Hari ni aku nak share resepi red velvet cupcakes. actually aku sendiri pun lom try lagi. tapi tengah aku sembang2 dengan En. Google tu dapat la resepi ni. dan kebanyakkan yang try buat semua jadi and diorang pun ade upload gambar cupcakes yang diorang buat tu. so, apa kata kalau kita pun try buat jugak. ni yang aku tak sabar nak balek umah ni. hehe. jom kita terjah resepinya.
BAHAN-BAHAN (12BIJI)
bahan kering
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula ising
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
bahan basah
- 1 cawan buttermilk ready made or korang boley wat sendiri ( 1 cawan susu + 1sudu besar cuka putih / lemon jus dan biarkan 5min )
- 1/2 cawan minyak jagung/canola/sayuran
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil aisin vanilla
- 1 sudu kecil cuka putih
cream cheese topping
- 125g cream cheese
- 1/2 cawan butter ( better used yang unsalted)
- 1/2 cawan gula aising
- 1 sudu besar lemon jus
CARA-CARA
- panaskan oven pada suhu 180'C
- ayakkan bahan kering bersama.
- pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati.
- masukkan bahan kering yang telah diayak tadi ke dalam adunan bahan basah dan gaul hingga sebati. if korang nak guna mixer boleh jugak. juz guna lower speed.
- boleh masukkan ke dalam bekas cawan yang korang nak dan sedia untuk dibakar lebih kurang 18-20 minit.
- untuk topping, pukul semua bahan hingga sebati. letakkan topping bila cupcakes yang dah dimasak tu sejuk.
- sedia untuk dihidang dan dijamu.
senang kan, aku pulak yang rasa tak sabar nak cuba bila balek umah nanti. kat sini tak boleh try. biasa la kan, nama pun duk kat hostel. mana la nak dapat oven bagai. tapi aku before ni belom pernah try buat topping. tapi nanti lau aku da berjaya buat topping, aku akan upload gambarnya ye. lagi satu aku lupa pulak kat mana aku amek resepi ni. ape2 pun credit to tuan empunya resepi ni. jumpa lagi untuk resepi lain.
p/s :: SELAMAT MENCUBA ^^,
p/ss :: lupa pulak nak bagitaw, sila guna cawan yang sama untuk sukat bahan ok.
p/ss :: lupa pulak nak bagitaw, sila guna cawan yang sama untuk sukat bahan ok.
p/sss :: silalah klik iklan saya ye. thanx
No comments:
Post a Comment