
p/s :: selamat kembali ke UKM dgn azam yg baru !!
p/ss :: sila gembira dgn jadual ini ye !! ^__^

Dec 13, 2010

kek coklat basah !!

da beberapa ari da cik anne teringin nak buat kek coklat ni. rasenya before raya aidilfitri ari tu tapi tak berkesempatan kan. so ari ni cik anne pun buatlah. kebetulan adik cik anne yg study dekat kelantan tu balek cuti. so, kami berdua pun beria-ia la siapkan kek coklat. resepi dia mudah sgt2 taw. memang rasa seronok la. ok, jom kita intai2 resepinya ok.


Bahan-bahan:
2 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum (ayak bersama **)
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung (jadi elok kek ni)
1 cawan air panas suam
1 cawan susu cair
1 sudu teh soda bikarbonat**
1 sudu teh baking powder**
2 biji telur

** tak perlu jika guna tepung kek

Cara-cara:
1.   Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

2.   Campurkan kesemua bahan kecuali air panas di dalam mangkuk besar. Kacau sebati dengan whisk.

3. Masukkan air suam dan gaul lagi hingga sebati.. Sediakan loyang 8 inciX 8 inci yang dilengser margerin dan dialas kertas minyak. Tuang adunan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau hingga masak (bergantung jenis oven) .Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

*** adunan kek ni tidak perlu dipukul. Cukup dengan mengacau sebati ...


p/s :: selamat mencuba ye !!! ^___________________^


p/ss :: gambar kek tak ley upload cz gmbar tu juz ade dgn adik cik anne jew,,huhu



Dec 11, 2010

keluar menghabiskan masa bersama !!

hehe. hari ni aku sangat2 happy. terima kasih sangat2 kat awak sebab spent masa untuk saya ari ni. da lama kita tak kuar same2 kan. alhamdulillah, hubungan kami da masuk 5tahun. harap2 biar lah kekal hingga akhir hayat. amin.

hari ni kitorang pergi Mesra Mall (MM) tengok wayang. sampai kat sane agak pening gak r nak tengok citer ape. banyak citer bez kot. so, kami pun decide la nak tengok citer ngangkung coz mase tu pun citer ni jew la yang paling awal. hehe

overall, citer tu bez la jugak. tapi aku x suka sangat la lakonan shaheizy sam kali ni. ntah la ea. lakonan dia kali ni cam kurang menyengat jew,huhu. tapi tak brape terkilan gak la tengok citer ni. kuar jew dari cinema tu pakwe aku ni sibuk la ajuk dialog si shaheizy sam dalam citer ni. geram aku dibuatnya. aaaiisshhh.

after tu da tak tau nak buat ape kami pun gerak gi pantai. waaaahhh!! da lame kami tak spent time same2 cam gini. iye r, dua2 sibuk dengan tanggungjawab. dia terpaksa bekerja di platform dan aku pulak terpaksa belajar jaoh dari kampung halaman. tapi alhamdulillah, hubungan kami masih lagi baik dan kami saling memahami kehidupan masing2.

hari ni saya sangat2 gembira coz awak banyak habeskan masa bersama saya. len kali saya nak kuar lagi. hehe

Dec 5, 2010

ayuh kembali ke sekolah !! ayuh !!

ayuh kembali ke sekolah !! ayuh !!
ahaha. da lame x dengar lagu ni kn. comel giler kot budak yg nyanyi lagu ni, hehe. ari ni dr pg sampai la ptg aq ikut family aku pergi shopping brg2 skolah adek aku. tp tu pun lom abes lagi. penat aku,huh..

banyak tempat jugak la ktorang pergi ari ni. mula2 beli baju skolah. mase mak aku pilih baju skolah tuk adek aku tu, tetibe jew aku rasa cm teringin lak nk pakai uniform skolah. rindu wooooo !!! rasa cam comel jew bila pakai baju skolah ni. hehe. gila perasan. tapi x pew, sume org comel masa zaman muda2 kn ?? haha.

lepas tu pergi beli kasut. hah !! ni lagi 1. masa adek aq tgh pilih kasut tu pun aku rase teringin nak jugak. haha, aq ckp la dekat bapak aq an. pastu dia ley bantai gelak jew. aq pn terus batalkan niat aq nak beli kasut wrna putih cam dak skolah pakai tu. huhu.

