,

Mar 31, 2011

MAKANAN DIET : KEREPEK LOBAK MERAH.

Hai korang !!

Hari ni kita kongsi2 resepi bagi orang yang nak diet. kita try resepi kerepek lobak merah. first time, dengar dulu pun aku dah rasa pelik taw. carrot boleh buat kerepek ?? menarik !! jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 60g carrot yang telah diparut.
  • 100g tepung gandum
  • 2 sudu kecil cheese yang diparut
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • garam dan lada sulah secukup rasa
CARA-CARA
  1. semua bahan di atas dicampurkan ke dalam 1 bekas.
  2. gaul hingga rata dan uli sehingga menjadi doh. kalau rasa keras sedikit boleh tambah minyak masak.
  3. setelah menkadi doh biarkan ianya selama 15 minit.
  4. canai setebal 2mm. boleh la buat bentuk apa2 yang anda suka.
  5. bakar dalam oven bersuhu 200'C selama 15-20 minit.
  6. siap untuk dihidang.
p/s :: senangkan. boleh la cuba nanti. ianya bagus untuk anak2 kecil.
p/ss :: jangan lupa klik iklan ye. 

Mar 30, 2011

YOU GOT ME.

Hai korang !!

Tetiba pulak aku rasa nak share video dengan korang. video ni sweetttt giiiiilleeeerrr !! (owh! sangat menjengkelkan tulis macam tu =.="). first time aku tengok video ni aku dah jatuh hati tau. jatuh hati kat video ni okeyh.. jom kita sama2 layannnnnnn.


tengah2 tengok klip video ni terus berangankan hari perkahwinan nanti. owh !! bestnye. saya nak video kawen saya lagu ni !! heeeeeee

p/s :: jangan pedulikan kata ganti nama yang digunakan oleh pemilik blog ni ye. =.="

FRUIT JELLY.

Hai korang !!

Dah berapa hari ye aku tak conteng2 kat sini?? rasa rindu pulak, hehe. tadi aku duk godeh gambar lama2 dalam lappy ni. terjumpa la pulak gambar ni.


sebenarnya hari ni aku nak kongsi resepi fruit jelly. first tengok mesti orang ingat buah betol tapi bila "ngap", haha. buah tipu jew sebenarnya. resepi ni pun dulu aku copy dari internet gak. lama dulu da, hehe. so, jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji buah oren
  • 40 g serbuk agar-agar or jelly NONA
  • 500 ml air + jus oren
  • 50 g gula
  • secubit garam 
CARA-CARA
  1. bahagian atas oren dipotong. picit sedikit untuk keluarkan jusnya. dah habis jusnya boleh la keluarkan isinya dengan menggunakan tangan. nak guna sudu pun boleh tapi pastikan kulit oren tu tak rosak.
  2. blend isi oren tadi untuk dapatkan jusnya. campur dengan jus yang telah diperah sebelumnya.
  3. masukkan air, jus oren, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  4. tuangkan ke dalam kulit oren tadi. biarkan ianya sejuk dan jelly tu keras. boleh la disimpan di dalam peti sejuk.
  5. siap untuk dipotong dan dijamu.
p/s :: sekali tengok memang macam buah betol la. tapi bila dah makan baru tau tu hanyalah jelly, hehe..suka betol aku tengok orang tertipu ni taw..wakakaka..korang pun boley jugak gantikan buah oren tu dengan buah lain taw. buah tembikai pon sodap..kalau nak tambah sunquick sedikit pun boleh jugak.
p/ss :: jangan lupa klik iklan kat atas tu tau. ^^,

Mar 28, 2011

PUDING PELANGI.

Hai korang.

Hari ni aku gembira sangat. setelah 2 tahun duk kt sini, akhirnya dapat jugak aku tukar kolej kediaman. itu pun setelah coursemate aku yang tolong. bukan senang nak tukar kolej kediaman ni tau. banyak sangat karenahnya. tapi ape2 pun aku bersyukur sangat2. tak la nanti fikir tentang yuran kolej kediaman yang sangat mahal. thanks sooooo much to my coursemate yang tolong kami bertiga dapatkan tempat di kolej kediaman yang baru.

