,

Apr 29, 2011

APAM POLKADOT.

Hai korang !!

Jom kita main masak2. duk kat umah ni mebuatkan aku memang nak main masak2 jew. orang dah ade lesen besar sekarang. so, boleh la pergi mana2 pun. pinjam kete ye abah. haha. hari ni aku nak kongsi resepi apam polkadot. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 275 g tepung gandum
  • 220 g gula
  • 150 ml susu cair or susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • pewarna
  • filling--- ikut citarasa anda.(suggestion : blueberry. strawberry)
CARA-CARA
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. kemudian titiskan pewarna yang menjadi pilihan anda.
  3. masukkan setiap bahagian ke dalam piping bag.
  4. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam bekas acuan lompang. or boleh juga guna bekas acuan tart or apam tapi asalkan berlapik.
  5. letakkan filling secukupnya. kalau nak senang filling pun diletakkan ke dalam plastik kemudian buat lubang kecil di hujung.
  6. tambahkan lagi adunan dengan warna yang sama or berbeza sehingga 3/4 penuh. 
  7. lastly, dot dot dengan warna pilihan anda.
  8. kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  9. jangan buka api terlalu besar semasa mengukus. ini kerana untuk mengelakkan apam merekah.

sebelum kukus.

selepas kukus.

p/s :: selamat mencuba ye kawan2. rasa sayang pulak nak makan. =.="

Apr 28, 2011

SEGMEN : SAYA SAYANG IBU.


Hai korang !!

Petang tadi aku ada terpikir nak buat entry mengenai HARI IBU yang bakal disambut tak lama lagi. korang tau tak bila ?? Hah!! bagi yang tak tau tu pergi check calendar korang. Ok la. disebabkan aku baik hati, aku bagitau. HARI IBU tahun ini akan jatuh pada 8 MAY 2011. tapi aku ingatkan nak buat entry tu 2 hari before HARI IBU. barulah terasa feelingnya kan. tapi terpandang la pulak segmen ni. so, jom kita join ramai2. hehe

First of all, aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu di dunia ni. tanpa kamu siapalah kami. tidak mungkin kami dapat melihat dunia ini. 


Ibu. Engkaulah ratu hatiku. tiada orang lain yang akan dapat menggantikan tempat ibu disisi angah. Ibu adalah insan istimewa dalam hidup angah. Ibu adalah segala-galanya bagi diri angah ini.

Ibu. Terima kasih kerana membenarkan angah menumpang di dalam kandungan ibu selama 9 bulan 10 hari. terima kasih kerana sudi membawa angah setiap masa bersama ibu dalam tempoh itu. terima kasih kerana sudi menjaga angah sebaik mungkin ketika angah dalam kandunganmu ibu.

Ibu. Terima kasih kerana sudi mencorakkan diri angah sehingga angah berjaya menjadi insan yang berguna kepada masyakat hari ini. Terima kasih ibu kerana telah memberi kasih sayang yang tidak terhingga nilainya dan sama sekali tidak boleh dijual beli mahupun dipajak gadai. Ibu telah berjaya memberikan angah segala-galanya malah lebih dari yang sepatotnya.

Tanpa perasaan jemu ibu melaksanakan tugas di rumah. Setiap hari ibu melakukan rutin yang sama. Setiap hari ibu mengejutkan kami supaya bangun solat subuh. menyiapkan segala keperluan kami untuk ke sekolah. menyediakan sarapan agar kami dapat belajar dengan tenang di dalam kelas. menghantar dan menunggu kami di hadapan pintu rumah. Oh Ibu !! telah banyak jasa dan pengorbananmu ibu terhadap kami.

Marahmu ibu bukanlah racun bagi kami. tapi amarahmu adalah penawar bagi kami. senyumanmu, tawamu dan gelagatmu. semuanya adalah penawar bagi kami sekeluarga ibu. walaupun ibu tidak belajar sehingga universiti namun ibu tetap mengajar kami sehingga semua anak ibu berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Ibu berusaha sebaik mungkin untuk mengajar kami adik-beradik. 