then, masa pusing2 tu. aq pun tgk la kasut skolah tuk budak2 yg skolah rendah punyer. hahaha. memang aku bantai gelak jew la kat situ dgn mak aku. giler comel. kecik jew. aq rase dulu masa aq skolah, xde la sekecil tu kasut yg aku pakai. lupa pulak nk snap pic kasut tu tunjuk kat korang. mmg comel giler r.
sekarang mmg kt shopping complex tu penuh dgn kelengkapan skolah jew. beg skolah yg macam2 corak. tp yg byk corak kartun r. budak2 kn. cepat sgt terpengaruh.

tetibe jew rasa cam nak skolah balek. tp bila pikir bertapa susahnye masa skolah, terus x jadi. haha. aq dulu masa skolah bukan rajin sgt pun. so, mmg lau g skolah tuk sonok2 nk r. hehe. tp tu la. semua org da lalui pengalaman bersekolah kn. segala kenangan tu akan jd manis bila dikenang balik. aaiiissshhh. sedih lak.
k la. sampai sini jew aq nak kongsi. cz badan2 aq pun da sengal2 ni. nak rehat lak. salam .

p/s :: entry yg entah apew2...

Dec 2, 2010

luahan hati orang dewasa !!

jam 0445 am :: da 3 malam aku tak ley tido. pukul 4am pun mata aku still lagi segar. tapi badan aku penat sangat. minggu ni macam2 perkara yg bermain dalam kepala aku ni. naseb baik tengah cuti sem. boley la aku relax sikit. susah kan jadi orang dewasa ni. kalau dulu2, selalu jew pikir nak jadi orang dewasa cepat2. tak yah pergi sekolah. tak yah amek exam. tak yah iron uniform sekolah. tak yah stay kat hostel. boley dapat duit sendiri. boley stay kat umah. boley tengok citer2 kt tv sampai juling biji mata. boley kuar jalan2 dengan kawan2 sampai patah kaki. pendek kata, macam2 lagi r boley buat lau jadi orang dewasa ni.

tapi bila da laluinya, baru aku tau. macam2 perkara yg nak kena pikir bila jadi orang dewasa ni. semuanya kita sendiri yg kena decide. masa depan kita, kita sendiri yg tentukan. elok ke atau buruk ke ?? semuanya depends pada diri kita sendiri. kalau dulu, tak suka sangat kalau orang lain yg decide untuk diri kita. kononnya, kita da cukup dewasa untuk buat pilihan dan keputusan sendiri. tapi kini, bila da betol2 diberi peluang untuk decide semuanya sendiri. terasa seolah-olah kucar-kacir jew hidup ni. pelik kan?? tapi sebenarnya, ni la lumrah hidup seorang manusia. tak pernah puas dan cukup dengan ape yg telah diberikan. lepas tu mula la terasa terbeban bila tak dapat handle dgn sebaiknya. manusia tak pernah sempurna.

kebahagiaan dan kejayaan hidup kita di masa hadapan semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. bukan orang lain yang akan merealisasikannya. maybe ade orang lain yang menentukan dan mencorakkannya. namun hanya kita yg dapat merealisasikannya. tapi kita sebagai manusia sentiasa alpa. mudah berbangga dan puas dengan apa yg telah kita dapat. walaupun ianya sekadar cebisan2 sahaja. jadi di sini la, pentingnya seorang sahabat. tau kan perbezaan seorang sahabat dan seorang kawan ?? sahabat adalah orang yg sentiasa bersama kita ketika susah dan senang. orang yg sentiasa mengambil berat tentang diri kita. orang yg sentiasa menghulurkan pertolongan. orang yg sentiasan menasihatkan kita jika kita sedikit alpa. istimewakan seorang sahabat ni. namun, sahabat juga adalah seorang manusia biasa yg pasti terdapat kekurangannya. jika dia sebagai sahabat dapat menerima kekurangan diri kita, mengapa tidak kita terima kekurangan orang lain juga.  ingatlah, manusia tidak pernah sempurna.

perkahwinan adalah salah satu percaturan hidup yg sangat hebat. ianya adalah penentu kepada kebahagiaan hidup kita di masa hadapan dengan orang yg kita sayangi, kasihi dan percayai. dia dipanggil soulmate. dia adalah jiwa dan nyawa kita di masa hadapan setelah terikatnya satu perjanjian diantara lelaki dan perempuan. jika terlerai perjanjian itu, musnahlah semua kepercayaan dan kasih sayang yg dicurahkan. besarkan impact perkahwinan ni kepada hidup kita ?? sebelum membuat sesuatu keputusan, kita haruslah pikir betul2. kita sedang membuat satu percaturan yg sangat hebat. tak kan la kita nak musnahkan semuanya sekelip mata. berserah dan meminta petunjuk daripada-Nya adalah salah satu jalan yg sangat baik. daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita meminta pertolongan dan kembali. kerana kita harus ingat kita sebagai manusia tidak pernah sempurna.

jam 0500 am :: selesai. semua di atas hanyalah sekadar luahan hati aku. yg semuanya datang tanpa dipaksa. hanya ditemani dengan sebuah lagu yg aku rasa dapat membuatkan aku memikir dan menaip perkara yg terlintas di fikran aku. seronok jugak kan. dapat memikirkan sesuatu perkara yg mungkin tidak dapat aku pikir jika aku tidak berada dalam situasi ni dan berkongsi dengan orang yg sudi membaca coretan aku.

p/s :: sy sgt perlukan awk pd waktu ni..