So, hari ni aku nak kongsi resepi pelangi puding. ataupun dipanggil sebagai pelangi warna-warni. ceria uoollzzz warna dia. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 180 g gula pasir
  • 60 g mentega
  • 650 ml air
  • 1 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna
CARA-CARA
  1. masukkan agar2, air dan gula ke dalam periuk. panaskan bahan2 ini di atas api sehingga agar2 dan gula larut.
  2. pukul telur dengan menggunakan whisker. kemudian masukkan susu cair dan tepung kastard. kacau bahan2 ini sehingga sebati. kemudian adunan ini ditapis.
  3. adunan yang telah ditapis dicampurkan bersama adunan agar2 yang telah dilarutkan tadi. kacau hingga rata dan masakkan lagi sekali di atas api yang sederhana sehingga ianya mendidih. 
  4. masukkan mentega dan vanilla. dan kacau hingga rata. kemudian tutup api.
  5. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian. then, 2 bahagian lagi bolehlah diletakkan pewarna yang disukai.
  6. untuk dapatkan bentuk pelangi. loyang haruslah disengetkan. kemudian masukkan satu senduk acuan A di hujung loyang. kemudian, diikuti dengan acuan B dan seterusnya acuan C. ulang lankah ni sehingga semua acuan habis.
  7. bila da siap, letakkan kedudukan loyang seperti asal dan boleh la disimpan di dalam peti sejuk. kemudian siap untuk dihidang bila da keras. 
p/s :: selamat mencuba ye kawan2 ^^,
p/ss :: jangan lupa klik iklan saya juga. nak kawen ni..hehe

Mar 26, 2011

"HOMEMADE" DAGING BURGER.

Hai korang.

Hari ni hari sabtu. biasa kalau hujung2 minggu macam ni korang buat apa ea ?? hah, gi dating ?? ahaha, tu kalau orang yang ada kayu balak macam korang. abes tu kalau yang single mingle tu macam mana pulak. owh, spent time with family. bagos2 !! aku pun macam tu gak. kalau kat tempat aku ari jumaat dan sabtu adalah weekend. so, hari jumaat aku spent time with family. hari sabtu aku spent time with my Mr. F..hahaha

Tapi kalau spent time dengan family ni mesti ada acara makan2 kan. so, memang tak rugi la korang kalau bukak buku aku ni kan. hehe. masuk lif tekan sendiri. takde lah. aku pun macam korang jugak. kalau balek cuti jew mesti adek2 aku suh aku main masak2. so, aku suka la try masakan yang bagi aku simple and bahan pun mudah nak cari kan. tak rugi kalau kita pandai masak ni. tapi aku memang surrender awal2 lau bab masak2 lauk ni. aku ni tak suka sangat masak lauk2 ni. just lauk yang aku suka makan jew la aku pandai. yang lain jawabnya memang kena bukak buku nota aku la. dalam tu semua resepi dari mak aku. hehe.

Hari ni aku nak share dengan korang homemade daging buger. so, sape2 yang suka makan burger boleh la try. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan daging cincang (korang nak guna daging ape2 pon boleh)
  • 1 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 biji bawang besar yang bersaiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar worcestershire sos
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  1. Semua bahan dicampur dan digaul bersama kecuali telur.
  2. pukul telur. kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. agak2 da boley bentukkan adunan, berhenti masukkan telur.
  3. boleh la bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
  4. lagi nipis adunan, lagi sedap. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh la disimpan di dalam freezer dulu then potonglah nipis2.
  5. siap untuk digoreng dan dihidang.
p/s :: boleh makan burger rusa, burger arnab, burger kambing dan lain2 burger la pas ni.hehe
p/ss :: jangan lupa klik iklan ye ^^,

Mar 24, 2011

CARA-CARA NAK BUAT AISKRIM.

Hai korang.

Da lama rasanya aku tak update diari ni kan. nak buat macam mana. sibuk memanjang. ok lah, hari ni taknak bebel panjang2. aku juz nak kongsi resepi aiskrim. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 tin susu cair **
  • 1 biji telur **
  • 1 1/2 sudu besar ovelette **
  • 3 sudu besar sus tepung yang dibancuh bersama 1 gelas air **
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • susu pekat manis sesuka rasa
  • 3 sudu besar coffeemate
** sila simpan di dalam freezer sebelum guna.

CARA-CARA
  1. semua bahan dikisar bersama sehingga likat.
  2. campurkan bersama perisa yang diingini.
  3. tuangkan ke dalam bekas.
  4. simpan ke dalam freezer.
  5. boleh hidangkan bila dah beku.
p/s :: selamat mencuba ye. ^^,
p/ss :: owh, tak sabar nak tunggu 26 april.
p/sss :: sila klik iklan saya ye.. thanx.

Mar 21, 2011

TEPUNG BUNGKUS.

Hai korang.

Hari ni aku nak kongsi resepi kuih tradisional negeri aku. ni kuih peberet aku dari kecil lagi. hari2 makan kuih ni pun takpe, hehe. hari tu masa balek cuti aku try la jugak cari tapi tak jumpa pun. nak suh mak aku buat daun pisang pulak yang takde. so memang kempunan la aku balek cuti ari tu. tapi macam mana pun harap2 balek cuti nanti dapat la aku makan kuih ni. tak dapat makan yang mak aku buat tapi dapat makan yang beli pun takpe. asalkan dapat makan.

Aku amek resepi ni dari page selera terengganu. so, sape2 yang rasa nak kawen orang ganu tu boleh la try buat ye. bahan2 dia aku tengok pun sama jew macam resepi mak aku. so boleh la kongsi2 ye. jom kita terjah...



BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan yang dicampur sedikit garam
  • daun pisang untuk membungkus
BAHAN-BAHAN INTI
  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar air
  • 1 helai daun pandan
CARA-CARA
  1. masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga kering.
  2. da agak kering baru masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga rata. sejukkan.
  3. jadikan inti tadi dalam bentuk bebola kecil dan ketepikan.
  4. bancuhkan tepung beras bersama santan. masakkan bahan ini sehingga naik wap dan nampak pekat.
  5. layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang dimahukan.  lap dan bersihkan terlebih dahulu.
  6. ambil lebih kurang 3 sudu besar bancuhan tepung tadi dan letakkan di atas daun pisang. letakkan bersama 2 biji inti.
  7. tutup dan lipatkan di kedua-dua belah daun pisang tadi. kukus selama 20 minit.
  8. sejukkan dan boleh dihidangkan.
p/s :: selamat mencuba ye. tapi sedih lak tak dapat makan kuih ni. tu la susahnya duk kat perantauan ni.
p/ss :: jangan lupa klik iklan saya ye. thanx ^^,

Mar 19, 2011

PENGALAMAN PAHIT DI AWAL TAHUN 2011.

Hai korang.

Hari ni adalah hari yang sangat malang bagi aku. Namun, siapalh kita untuk mengungkit perkara ini dan menyalahkan takdir. Aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku tapi terdetik jugak di hati ni. kalaulah aku tak pergi pagi tadi, mesti perkara ni tak terjadi. tapi aku cepat menyedarkan diri aku. kita sebagai umat Islam, tak harus berfikiran begitu. seperti menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Sebenarnya, semalam aku ada parti BBQ bersama kawan2 Generasi Prihatin. kami sangat gembira. da lama tak dapat berkumpul ramai2. makan2. cerita2. gossip2. dan juga saling usik mengusik. thanx kepada ahli2 Generasi Prihatin yang tolong semalam. even juz tolong makan jew.

Awal pagi tadi, aku keluar pergi econsave dengan member aku. before pergi, aku da rasa berat hati giler nak ikut. rasa malas pun ada. da la hari ni aku ada class memandu, tapi entah la. aku bersiap jugak pergi econsave. perjalanan pergi kami selamat. after beli barang, member aku ni suh aku bawak motor dia. aku pun tanpa cakap banyak terus amek kunci motor and bukakan rantai motor. naik motor, start motor. tetiba rasa cam tak sedap hati. turun motor, bagi balek kunci motor tu dekat kawan aku. dia pun da pandang aku pelik. aku pun cakap yang aku tak nak bawak motor. biar dia jew la yang bawak.

Sepanjang perjalanan pergi dan balek aku da rasa pelik coz kawan aku ni punya la slow bawak motor. biasanya meter tu cecah 70 or 80 jugak la. tapi hari ni aku rasa memang 50 or 60 jew naik meter tu. tapi aku diamkan jew. tiba2 kami accident. dengan kereta lak tu. kepala aku da terhantuk kat jalan then aku tergolek2. naseb baik otak aku masa tu berfungsi dengan cepat. coz aku cepat2 bangun lepas da tergolek.

aku tengok kawan aku da nangis. tapi aku still ok lagi. aku kutip barang2 yang da berterabur tu and pergi pujuk kawan aku. owh, dia sangat fobia. aku tengok tangan dia memang da menggeletar masa tu. orang ramai pun da datang kat kitorang. tapi yang aku tak puas ati. bukan salah kitorang tapi. ade manusia yang ngek ni blame kitorang. aku masa tu memang tak dapat cakap ape2 coz sibuk tenangkan kawan aku.

Polis trafik pun tiba and dia yang redakan keadaan. boley pulak makcik yang bawak kereta tu cakap salah kitorang coz langgar bontot kereta dia. hello !!! tolong sikit ea. ko tu yang himpit kitorang ok. da la bawak kereta macam orang buta. eeiiiiii !! geram giler aku. da diorang blah aku pun cakap kat polis tu. kitorang tak langgar pon bontot kepek makcik tu. tapi kereta tu yang himpit kitorang.

Alhamdulillah, kitorang x cedera terok. juz luka ringan jew. aku pulak, da balek bilik baru perasan dua2 lutut aku luka. terpaksa solat zohor guna kerusi. =.=" . badan2 aku da start sakit. tadi takde papew lagi. aku pun tak pergi klinik lagi coz rasa macam tak terok. juz kepala jew yang terhantok kat jalan.

Ape2 pun. aku bukan nak doakan yang buruk2. tapi aku harap, satu hari nanti perkara ni akan berlaku jugak kat family makcik yang langgar kitorang tadi. tanpa ucapkan kata maaf or tanya keadaan kitorang. dia terus blah selepas dia dapat blame kitorang. ok fine !! aku tak kesah ok. seorang macam ko kat dunia ni. ada 10 orang yang lagi baik dari ko yang tolong kitorang tadi.

