hai korang ! mari belajar memasak. ok, hari ni aku nak kongsi satu resepi dengan korang semua. before2 ni pun resepi yang aku kongsi dengan korang semua simple2 jew kan. so, ari ni kita terjah pulak resepi cream puff dan ade jugak orang panggil krim kastard. best taw, rugi sape yang tak cuba. jom kita terjah.
BAHAN-BAHAN
DOH / ADUNAN
1) 50 gm mentega
2) 75 gm tepung gandum yang telah diayak
3) 125 ml air
4) 1/3 sudu teh garam
5) 1/2 sudu teh esen vanilla
6) 1 biji telur + 1 biji kuning telur
KRIM KASTARD
1) 25 gm gula halus
2) 150 ml krim putar (whipping cream)
3) 1 1/4 sudu besar tepung kastard
4) 1/2 sudu teh esen vanilla
5) 1 sudu besar parutan keju cheddar
6) 1 biji kuning telur
CARA-CARA
DOH / ADUNAN
1. masukkan air ke dalam periuk. didihkan di atas api yang sederhana. masukkan mentega dan kacau hingga cair.
2. perlahankan api. masukkan garam dan tepung. kacau cepat2 menggunakan senduk hingga campuran menjadi doh. jika kacau lambat2 campuran tidak akan menjadi doh kerana proses sangat cepat.
3. ketepikan sebentar sehingga doh suam.
4. masukkan doh ke dalam bekas adunan. campurkan telur dan esen vanilla. pukul hingga sebati menggunakan speed sederhana.
5. sediakan loyang pembakar dan sapukan sedikit mentega di permukaan loyang. masukkan doh tadi ke dalam piping bag dengan menggunakan nozzle bintang. piping kan adunan mengikut citarasa anda ke dalam loyang.
6. panaskan oven pada suhu 180 - 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau cream puff bertukar keperang-perangan. untuk mendapatkan cream puff yang masak sekata, loyang haruslah diletakkan di bahagian tengah oven.
KRIM KASTARD
1. satukan semua bahan di atas kecuali keju cheddar ke dalam periuk. kacau sebati menggunakan whisk.
2. hidupkan api perlahan dan biarkan ianya panas. masukkan keju cheddar dan kacau adunan sehingga bertukar menjadi pekat.
3. matikan api dan alihkan acuan kastard dari dapur apabila whisk diangkat, kastard jatuh bertali. tutup bekas dengan menggunakan cling wrap agar permukaan kastard tidak mengeras. biarkan ianya sejuk sebentar.
4. belahkan cream puff dan isikan dengan krim kastard dengan secukupnya.
p/s :: ok lah. selamat mencuba ye. ^^,
p/ss :: tak dapat siarkan gambar coz aku ade kat hostel sekarang.
No comments:
Post a Comment