Masih segar lagi di ingatan angah ibu. Ibu sanggup pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru matematik achik untuk belajar kaedah yang paling mudah untuk mengajar achik bab pembundaran pada waktu itu. Ibu sanggup bersengkang mata sehingga tengah malam semata-mata mahu meneman anak2 menyiapkan kerja sekolah dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Ibu adalah guru kami di rumah.



Ibu. walaupun anak2 mu telah meningkat dewasa. namun dirimu masih lagi bekerja keras untuk keluarga. Ketika di rumah, angah selalu menangis jika angah terjaga dari tidur dan mendengar bunyi yang datang dari dapur. kerana angah tahu itulah adalah bunyi yang datang dari dirimu yang sedang menyiapakan tempahan kuih. walaupun terpaksa bangun seawal jam 3 pagi, namun tidak pernah telinga ini mendengar rungutan darimu. sungguh mulia dirimu ibu.

Ketika angah berada di universiti. Ibu tidak pernah lupa menelefon untuk bertanya khabar jika angah terlewat untuk telefon. Angah tahu, ibu risaukan angah yang jauh dari keluarga. seorang anak gadis yang menetap di negeri orang semata-mata mahu menuntut ilmu. Dan setiap kali pengakhiran telefon, ibu pasti menangis. Dan diri ini juga turut mengalirkan air mata. Begitu juga ketika ibu menghantar angah ke stesen bas. ketika bersalam untuk meneruskan perjalanan, ibu pasti memeluk angah dengan seerat yang mungkin dan maka tertitislah air mata seorang ibu.

Ketika diri ini ingin menghadapi peperiksaan. orang pertama yang akan diri ini telefon adalah ibu. Restu dan doamu ibu sangat penting bagi angah. syurga angah sebagai seorang anak ada di bawah telapak kakimu ibu. selesai exam pun orang yang akan diceritakan mengenai bertapa susah dan senangnya soalan exam itu adalah ibu. Ibu adalah tempat luahan segala-galanya bagi angah.

Setiap tahun. Bermula dari angah tahu apa itu HARI IBU angah tidak pernah lupa untuk mengucapkannya. walaupun pada permulaan sangat segan kerana tidak biasa. namun, ianya menjadi satu perkara wajib. terasa sangat bahagia diri ini bila dapat mengucapkan SELAMAT HARI IBU.walaupun jauh dimata, namun ucapan itu tetap akan diucapakn oleh mulut ini kepada ibu.

Ibu, di kesempatan ini. angah ingin memohon seribu kemaafan darimu. angah tahu, kadang kala angah tidak jauh dari melakukan kesilapan. angah pernah menyakiti hati ibu. angah pernah mebuat ibu berasa sedih. maafkanlah segala kesilapan angah. hanya kau sahaja ratu hatiku ibu.

Tanggal 8 May 2011, semua anak ibu akan berkumpul di rumah. kami akan meraikan HARI IBU seperti mana yang telah biasa kita lakukan pada tahun2 lepas. semoga hadiah itu dapat membahagiakan dirimu dan berasa seperti kamu sangat dihargai oleh kami. jasamu ibu memang tidak terbalas oleh diri ini.



p/s :: tatkala entry ini ditulis. air mataku bercucuran. oh !! bertapa besarnya pengorbanan ibu terhadap diriku selama 22 tahun ini.

rakan yang bakal ditag adalah Cik WawaCik Yaya, dan Cik Jera.

Apr 27, 2011

CIK ZAI PENANG GIVEAWAY.


Hai korang !!

Jom kita join GA lagi. tapi kali ni GA ni datang dari jauh tau. iaitu PENANG. nape aku cakap jauh ?? sebabnya aku sekarang kat Bangi, so memang jauh la kan.