Pengalaman yang sangat tak boleh aku lupakan. dan akan dijadikan pengajaran kelak. tetiba menyesal pulak tak buat polis report even bukan aku yang bonceng motor tu tadi.

Mar 17, 2011

CONTEST : FREE PHOTOSHOOT FARIDISM PHOTOGRAPHY.


Hai korang. hari ni aku rasa cam gedik2 nak join contest taw. before ni tak pernah lak rasa nak join contest coz aku taw probability nak menang tu sangat la tipis. dah la aku pun bukannya blogger yang aktif pun. tapi kali ni, rasa nak join lak contest ni. 

Kenapa saya perlu dipilih untuk menang PHOTOSHOOT PERCUMA ni. Sebabnya adalah saya suka sangat bergambar. tapi tak pernah merasa photoshoot yang sebenar. juz kawan2 saya jew yang akan jadi photographer tak bertauliah kepada saya.(sangat kejam ok) saya juga nak tingkatkan keyakinan diri saya ketika berhadapan dengan orang yang saya tak kenal. mana la taw kot2 saya ada bakat yang terpendam yang saya sendiri tak taw. walaupun saya taw ketinggian saya dan bentuk fizikal saya yang memang tak akan melayakkan diri saya untuk menjadi model tetapi saya teringin nak rasa macam mana perasaan menjadi seorang model walaupun hanya 1 hari.

Tema yang saya inginkan adalah photoshoot couple. memandangkan saya dah bersama dengan dia 5 tahun . tapi kami jarang sangat bergambar bersama dan masing-masing jauh. jadi saya inginkan photoshoot bersama dia dengan keadaan yang sangat happening dan berwarna-warni. tetapi lembut mata memandang.




credit to the malaya

so, jom la kita ramai2 join contest ni ok. contest : free photoshoot faridism photography
saya nak tag syasya dan sha dan juga akak sepupu saya yang akan kawen bulan 12 nanti.


KOREAN STYLE.

Hai korang.

Semalam adalah hari yang sangat2 penat. pagi ke petang ade class + lab. malam lak ada dinner kolej. tapi ape2 pun, sangat2 enjoy. thanx to geng2 ting tong. korang memang giler2 + sporting. tema dinner semalam adalah "LIGHT. CAMERA AND ACTION". walaupun kami berpakaian tidak mengikut tema pada malam itu. namun kami tetap enjoy. yang penting adalah kami dapat makan dan bergambar. "title queen of the night" tu tak penting pon sebenarnya, hehe.

Walaupun makanan semalam sangat la banyak tapi aku masih tak berpuas ati. sebabnya, rasanya sangat kurang memuaskan. sampai kita orang membazir giler2 semalam. kalau sedap aku rasa confirm licin meja. tapi lain pulak yang jadinya. dah la aku awal2 lagi da kosongkan perut aku semata-mata nak gi dinner. owh ! sangat sedih bila terkenangkan makanan semalam.

ok la. aku nak kongsikan dengan korang beberapa keping gambar semalam. malas nak bebel panjang2..hehe

amek kau setepek aku letak muka aku.

geng ting tong.

ting tong lagi.

kami yang tidak ikut tema.

makanan yang tak abes.

kami lagi.
rumate saya.

owh. saya nampak gemok !! =.="
p/s :: hanya saya nampak sempoi di situ. korean style la sangat. =.="
p/ss :: jangan lupa klik iklan ok. thanx ^^,

Mar 16, 2011

RED VELVET CUPCAKES.

Hai korang.

Hari ni aku nak share resepi red velvet cupcakes. actually aku sendiri pun lom try lagi. tapi tengah aku sembang2 dengan En. Google tu dapat la resepi ni. dan kebanyakkan yang try buat semua jadi and diorang pun ade upload gambar cupcakes yang diorang buat tu. so, apa kata kalau kita pun try buat jugak. ni yang aku tak sabar nak balek umah ni. hehe. jom kita terjah resepinya.

BAHAN-BAHAN (12BIJI)

bahan kering
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula ising
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
bahan basah
  • 1 cawan buttermilk ready made or korang boley wat sendiri ( 1 cawan susu + 1sudu besar cuka putih / lemon jus dan biarkan 5min )
  • 1/2 cawan minyak jagung/canola/sayuran
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil aisin vanilla 
  • 1 sudu kecil cuka putih
cream cheese topping
  • 125g cream cheese
  • 1/2 cawan butter ( better used yang unsalted)
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu besar lemon jus
CARA-CARA
  1. panaskan oven pada suhu 180'C
  2. ayakkan bahan kering bersama.
  3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati.
  4. masukkan bahan kering yang telah diayak tadi ke dalam adunan bahan basah dan gaul hingga sebati. if korang nak guna mixer boleh jugak. juz guna lower speed.
  5. boleh masukkan ke dalam bekas cawan yang korang nak dan sedia untuk dibakar lebih kurang 18-20 minit.
  6. untuk topping, pukul semua bahan hingga sebati. letakkan topping bila cupcakes yang dah dimasak tu sejuk.
  7. sedia untuk dihidang dan dijamu.
senang kan, aku pulak yang rasa tak sabar nak cuba bila balek umah nanti. kat sini tak boleh try. biasa la kan, nama pun duk kat hostel. mana la nak dapat oven bagai. tapi aku before ni belom pernah try buat topping. tapi nanti lau aku da berjaya buat topping, aku akan upload gambarnya ye. lagi satu aku lupa pulak kat mana aku amek resepi ni. ape2 pun credit to tuan empunya resepi ni. jumpa lagi untuk resepi lain.