Dec 1, 2010

RESEPI : KUETIAU LADNA

hari ni cik anne rase nak kongsi resepi jew la. mase cik anne godeh2 buku resepi cik anne tu, terjumpa la resepi ni. KUETIAU LADNA. ahaha, sape2 yg suka tu mesti da kecur air liur kan ?? hehe. resepi dia memang senang sangat2. orang yg baru belajar masak pun boley buat taw. jom kita godeh2 bahan2 yg diperlukan.

BAHAN A
1 bungkus kuetiau
100g udang
100g sotong
100g isi ayam
50g kubis
50g cendawan tiram (yg dikoyak)
3 biji cili merah (dipotong)
6 kacang peas
1 batang lobak merah (dipotong)
1 biji capsicum hijau (atau org panggil lada benggala n lada perhiasan) (dipotong)
1 biji telur
3 tangkai daun sup
1 biji tomato (dipotong)

BAHAN B (untuk menumis)
1 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan minyak masak
1 cawan air
garam dan penambah perasa (secukup rasa)

CARA-CARA
1. Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. masukkan ayam, udang dan sotong. kemudian kacau hingga rata.
3. masukkan air, sos tiram, sos tomato, lada hitam dan lobak merah.
4. apabila air mendidih, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
5. masukkan kuetiau dan sayur2 yg telah dipotong. kemudian kacau mereka2 hingga rata.
6. jika perlukan garam baru la masukkan garam. bkn x boleh letak garam tapi kat dalam sos tiram tu pun da de garam.so rasa dulu baru decide nak masukkan or tak.
7. apabila sayur da layu. boleh la hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup serta hirisan tomato.

p/s :: selamat mencuba !! nyum... nyum...

Nov 30, 2010

LIRIK DADALI BAND :: DISAAT AKU MENCINTAIMU

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............


p/s :: sgt2 rindu awk my dear ......

aku nak kawen !!!

ahaha.. terkujat ea korang sume. tajuk tu gempak jew. aku senarnye da lame terpikirkan pasal ni. kawen muda !!

 isu kawen muda ni selalu jew aku dengar semenjak aku study kat u. salah ke kawen muda ni ? x salah pun kan. bagi aku elok gak kawen muda ni untuk ngelak dari buat maksiat kan. pegang tgn dgn pasangan korg tu pun kira maksiat taw. x semestinya buat mnde2 yg advance tu. tp tu la, kita sebagai manusia ni selalu jew alpa. mudah sgt terperdaya dgn hasutan syaitan nirojjim ni.
org dulu2 pun kawen muda gak. lau umur 20 dan ke atas x kawen2 lagi mesti org da label sebagai ANDARTU !!


tp sekarang ni, masyarakat da x kisah pun. sekarang org lebih pentingkan kerjaya. perempuan yg berkerjaya lagi dipandang tinggi. tp org di sekeliling aku espc kwn2 skull aku dulu boley dikatakan ramai yg da kawen n tunang. yg da jd seorg ibu pun ramai gak. seronok jew bila tgk diorg happy dgn kehidupan diorg.

tapi ade jugak keburukannye. setiap perkara di dunia ni ade kebaikan dan keburukan. tapi kita sebagai manusia yg akan mencorakkan semua tu. setiap pilihan yg kita da buat, kita kena la harungi semua tu dgn tabah dan hati yg terbuka. sesetengahnya nak enjoy n stabilkan kewangan dulu before kawen ni. tp ade jugak yg berpikiran positif. setiap yg terjadi mesti de hikmahnya. susah sekarang takpe asalkan senang di hari tua dgn kehadiran ank2 yg soleh n solehah.

kebaikan :
1. elak dari mndekati zina
2. membanyakkan zuriat nabi muhammad saw
3. elak dr gejala sosial yg semakin berleluasa sekarang
4. memberi ketenangan hidup yg maksimum dg kehadiran org yg trsayang d sisi
5. dimurahkan rezeki dgn kehadiran cahaya mata
6. ......