Yang bestnya GA kali ni, tuan empunya blog iaitu Cik Zai sediakan 15 hadiah tau. so, memang rugi la sapa tak join. kalau korang tak dapat jadi pemenang pertama, jadi pemenang ke-15 pun oklah. hehe

Cheklist syarat2 ::

1. Warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia dan mempunyai blog.

@ Aku memang warganegara Malysia dan sekarang pun stay kat Bangi. Blog pun ade. so, settle

2. Kalau rajin follow blog Cik Zai. (tak paksa)

@ Dah follow dah. harap2 Cik Zai sudi la follow balik ye. tapi tak paksa pun.hehe

3. Buat Entry bertajuk Cik Zai Penang Giveaway.

@ Tengah menaip la ni. so, dikira dah settle. ^^,

4. Letakkan banner giveaway di entry dan juga sidebar blog

@ Konpem dah letak.

5. Sila tinggalkan link entry di ruangan komen.

@ mesti lah tinggalkan lepas post entry ni. nak menang kan..hehe

6. Tak perlu tag kawan2. tapi kalau nak tag pun dipersilakan

@ ahaha, so orang yang akan ditag adalah Cik Yaya & Cik Wawa.

Tarikh tamat GA ni adalah 30 April 2011. Pemenang akan diumumkan seminggu selepas itu. jom, join cepat2.

p/s :: thanx to Cik Zai. meriah GA ni ye. ^^,


OYAT CERITERA'S 1ST GIVEAWAY.


Hai Korang !!

Ni 1st GA oleh Pn. Oyat. oleh disebabkan pemenang akan dipilih base on random, so jom kita join. hehe.

Checklist syarat2 :
1. Letakkan banner diatas dan di sedebar kanan, kiri, bawah or atas blog anda. link ke tuan empunya blog.

@ Cik Anne da buat.

2. Wajib menjadi follower Oyat Ceritera's Life Destination.

@ Cik Anne da ikut.

3. Jawab soalan yang diberikan. 

@ Cik Anne jawab 3 pasang kasut !!! ( Bill Keith Zianna Black, Paula Moda & Windy )

4. Tinggalkan link di tuan empunya blog.

@ Cik Anne da tinggalkan.

Tarikh tutup adalah 29 April 2011. So, sempat lagi kalau korang nak join ni. Dan hadiah misteri menanti sebabnya hadiah yang ditawarkan kepada pemenang dirahsiakan. so, mestilah misteri kan..

Orang yang bakal ditag adalah :


p/s :: thanx to Pn. Oyat. ^^,

Apr 25, 2011

ASLEENDA 2ND GIVEAWAY.


Giveaway lagi. sekarang kita join yang Cik Leen punya pulak ok. syarat2 sangat simple. tarikh tutup pulak 30 April 2011. so, cepat2 la ye kalau nak join. kawan yang ditag adalah Cik Yaya.

p/s :: i'm try to be da lucky person. haha ^^,

NOVESTA 1ST GIVEAWAY.



Hai korang !!

Jom join giveaway Cik Jaja ni. hadiah yang ditawarkan adalah novel. memandangkan aku ni memang la kaki novel. so, boleh la cuba nasib kt giveaway ni ye. hehe

Tarikh tutup adalah 30 april 2011. so, sempat jew lagi kalau nak join. thanx ye cik blog. hehe ^^,

YANA YASSIN 1ST GIVEAWAY.



Hai korang !!

Dah lama tak masok sini. jenjalan jap tadi. terus jumpa blog Cik Yana ni. dia ada buat giveaway. so, jom kita join. hehe

Tarikh tutup adalah 30 april 2011. syarat2 simple sangat. juz follow blog Cik Yana ni. then, tag 3orang rakan dan pastikan dia tahu. dah siap semua boleh la korang tinggalkan link entry korang kat ruangan komen blog cik yana. simple kan. juz try to know who the lucky person. haha

Orang yang ditag adalah Cik WawaCik Yaya dan Cik Jera. ^^,

Apr 22, 2011

APABILA DIA BERKATA-KATA.

Hai korang !!

Kali ni entry bergambar ok. malas nak cakap panjang2.






p/s : situation ni berlaku pada kawan aku. macam mana kalau aku dapat adik macam ni ea ??

Apr 20, 2011

JOM JOIN GIVE AWAY AIMI !


Hai korang !!

