Gempa bumi yang berukuran 8.8 magnitude di timur laut Jepun telah menyebabkan tsunami setinggi 4 meter berjaya menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan. malah, kapal2 dan bot2 turut dihanyutkan ke darat di Hachinohe. Subhanallah !!
Gegaran berlaku kira-kira jam 2.46 petang waktu tempatan dan diikuti dengan gempa susulan kira-kira 7.4 magnitude 30 minit selepas itu. Pusat gempa bumi terbabit terletak di latitude 36.0 utara longitude 141.2 timur 4078km timur laut Kudat, Sabah. Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihatkan supaya menjauhi persisiran pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi dari yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
pemandangan dari udara di Sendai Airport |
kereta yang turut dihanyutkan oleh tsunami |
Walaubagaimanapun, tiada amaran tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia. marilah kita sama-sama mendoakan agar kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
credit to Bernama.
p/s :: klik duit tabung saya. thanx ^^,
No comments:
Post a Comment