p/s :: SELAMAT MENCUBA ^^,
p/ss :: lupa pulak nak bagitaw, sila guna cawan yang sama untuk sukat bahan ok.
p/sss :: silalah klik iklan saya ye. thanx

Mar 15, 2011

WANTAN GORENG.

Hai korang.

Hari ni aku nak share resepi wantan goreng dengan korang sume. sebenarnya aku suka sangat makan wantan goreng taw. hari2 aku mesti singgah gerai makcik dekat dengan blok aku tinggal ni coz nak beli wantan goreng dia. masa aku belajar kat matrik johor dulu pun, selalu sangat aku pergi cafe petang2 coz nak beli wantan goreng ni. kalau turun jew wantan da abes memang geram giler. rasa cam nak bakar2 jew cafe tu, hehe.

So, sekarang aku da pandai buat wantan goreng sendiri. nak kata sedap tu memang sangat sedap taw. boley makan banyak2 mane yang aku nak. kalau beli, 3 ketul tu da seringgit. bukan boleh makan sikit2. iye la, da nama pun makanan kegemaran kan.hehe. jom la, kita terjah resepi ni.

BAHAN-BAHAN

  • 400gm isi ayam or korang pn boley guna isi ikan
  • 2 ulas bawang putih yang telah dicincang
  • 3 biji sengkuang cina yang telah didadu kecil2 (boleh juga ditambah carrot dan kobis)
  • sedikit daun sup yang telah dihiris
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 3 sudu kecil lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa ( depends kat korang)
  • kulit wantan (boleh didapati di supermarket)
  • sedikit air yang telah dicampur dengan sedikit tepung jagung untuk dijadikan pelekat
CARA-CARA
  1. isi ayam /ikan dipotong kecil2 dan gaulkan bersama lada sulah, kicap cair, garam dan gula.
  2. perap isi ayam/ikan tadi selama 15 - 30 minit
  3. tumis bawang putih sehingga wangi. kemudian masukkan isi ayam / ikan yang telah diperap.
  4. setelah isi ayam/ikan masak. masukkan sengkuang cina yang telah dipotong,daun sup, tepung jagung,dan juga sayur2 tambahan.
  5. selepas masak, biarkan inti tadi sejuk sedikit.
  6. basahkan 4 penjuru kulit wantan dengan air yang telah dicampur dengan tepung jagung.
  7. kemudian sendukkan sedikit inti tadi dan letakkan di bahagian tengah kulit wantan.
  8. gunakan kreativiti anda untuk melipat or membentukkan kulit wantan itu.
  9. panaskan minyak dan wantan siap untuk digoreng. pastikan wantan terendam di dalam minyak semasa menggoreng.
  10. bila kulit wantan sudah kekuning-kuningan. bolehlah diangkat dan ditoskan terlebih dahulu.
  11. boleh dimakan bersama cili sos.
p/s :: jangan lupa klik iklan aku taw. thanx ^^,

Mar 14, 2011

APAM SNOW WHITE @ APAM BERAS.

Hai korang.

Minggu ni aku sangat la busy. penat sangat2 dan da lame aku tak merasakan weekend yang sebenar-benarnya. weekend yang tanpa gangguan dari apa2 pun. tak sabar nak abeskan waktu study ni. nak lepak2 kat umah. pendek kata goyang kaki la, hehe. tapi aku tau nanti perkara tu la yang akan jadi kebencian. sebabnya boring.

ok la. hari ni aku nak kongsi resepi apam beras. ataupun orang panggil apam snow white. tapi aku suka buat apam ni warna-warni. baru la nampak cam meriah kan. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1 paket mauripan or ibu roti
CARA-CARA
  1. kesemua bahan di ats dimasukkan ke dalam satu bekas sederhana besar kecuali nasi dan air.
  2. bahan2 tersebut digaul hingga rata dan dibiarkan sementara.
  3. blendkan nasi dan air sehingga betul2 hancur.
  4. tuangkan nasi yang telah diblend tadi ke dalam bekas yang mengandungi bahan yang telah digaul tadi. kemudian gaulkan sekali lagi hingga mereka sebati dengan nasi yang diblend
  5. biarkan adunan selama 1 jam agar adunan mengembang.
  6. sapukan bekas acuan dengan sedikit minyak agar ianya tidak melekat selepas dikukus.
  7. boleh lah tuangkan adunan ke dalam bekas acuan yang telah disapu minyak.
  8. kukus didalam pengukus yang telah dipanaskan selama 10-15 min.
  9. apabila adunan telah merekah dan tidak melekat pada lidi yang dicucuk. itu menunjukkan ianya telah masak.
p/s :: SELAMAT MENCUBA
p/ss :: cawan untuk menyukat bahan2 haruslah diguna bekas yang sama.
p/sss :: silalah klik iklan saya. thanx. ^^,

Mar 13, 2011

KUIH BAKAR PANDAN.