Hari ni jom kita cuba nasib lagi. how lucky person u're. even aku sendiri pon belom pernah dapat give away lagi. tapi seronok pulak join ni ye. hehe

Kali ni. kita join give away Cik Aimi. Dia ada buat give away. First time give away and hadiah dia pun lumayan. syarat2 yang dia bagi pun simple jew. yang tak join tu memang tolak tuah la. mane la tau kot2 hari tu u're da lucky person rite. hehe

Jom kita terjah syarat2 yang termaktub. hehe.
  1. tajuk netry korang haruslah JOM JOIN GIVE AWAY AIMI !
  2. letak banner give away tu dalam entry korang.
  3. letak kat sidebar jugak. wajib ok. kalau tak confirm batal terus.
  4. follow blog Cik Aimi ni. tapi kalau korang tak nak follow pun takpe. tapi susah la korang nak update pasal give away ni.
  5. korang harus tag 2 orang rakan blog.
  6. dah siap semua, letak link entry korang kat ruangan komen.
Tarikh tutup penyertaan adalah 30 APRIL 2011. ada lagi 10 hari after post entry aku ni. so, sempat lagi korang nak join. jom kita tengok siapa yang lucky tu yep. hehe

Orang yang bakal ditag adalah seperti biasa.

Apr 17, 2011

SEGMEN : EUROPE LUCKY DRAW BY TRIGYY.



Hai korang !!

Jom kita ramai2 join contest ni. Incik Blog ni sekarang dah pun selamat berada di europe dan dia telah pun bermurah hati nak bagi cenderamata yang dia beli dari europe. seramai 4 pemenang yang akan dipilih dan setiap orang akan mendapat hadiah dari satu negara dan hanya pemenang yang ke-5 akan mendapat hadiah dari semua negara yang dia lawat.

Aha, best kan. dapat souvenir dari europe. syarat2 dia pun sangat simple. korang juz buat tajuk entry "segmen : europe lucky draw by trigyy". then, letak header dan link ke entry Incik Blog. korang cerita sikit pasal contest ni. pastu letak link entry korang kat comment Incik Blog. simple kan.

So, apa lagi. jom kita ramai2 join contest ni. dan tengok sape yang lucky tu. mintak2 la cik anne yang menang pulak yep. nak pergi sana sendiri lambat lagi. dapat souvenir dari sana pun dah ok. haha

Apr 16, 2011

"CUTE COUPLE CONTEST"


KLIK KAT SINI.
Hai korang !!

Lepas solat subuh tadi terus on laptop. tengok2 da boleh connect tenet. semalam punya la boring aku sebab takley connect tenet pun, huhu.

Dah bukak tenet macam biasa la kan. pergi guling2 kat blog orang lain jap. pastu ternampak la contest ni. hehe. terus terpikir nak join. sape2 nak join jugak tu boleh la terjah kat blogshop Kak Sue. dia ni ada jual produk vco taw. dan skang ni pun promotion free postage. so, boleh la korang2 gi terjah kt blogshop kak sue ni nanti ea.

Ok. gambar yang bakal dipetaruhkan kali ni adalah..jeng...jeng...jeng


" I get the best feeling in the world when U say hi or even smile at me because I know, even its just for a second, that I've crossed ur mind "

Alhamdulillah hubungan yang telah diikat selama 6 tahun masih lagi bersinar. dan still macam mula2 couple dulu. tak ada yang kurang dan berubah. makin hari makin bertambah keserasian kami bersama. susah senang kami lalui bersama. mungkin tulang rusuk yang ku pinjam ini adalah kepunyaan dirinya.

Ya Allah, Kau panjangkanlah jodoh kami bersama. agar dapat kami membimbing antara satu sama lain ke jalan yang diredhai oleh-Mu. Aku bersyukur kehadrat-Mu Ya Allah kerana Kau telah menemukan aku dengan dirinya. Amin

p/s :: yang bakal ditag adalah Cik Wawa

Apr 14, 2011

CONTEST : HIJABKU JIWAKU.

Hai korang !!

Dah lama rasa tak conteng2 kat sini. bukak2 jew terus rasa nak join contest. memandangkan contest ni esok dah tarikh tutupnya. so, jomlah kita join. hehe. sempat lagi ni. walaupun petang ni exam geoteknik tapi masih sempat nak join contest.

