Minggu ni aku sangat la busy. penat sangat2 dan da lame aku tak merasakan weekend yang sebenar-benarnya. weekend yang tanpa gangguan dari apa2 pun. tak sabar nak abeskan waktu study ni. nak lepak2 kat umah. pendek kata goyang kaki la, hehe. tapi aku tau nanti perkara tu la yang akan jadi kebencian. sebabnya boring.
ok la. hari ni aku nak kongsi resepi apam beras. ataupun orang panggil apam snow white. tapi aku suka buat apam ni warna-warni. baru la nampak cam meriah kan. jom kita terjah.
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1 paket mauripan or ibu roti
CARA-CARA
- kesemua bahan di ats dimasukkan ke dalam satu bekas sederhana besar kecuali nasi dan air.
- bahan2 tersebut digaul hingga rata dan dibiarkan sementara.
- blendkan nasi dan air sehingga betul2 hancur.
- tuangkan nasi yang telah diblend tadi ke dalam bekas yang mengandungi bahan yang telah digaul tadi. kemudian gaulkan sekali lagi hingga mereka sebati dengan nasi yang diblend
- biarkan adunan selama 1 jam agar adunan mengembang.
- sapukan bekas acuan dengan sedikit minyak agar ianya tidak melekat selepas dikukus.
- boleh lah tuangkan adunan ke dalam bekas acuan yang telah disapu minyak.
- kukus didalam pengukus yang telah dipanaskan selama 10-15 min.
- apabila adunan telah merekah dan tidak melekat pada lidi yang dicucuk. itu menunjukkan ianya telah masak.
p/s :: SELAMAT MENCUBA
p/ss :: cawan untuk menyukat bahan2 haruslah diguna bekas yang sama.
p/sss :: silalah klik iklan saya. thanx. ^^,
No comments:
Post a Comment