Hai korang.

Hari ni jom kita main masak2 lagi ea. seronok main masak2 ni. boley tambahkan pengalaman dan lemak yang da tersedia berkumpul. haha. ok la, kali ni kita try buat kuih bakar pulak. tetiba rindu nak makan kuih tradisosnal yang mak buat. huhuhu. jom kita terjah resepinya.

BAHAN-BAHAN

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan air pandan
  4. 1 cawan santan
  5. 1 cawan susu cair
  6. 3 biji telur
  7. sedikit pewarna hijau
  8. sedikit bijan jika suka sebagai hiasan
CARA-CARA
  1. semua bahan dimasukkan ke dalam blender kecuali bijan ye.
  2. blend sehingga semua bahan itu sebati.
  3. sapukan sedikit minyak ke dalam loyang dan tuangkan bahan yang telah di blend tadi.
  4. taburkan bijian jika suka.
  5. bakar 40 min pada suhu 180'c atau hingga masak. 
  6. hidang dan sedia untuk dimakan.
sekarang dah siap. semudah ABC kan. so apa lagi, jom la try buat kat rumah pulak. boleh la jamu makan petang ni dengan kuih bakar pandan. SELAMAT MENCUBA !!

p/s :: jangan lupa klik iklan saya. thanx ^^,

Mar 11, 2011

GEMPA BUMI TERKINI DI JEPUN.

kapal dan bot yang dihanyutkan ke bandar Hachinohe


Gempa bumi yang berukuran 8.8 magnitude di timur laut Jepun telah menyebabkan tsunami setinggi 4 meter berjaya menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan. malah, kapal2 dan bot2 turut dihanyutkan ke darat di Hachinohe. Subhanallah !!

 
Gegaran berlaku kira-kira jam 2.46 petang waktu tempatan dan diikuti dengan gempa susulan kira-kira 7.4 magnitude 30 minit selepas itu. Pusat gempa bumi terbabit terletak di latitude 36.0 utara longitude 141.2 timur 4078km timur laut Kudat, Sabah. Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihatkan supaya menjauhi persisiran pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi dari yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

pemandangan dari udara di Sendai Airport


kereta yang turut dihanyutkan oleh tsunami
Walaubagaimanapun, tiada amaran tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia. marilah kita sama-sama mendoakan agar kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. 

credit to Bernama.

p/s :: klik duit tabung saya. thanx ^^,

Mar 10, 2011

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE.

Hai korang. ari ni nak share dengan korang kek yang gebu lagi lembut, haha. sekarang ni kita main masak2 jew ok. bila da puas masak2 baru kita tukar selera lain pulak. so, takyah bebel panjang2. jom kita terjah jew resepinya.

BAHAN A

  1. 250 g cream cheese
  2. 50 g butter
  3. 60 g tepung kek @ tepung superfine
  4. 20 g tepung jagung
  5. 100 ml susu segar
  6. 6 biji kuning telur
  7. 1 sudu besar jus lemon
  8. 1/4 sudu kecil garam
BAHAN B
  1. 140 g gula
  2. 6 biji putih telur
  3. 3/4 sudu kecil jus lemon
CARA-CARA

untuk adunan A
  • cairkan creame cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler.
  • bila dah cair, sejukkan adunan tadi. then, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan.
  • gaul hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
untuk adunan B
  • pikul putih telur bersama jus lemon sehingga berbuih (foamy).
  • tambahkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk ( soft peak).
  1. campurkan adunan A tadi ke dalam adunan B yang dah bertukar menjadi gebu tadi. dan kacau hingga sebati. 
  2. sediakan bekas kek yang berukuran 8 inci, griskan di bawahnya dan salut dengan kertas baking. tuang adunan ke dalam bekas tadi.
  3. bakar kek kira2 1jam dengan cara au bain-marine (waterbath) pada suhu 160 celcius.
  4. cara waterbath adalah letak adunan dalam bekas, balut bawah hingga separuh tinggi bekas dengan aluminium foil ( double protection agar air tak masuk esp springfoam pan). then letak bekas kek di atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar. lepas tu letak la dalam oven and start bakar. 
  5. hidangkan bila da siap. ianya pasti akan nampak gebu.
p/s :: selamat mencuba ye.
p/ss :: jangan lupa klik tabung saya. thanx

Mar 9, 2011

CARA NAK TINGKATKAN BLOG TRAFIK.