Contest ni dianjurkan oleh Miss Suhaila. ini adalah contest yang kedua yang dianjurkan. contest ni ada 2 bahagian tapi kena pilih 1 jew. so, memandangkan untuk bahagian B tu cik anne takde gambar yang menarik. so, pilihlah bahagian A iaitu HIJABKU JIWAKU. Syarat dia haruslah perempuan yang tinggal di semenanjung Malaysia. dah memang sah2 cik anne pompuan dan tinggal pun kat Bangi. so, lulus. syarat kedua haruslah follow blog Miss Suhaila ni and buat entry pasal contest ni kat blog. so, mestilah peserta tu blogger and of course cik anne ni blogger dan dah follow. lulus lagi. next, haruslah letak gambar. hah, cik anne pun dah tampal la gambar.


 
Tapi kan cik anne nak kongsi satu cerita taw. dulu masa kecik2 cik anne liat giler nak pakai tudung. cik anne selalu marah2 lau parents cik anne suh pakai tudung. iye la. masa tu kecik lagi kan. tak tau ape2 pun. kawan2 lain relax jew pergi mana2 tak pakai tudung. pastu cik anne tanya la kat abah cik anne nape nak paksa cik anne ni pakai tudung. pastu after solat maghrib abah cik anne pun cerita la yang pakai tudung ni wajib bagi pompuan yang dah baligh. bukan semata-mata pergi sekolah jew pakai tudung. nak gi mana2 pun kena pakai tudung. dah pakai tudung kena la pakai pakaian yang menutup aurat. yang buatkan cik anne takut sangat bila abah cik anne cakap. nanti bila kita dihisab, rambut yang kita tayang sekarang ni kat dunia akan dibakar dengan api dari neraka dan kita akan digantung dengan mengikat rambut kita. masa tu cik anne takut sangat. lepas tu terus tudung tu melekat kat kepala kalau nak kuar umah.

Hmm, dah jadi panjang pulak entry ni. ok, orang yang cik anne nak tag adalah ::


Apr 11, 2011

CONTEST : GIVE AWAY.



Hai korang !!

Kita berjumpa lagi di ruangan jom sertai contest sampai menang. bagi sesiapa yang belum menang pun lagi contest yang dia sertai, jom kita join 1 lagi contest yang telah dianjurkan oleh Kak Ina bersempena dengan blognya yang telah mencecah ke usia 2 tahun. dah besar pun ye.

Give Away ni sebenarnya dianjurkan untuk menghargai pembaca blog, follower, blog list, silent readers and etc. contest ni boleh disertai oelh sesiapa sahaja. tak kira bangsa, agama, jantina, umur ataupun perbezaan bahasa. kita kan 1 Malaysia.(apa yg aku mengarut ni??). Tapi untuk sertai contest ni. adalah syarat2 yang korang kenai ikut. jom kita terjah.

  1. korang haruslah jadi follower di kedua-dua blog Kak Ina ni. Terimalah Aku Seadanya dan Di Sebalik Rahsia Hati.
  2. kena letak link kedua-dua blog.
  3. kena buat entry pasal Give Away.
  4. kena tinggal link or email di ruangan komen kedua-dua blog Kak Ina ni.
  5. terdapat hadiah misteri untuk follower.
  6. tarikh pernyertaan tamat sehingga 1 Mei 2011.
So, apa tunggu lagi. jom la kita join. hadiah lumayan sangat taw. memang sayang lebih la Kak Ina ni kalau aku menang. coz dia bagi hadiah yang sangat lumayan taw. memang rugi la sape2 yang tak join tu. Menang or tak lain kira. janji kita join dulu kan. hadiah pun disediakan untuk 4 orang pemenang. thanx untuk Kak Ina coz sudi anjurkan contest ni.

Apr 10, 2011

LOLLICRAFT :: I HEART HANDMADE GIVEAWAY.



Hai korang !!