keburukan :
1. tidak dpt menguruskan rumah tangga dgn betul cz kekurngan ilmu perkahwinan
2. cepat bergaduh dgn sesuatu perkara jika terlalu cemburu
3. berlagak seperti org bujang ( sgt bahaya ni ok! )
4. ......

tak salah rasenye lau korg nak tambah ape2 yg kurang. mybe ape yg aku tulis kat atas tu still de kekurangannye. share2 la kat sini ye.

p/s :: aku keliru bila family "DIA" nk dtg meminang..
mood :: keliru

Nov 28, 2010

ada aku kisah ??

waaaa !!!
da lame x update diary ni
mentang2 la cuti sem ye cik anne
terus malas nk citer2 kt sini
hehe....

tp ape2 pun stay kt umah agak bosan r jugak
da la tv kt umah x ley nk nengok
ni semua gara2 astro beyond !!!
menci menci !!!!!!!!!!!!!!!!!!
ok..
sekian laporan ari ni..

Nov 11, 2010

BROGA HILL

yaaaaahhhhooo !!
hari ni last paper tuk final exam cik anne
memang seronok giler lepas keluar dewan exam
walaupun x dapat jawab dgn sebaeknye,,hehe
lepas abes exam td ktowg balek bilik jap
then kul 430ptg ktowg gerak g broga hill
memang excited giler nak g sane
iye r,,tengok gambar2 kawan2 cik anne yg g sane semua cantek2
tapi tadi mase ktowg g tu tengah hujan rintik2
so jln dia sangat la lecak
pastu licin giler kot
dengan keadaan cik anne yang pakai selipar jamban jew,,huhu
cuba korang bayangkan
daki bukit tgh hujan pastu pakai selipar jamban
memang cari nahas la
da la tinggi broga hill tu 1.7 km
ktorang naek x sampai puncak pun coz mmg da penqat giler mase tu
dengan keadaan jalan dia yg mmg licin
aaaiiisssshhhhh..
menyesal la jugak tadi x pakai kasut
serius cik anne x taw pun kena daki bukit
agak menyesal la tadi,,huhu
tapi pew2 pun sempat la ktorg amek gambar
walaupun bukan kat puncak kan,,hehe
esok da start suvey camp
dan bermulalah carrier cik anne sebagai bakal civil engineer,,huhu
jeles giler tengok orang da start balek umah
waaaaa !!!!! nak balek gak....

Nov 10, 2010

sambungan shawl menarik

ahaha..jgn marah ea..baru de mase nak update blog ni..
ok..sekarang ni ramai sgt2 org suke pakai shawl kan..
sebab dia teramat la murah dan senang dipakai selain sgt2 la cantek ok..
cik anne pun suke pakai shawl..da x yah susah2 nak iron kn,,hehe..pemalaz siket jew..
cik anne selalu gak la usha2 blog utk cari shawl yang cantek ni..
dan ade la beberapa la blog yang cik anne nak suggestkan kat korang..
hrga dia pun berpatutan la coz cik anne pun penah beli gak..hehe

1. blog Cik Ayun :: blog ni korang boley cari shawl n inner yg sgt2 cantek k..inner dia korang boley pilih warna yang korang nk taw..contohnye inner 3layer tu korang nak warna pink,blue,light pink.. hah,,korang juz bagitaw jew so nt korang pun akan dpt la inner yg korang inginkan..senang kn..lau korang nak beli shawl n inner, korang boley pilih shawl yg korang nak n cik ayun ni boleh suggestkan warna inner yg padan lau korang xtaw nak padankan..senang kn ?? hehe

2. blog  cik aura tudung :: ahaha,,kat blog cik aura ni byk la sgt2 koleksi shawl aw.. cantek2..dia pun ade jual gak hijabs, syria,inner,aksesori..siap ade tips lg taw..hehe..bez sgt shopping kat sini.. harga pun berpatutan..

ok la..cukup la 2 blog ni ea cik anne promosi kat korang..sebenarnye byk lagi blog lain tp mase pulak makin suntuk.. nak study lagi ni,,hehe.. tapi ape2 pun ni semua pilihan korang k.. x salah pun kita memilih sebab kita yang bayar.. so pilihlan mane yang korang berkenan k

p/s :: Selamat Bershopping  ^___^

Nov 9, 2010

SHAWL MENARIK

rasa cam nak kongsi ngan korang kat mane nak beli shawl yg cantek2..
tapi tetibe rase ngantok la pulak..
so,esok jew la cik anne upload ye..
sabar..............( hehe )

