Hari ni aku nak share resepi wantan goreng dengan korang sume. sebenarnya aku suka sangat makan wantan goreng taw. hari2 aku mesti singgah gerai makcik dekat dengan blok aku tinggal ni coz nak beli wantan goreng dia. masa aku belajar kat matrik johor dulu pun, selalu sangat aku pergi cafe petang2 coz nak beli wantan goreng ni. kalau turun jew wantan da abes memang geram giler. rasa cam nak bakar2 jew cafe tu, hehe.
So, sekarang aku da pandai buat wantan goreng sendiri. nak kata sedap tu memang sangat sedap taw. boley makan banyak2 mane yang aku nak. kalau beli, 3 ketul tu da seringgit. bukan boleh makan sikit2. iye la, da nama pun makanan kegemaran kan.hehe. jom la, kita terjah resepi ni.
BAHAN-BAHAN
- 400gm isi ayam or korang pn boley guna isi ikan
- 2 ulas bawang putih yang telah dicincang
- 3 biji sengkuang cina yang telah didadu kecil2 (boleh juga ditambah carrot dan kobis)
- sedikit daun sup yang telah dihiris
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu kecil kicap cair
- 3 sudu kecil lada sulah
- garam dan gula secukup rasa ( depends kat korang)
- kulit wantan (boleh didapati di supermarket)
- sedikit air yang telah dicampur dengan sedikit tepung jagung untuk dijadikan pelekat
CARA-CARA
- isi ayam /ikan dipotong kecil2 dan gaulkan bersama lada sulah, kicap cair, garam dan gula.
- perap isi ayam/ikan tadi selama 15 - 30 minit
- tumis bawang putih sehingga wangi. kemudian masukkan isi ayam / ikan yang telah diperap.
- setelah isi ayam/ikan masak. masukkan sengkuang cina yang telah dipotong,daun sup, tepung jagung,dan juga sayur2 tambahan.
- selepas masak, biarkan inti tadi sejuk sedikit.
- basahkan 4 penjuru kulit wantan dengan air yang telah dicampur dengan tepung jagung.
- kemudian sendukkan sedikit inti tadi dan letakkan di bahagian tengah kulit wantan.
- gunakan kreativiti anda untuk melipat or membentukkan kulit wantan itu.
- panaskan minyak dan wantan siap untuk digoreng. pastikan wantan terendam di dalam minyak semasa menggoreng.
- bila kulit wantan sudah kekuning-kuningan. bolehlah diangkat dan ditoskan terlebih dahulu.
- boleh dimakan bersama cili sos.
p/s :: jangan lupa klik iklan aku taw. thanx ^^,
2 comments:
wahhh best jew..nk try r t..thnks 4 sharing :)
hehe..try la..boley makan byk lau buat sndri..puas ati lak tu.
Post a Comment