Jom kita join contest lagi. kali ni contestnya adalah Lollicraft :: I Heart Handmade Giveaway dan akan tamat pada 22 April 2011. so, korang yang baru jew terbaca entry aku ni boleh la join. lambat lagi kan. still ade 12 hari lagi. so, jangan tunggu lagi. join jew. contest kali ni telah pun dianjurkan oleh Cik Mia. contest kali ni sangat2 simple. korang juz perlu buat da simple things. nak taw ape syarat2nya. jom kita terjah.

  1. korang haruslah menjadi follower blog Cik Mia dan dia juga akan menjadi follower anda nanti.
  2. korang haruslah letakkan link blog Cik Mia ni kat bloglist korang.
  3. create satu entry dan banner contest haruslah ditampalkan di entry anda.
  4. letakkan link entry korang di bahagian comment box. nanti senang la Cik Mia nak review.
  5. korang haruslah tinggalkan nama glamor dan email korang sekali di bahagian comment supaya kalau korang termenang nanti, senang sikit Cik Mia nak cari korang.
  6. dan hanya seorang peserta yang bertuah sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
Korang nak tau tak. hadiah yang ditawarkan sangat la lumayan taw. ni adalah hadiah yang bakal dimenangi taw.
1. A glittery white scrap frame.

2. Patched heart car charm. 

3. A flower handmade book.
Harap2 orang yang bertuah tu adalah aku la yep. hehe. teringin nak dapat hadiah ni. setakat yang aku join contest ni takde yang lucky lagi. tapi orang cakap kalau dah memang rezeki kita tak ke mana pun kan. hehe. so, jom la kita join beramai2. Semoga berjaya !!

AMARAN DARI ALLAH, DI DALAM MULUT BAYI.

by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI....
- please read!!!.. TRUE STORY
 by Heliza Helmi on Thursday, April 7, 2011 at 1:43pm
Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

p/s :: note ni aku ambil dari facebook heliza helmi. lau korang tak percaya, korang boleh BACA KAT SINI.
kita sesama Islam haruslah saling ingat mengingati. wassalam

Apr 8, 2011

'CONTEST : Saya dan Kertas ♥'

Hai korang !!

Minggu ni adalah minggu aku join contest. tak tau la nape. suka sangat aku join contest ni sekarang. tapi sebenarnya aku join ni pun bila ada orang tag aku, hehe. ade jugak contest yang orang tag aku takleh join. sebabnya da tamat tempoh dah.

Hari ni contest kedua yang aku nak join adalah contest Mr. Copie. dia ada buat "Contest : Saya dan Kertas ♥". oh, so sweet ok!! sangat2 pencinta alam. apa yang aku tau, dia buat contest ni bersempena dengan follower dia yang dah mencecah 111 orang. contest ni akan berakhir pada 10 April.so, cepat2 lah ye. syarat2 yang dikenakan untuk join contest ni pun tak lah susah pun. jom kita terjah.

  1. mestilah warganegara Malaysia dan Blogspot.com
  2. mesti follow blog Mr. Copie dan juga blog follower Mr. Copie yg ke 111 iaitu Cik Opie
  3. gambar yang ditampal mestilah gambar muka anda sendiri. 
  4. kertas tersebut jika bergambar, tidak boleh diprint mahupun photostat. (haruslah originial)
  5. buat 1 entry khas mengenai CONTEST : Saya dan Kertas ♥ di blog anda.
  6. tinggalkan link di ruangan komen blog Mr. Copie
  7. mesti tag minimum 3 rakan anda.
So, apa lagi. meh kita join ramai2. hehe. so gambar yang aku bakal tampal kat sini adalah...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

dan ini jugak


Dan 3 orang yang bakal ditag adalah...
=
=
=
=
=
=
=


CONTEST SEHATI CWL & FARA.





Hai korang !!

Pagi ni before kita start study jom kita join contest dulu ok. kali ni aku nak join CONTEST SEHATI CWL DAN FARA yang telah dianjurkan oleh Cik Wanie bersempena dengan blog dia yang telah pun mencecah usia 2 bulan. aku salute la kat dia ni coz even dia baru berblog tapi dia berani buat contest untuk follower dia. thanx sangat2 coz menghargai kami, hehe. dan tak lupa juga kepada kawan Cik Wanie iaitu Cik Fara. kalau korang nak tau Cik Fara ni la yang menjadi sponsor bersama. aku sebenarnya selalu usha blog Cik Fara ni sebab shawl2 yang dijual kat sana sangat cantik dan yang latest. tapi tak sempat lagi nak beli coz sekarang sangat busy. kalau ada yang berminat bolehlah singgah kat blog CIK FARA ni.