Hai korang.

hari ni aku nak share something dengan korang. before ni aku da pernah terbaca tapi masa tu aku sangat2 busy then lupa terus nak buat. so, ari ni aku nak try buat and kongsi dengan korang.

alkisahnya, aku nak kongsi dengan korang macam mana kita nak tingkatkan blog trafik kita. so, thats mean nanti makin tinggi la rating blog kita dekat Encik Google tu. caranya mudah and sangat simple. juz kita rajin or malas nak buat jew. jom kita terjah ok.

Tulis posting artikel seperti posting ni. atau korang pon boleh nak copy-paste artikel ni. then korang tulislah tahuk yang menarik. yang korang agak2 akan search kt Encik Google nanti.

Second, korang letak link URL di bawah ni untuk artikel yang korang tulis dalam blog korang. juz copy and paste.

  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. blog hanz
  5. bemies world
  6. farah shafiqah
  7. qila razak
  8. CekLa
  9. Miss Yati
  10. Magrib menjelma
  11. Bila Luna Berkata-kata
  12. Putera30 photographer
  13. Internet Tutorial
  14. Bandar Baru Kijal
  15. Anne's story

TAPI

Before korang letak web2 kat atas di komuniti link URL ke posting blog korang, sila hapuskan link no.1
Then, pindahkan link no.2 menjadi no.1, yang no.3 akan jadi no.2 dan seterusnya.
so, boley la korang masukkan link korang di urutan bawah iaitu no.15
Seperti di bawah ...

  1. mizz Shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. Bemies World
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata-kata
  11. Putera30 Photographer.
  12. Internet Tutorial
  13. Bandar Baru Kijal
  14. Anne's Story
  15. LETAK LINK URL BLOG KORANG KAT SINI

INGAT !!! Jangan korang ubah turutan daftar link tu ea. If each blogger ikut formula ni, so ianya bakal menghasilkan backlink seperti berikut.

bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
posisi no.14, jumlah backlink = 5
posisi no.13, jumlah backlink = 25
posisi no.12, jumlah backlink = 125
posisi no.11, jumlah backlink = 625
posisi no.10, jumlah backlink = 3,125
posisi no.09, jumlah backlink = 15,625
posisi no.08, jumlah backlink = 78,125
posisi no.07, jumlah backlink = 390,625
posisi no.06, jumlah backlink = 1,953,125
posisi no.05, jumlah backlink = 9,765,625
posisi no.04, jumlah backlink = 48,828,125
posisi no.03, jumlah backlink = 244,140,625
posisi no.02, jumlah backlink = 1,220,703,125

posisi no.01, jumlah backlink = 6,103,515,625

hah, kan da siap. senang kan. so, apa tunggu lagi. korang pun try la buat. boley la kita tolong-menolong antara satu sama lain. tak susah pun kan. selamat mencuba ye.

p/s :: jangan lupa klik duit tabung saya. thanx ^^,

Mar 8, 2011

CARA NAK DAPATKAN DUIT MELALUI BLOG.

Hai korang. hari ni terlebih rajin la pulak aku nak post kat blog ni. ok la. sekarang ni aku nak share macam mana nak dapatkan duit dengan cara menjadi blogger. nak kata senang sangat2 tu tak la jugak sebab kita kena la sabar. bukan semua rezeki datang bergolek. tapi insyaallah kalau kita rajin, ada la rezeki kan.

Aku rasa semua blogger mesti join Nuffnang kan. so, aku nak share satu lagi cara selain dari kita join Nuffnang. namanya HEARTBEAT. even trafik kat blog korang tak la sekencang mana. macam blog aku ni. suram jew. tapi takpe. korang still boleh pasang HEARTBEAT ni. meh aku ajar cara2 dia ok.

First, korang kena klik iklan kat bawah ni. jangan malu2 nak klik ok. dan juga jangan takut2. aku tak tipu korang pun.

KLIK KAT IKLAN NI.

Second, korang klik pulak dekat dalam kotak yang anak panah tunjuk tu.


Third, korang tekan [create account] yang anak panah tunjuk tu.


Then, boleh la korang isi form yang tersedia tu. tapi ingat taw, jawab ngan jujur. jangan tipu2. nanti kang ade yang tak dapat duit, huhu. da abes isi, korang click [continue]


Next, korang click [JOIN HB! Affiliate]. yang dekat gambar aku ni [MYHB] coz aku da join.tapi still kat tempat yang sama jew.


Da siap sume tu, korang click [online application] and then boleh la korang isi form yang tersedia tu ea.



Click [get code] untuk korang dapatkan code banner iklan. korang boley pilih bentuk macam mana iklan yang korang nak.


OK. da siap. senang kan. semudah 1,2, dan 3. hehe. ok la, bagi korang yang da ade iklan Nuffnang and takot   glitteri korang hilang. ape yang aku nak cakap korang jangan risau ok. Nuffnang korang akan still glitteri coz HEARTBEAT ni bukan saingan Nuffnang pun. so, korang takyah risau ea.

