Hari ni jom kita main masak2 lagi ea. seronok main masak2 ni. boley tambahkan pengalaman dan lemak yang da tersedia berkumpul. haha. ok la, kali ni kita try buat kuih bakar pulak. tetiba rindu nak makan kuih tradisosnal yang mak buat. huhuhu. jom kita terjah resepinya.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur
- sedikit pewarna hijau
- sedikit bijan jika suka sebagai hiasan
CARA-CARA
- semua bahan dimasukkan ke dalam blender kecuali bijan ye.
- blend sehingga semua bahan itu sebati.
- sapukan sedikit minyak ke dalam loyang dan tuangkan bahan yang telah di blend tadi.
- taburkan bijian jika suka.
- bakar 40 min pada suhu 180'c atau hingga masak.
- hidang dan sedia untuk dimakan.
sekarang dah siap. semudah ABC kan. so apa lagi, jom la try buat kat rumah pulak. boleh la jamu makan petang ni dengan kuih bakar pandan. SELAMAT MENCUBA !!
p/s :: jangan lupa klik iklan saya. thanx ^^,
No comments:
Post a Comment