Nov 8, 2010

tutorial tukar background blog

dr pagi tadi sampai la petang ni aku duk makeup kan blog aku ni
penat giler rasenye, even juz stay juz atas kerusi ni pastu klik klik
da la banyak giler background yg cantek2 sampaikan susah nak pilih
ok la, sape2 yg berminat meh aku tolong ajarkan ea
x susah pun nak buat sebenarnye

CARA-CARA ::

step 1 : Jumpe En. Google untuk tau website mane yang sediakan free blog template. kalau malas nak jumpe klik jew la dekat link yang aku bagi ni. ( En. Shabby , Cik Dotty Dot Miss Cutest Blog On The Block & Miss Hot Bliggity ) background mereka sangat2 la cantek ok.

step 2 :: okey !! sekarang da boley choose mane background yang berkenan. ni contoh dekat Miss Cutest punyer blog ok.

contoh background.


step 3 :: klik dekat gambar background yang da berkenan di hati. kat situ da di terangkan cam ne nak letak tp nak bagitau gak.

step 4 :: sign in to blogger dan klik 'design' yang ade dekat 'navbar'. jangan cakap korang tak taw navbar ea. navbar tu kepala blog korang la kirenye.

sila lihat tangan yg berwarna merah tu.


step 5 :: klik tab 'add a gadget' 

tab add a gadget.

step 6 :: klik tanda (+) kt tab 'HTML/Java Script'


step 7 :: boley la korang 'copy and paste code' yg da diberi ke dalam 'content' .
ni gambarnye

copy and paste codes.

letak dalam content.

step 8 :: klik 'save' dan siap. 

step 9 :: boley la korang preview blog korang yang da di makeup tu. senang kn ?? 

p/s :: SELAMAT MENCUBA !! ^____^




vanilla cupcakes !!!

hari ni rase cam nak kongsi resepi jew la
semalam mase tgh syok2 study tetibe teringat birthday adk yg bongsu
so balek umah nanti nk try la buat cupcakes sendiri
boley la jugak asah skill memasak ni kan,,hehe
ok la,,godeh punyer godeh lappy semalam
jumpe la resepi cupcakes ni..
lepas 2 buka fb baca status kat kwn aku ni
diorang pakat ramai2 nk buat cupcakes
so aku tanpa buang masa terus kongsi resepi yang aku sendiri pon lom try lagi,,haha
baek kan ??
jom,,kita ramai2 try buat cupcakes ni ea..
ni bahan2 tuk 35 biji taw
so boley bagi rase sikit2 sorg..

BAHAN-BAHAN

ni utk kek ::
  • 150g mentega
  • 185g tepung naik sendiri
  • 150g gula kastor
  • 3biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
ni untuk aising ::
  • 200g gula ising
  • 100g mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh air panas
  • chocolate rice or manik2 utk perhiasan
CARA-CARA
  1. pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. da agak2 kembang tu masukkan telur sebiji demi sebiji. jgn masukkan semua dalam satu masa taw. da abes telur masukkan la esen vanilla.
  3. lepas tu baru masukkan tepung naik sendiri. dekat kedai bakery ade jual tepung ni. try la g cari (aku suka masuk kedai bakery yg jual2 bahan masakan ni sbb baunye sgt2 la wangi). tapi lau xde boley la gune tepung biasa yg dah dicampur dengan soda bikarbonat. adun mereka2 ini sehingga sebati.
  4. sekarang bekas2 cupcakes tu da boley la susun lepas tu masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam mereka2.
  5. bakar selama 10 minit dengan suhu 180'c
  6. sementara kek tu masak,kita buat ising pulak. first,pukul mentega dan gula hingga kembang. sama jew cam tadi.
  7. da agak2 kembang, masukkan esen vanilla da air panas yg kita da penat2 sukat tu.
  8. pukul lagi mereka2 ini hingga putih dan berkrim. (ala2 cam zizie ezzete. hmm,putih dan gebu ?? )
  9. dah ciap pun ising tu. kalau nk warna merah masukkan jew la pewarna warna merah,lau nak biru masukkan la pewarna warna biru mase no.7 tadi tu.
  10. sebelum letakkan ising atas kek tadi, pastikan yang kek tu betul2 sejuk ye. baru la nak make-up kan mereka2 seperti yang anda inginkan. senang kn. hehe
selamat mencuba ye. jangan rase takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana dari situlah kita2 akan dpt pengalaman yang amat bermakna .. haha




p/s :: syg kan nak mkn bile da buat cantik2 !! urmmm...

BUDAK MUNCIT