Selamat mencuba. terpulang la kat korang samada nak percaya atau tak. tak salah mencuba nasib dan berusaha sedikit kan. jom click.




 p/s :: jangan lupa klik tabung simpanan aku ok. thanx. ^^,

DONAT COKLAT @ DOUBLE CHOCO DOUGHNUT

Hai korang. minggu ni mood untuk sharing resepi sangat2 la menebal ok. hehe. tak rugi pun kalau kita kongsi2 resepi ni. tapi biasanya orang yang jual makanan tu dia memang susah sikit nak kongsi coz tu kan punca rezeki dia. so janganlah kita marah2 kat penjual yang tak nak kongsi resepi dia ok.

Hari ni, jom kita belajar buat donat cokolat coklat. budak2 suka la ni kalau dapat makan. so, bagi sape2 yang ada anak tu boleh la try. tak rugi pun kalau kita belajar kan. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

1) 50gm gula halus
2) 80gm tepung naik sendiri ( 80gm tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
3) 30gm serbuk koko
4) 50gm coklat masakan (white choc @ milk choc)
5) 4 sudu besar susu segar
6) 1 biji telur
7) minyak secukupnya
8) kelapa kering

CARA-CARA

1) ayakkan tepung bersama serbuk koko.

2) masukkan susu, telur dan gula ke dalam bekas yang mengandungi tepung dan serbuk koko.

3) panaskan minyak di atas api yang sederhana. ceduk adunan menggunakan sudu kecil dan goreng sehingga masak. ( lebih kurang macam nak buat cekodok jugak)

4) cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. bila coklat dah cair, tutupkan api dan masukkan donat yang telah siap digoreng tadi. gaul hingga rata.

5) salut donat tadi dengan kelapa kering. tapi kalau korang nak guna choc rice or milo pon boleh. ianya terpulang.

6) siap untuk dihidang.

p/s :: sangat mudah dan ringkas kan.
p/ss :: KLIK2 LA IKLAN YANG MUNCUL YE. ^______^

Mar 7, 2011

CREAM PUFF @ KRIM KASTARD.

hai korang ! mari belajar memasak. ok, hari ni aku nak kongsi satu resepi dengan korang semua. before2 ni pun resepi yang aku kongsi dengan korang semua simple2 jew kan. so, ari ni kita terjah pulak resepi cream puff dan ade jugak orang panggil krim kastard. best taw, rugi sape yang tak cuba. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

DOH / ADUNAN

1) 50 gm mentega
2) 75 gm tepung gandum yang telah diayak
3) 125 ml air
4) 1/3 sudu teh garam
5) 1/2 sudu teh esen vanilla
6) 1 biji telur + 1 biji kuning telur

KRIM KASTARD

1) 25 gm gula halus
2) 150 ml krim putar (whipping cream)
3) 1 1/4 sudu besar tepung kastard
4) 1/2 sudu teh esen vanilla
5) 1 sudu besar parutan keju cheddar
6) 1 biji kuning telur

CARA-CARA

DOH / ADUNAN

1. masukkan air ke dalam periuk. didihkan di atas api yang sederhana. masukkan mentega dan kacau hingga cair.

2. perlahankan api. masukkan garam dan tepung. kacau cepat2 menggunakan senduk hingga campuran menjadi doh. jika kacau lambat2 campuran tidak akan menjadi doh kerana proses sangat cepat.

3. ketepikan sebentar sehingga doh suam.

4. masukkan doh ke dalam bekas adunan. campurkan telur dan esen vanilla. pukul hingga sebati menggunakan speed sederhana.

5. sediakan loyang pembakar dan sapukan sedikit mentega di permukaan loyang. masukkan doh tadi ke dalam piping bag dengan menggunakan nozzle bintang. piping kan adunan mengikut citarasa anda ke dalam loyang.

6. panaskan oven pada suhu 180 - 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau cream puff bertukar keperang-perangan. untuk mendapatkan cream puff yang masak sekata, loyang haruslah diletakkan di bahagian tengah oven.

KRIM KASTARD

1. satukan semua bahan di atas kecuali keju cheddar ke dalam periuk. kacau sebati menggunakan whisk.

2. hidupkan api perlahan dan biarkan ianya panas. masukkan keju cheddar dan kacau adunan sehingga bertukar menjadi pekat.

3. matikan api dan alihkan acuan kastard dari dapur apabila whisk diangkat, kastard jatuh bertali. tutup bekas dengan menggunakan cling wrap agar permukaan kastard tidak mengeras. biarkan ianya sejuk sebentar.

4. belahkan cream puff dan isikan dengan krim kastard dengan secukupnya.

p/s :: ok lah. selamat mencuba ye. ^^,
p/ss :: tak dapat siarkan gambar coz aku ade kat hostel sekarang.

BUDAK MUNCIT