Sekarang jom kita usha syarat2 untuk mengikuti contest ni ye. tak susah pun.

  1. korang wajib follow blog cik wanie lovela dan cik fara.
  2. pastu banner kat atas tu haruslah ada dalam entry dan sidebar blog korang. dan banner wajib link kat blog CWL.
  3. tajuk entry adalah CONTEST SEHATI CWL & FARA.
  4. terbuka kepada semua orang. tak kisah pun dia lelaki or perempuan. umur pun tak kisah. pendek kata sesiapa pun boleh join contest ni.
  5. korang haruslah buat simple entry pasal CONTEST CWL & FARA ni. entry yang menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
  6. korang wajib tag 4 orang kawan korang.
  7. kalau korang dah join contest ni, haruslah kena tinggalkan link di comment. nantikan da bagus2 korang boleh menang tapi tak menang lak kan.
  8. the last one yang sangat2 la penting. korang haruslah upload gambar korang yang korang rasa paling comel + cun + cute + ape2 jew la. tapi gambar tu haruslah gambar single ok. takley gambar berdua or ramai2. dan hanya 1 gambar jew yang dibenarkan. dan gambar tu tak seharusnya mengandungi unsur2 lucah k. 
Hah, semua syarat2 kat atas tu aku da penuhi. juz nak tag 4 orang kawan jew. jom kita tengok siapa yang kena. hehe

p/s :: harap2 la aku menang contest ni ye. hadiah dia pun lumayan ni. wish me luck ok !! ^^,

Apr 7, 2011

CONTEST 1ST GA 2 TAHUN BUNGA KAT TAMAN TEMAN !!

Hai korang !!

Hari ni jom kita join contest lagi. kali ni contest ni ditag oleh cikgu syafiqah yep. dia ni suka join contest. macam2 contest yang dia join. aku ni idok la suka sangat join ni. tapi kalau orang ajak tu apa salahnya kan, hehe.



First skali, aku nak ucapkan tahniah kepada Miss Fadwa Daud coz blognya telah mencapai usia 2 tahun. dah besar panjang ye, hehe. teruskan berblog ok. sekarang meh kita citer pasal syarat2 contest ni. tuan empunya blog ni tak menyusahkan peserta pun. kenapa aku cakap cam tu. sebabnya syarat yang dikenakan simple sekali.

  1. menetap di Malaysia, ada blog, jadi follower ~ BUNGA KAT TAMAN TEMAN ~ 
  2. buat satu entry, letak banner yang simple plus comel kat atas tu dalam entry anda. pada sidebar tak perlu ok.
  3. tak perlu tag kawan2, tapi kalau nak tag pun boleh. so moh le kita tag kawan2 supaya ramai yang join contest ni.
  4. tinggalkan ID FOLLOWER, LINK ENTRY kat KOMEN ENTRY INI SAHAJA (ala, kat bahagian ...orang nak cakap)
  5. berakhir pada pukul 1200 am, 10 APRIL 2011. so ini bermakna ada lagi 3 hari selepas tarikh ini. 
  6. 3 insan bertuah akan dipilih dengan khidmat Random org.
So, apa lagi. meh la join. kat sini aku nak tag Cik Wawa.

APAKAH KESUDAHANNYA.

minggu ni minggu yang sangat busy
minggu yang menentukan segalanya
tapi sempat lagi kot semalam keluar berpoya-poya
antara aktiviti semalam
tengok movie HOP
si arnab E.B yang sangat2 la cute
bantai gelak sampai tak kisah orang lain
makan kat POPEYE'S
cuba makanan baru lagi kat situ
kali ni try FISH AND SHRIMP SET
perut dah kenyang
pusing2 cari hadiah birthday untuk MR.F
dah dapat terus pergi bayar
tapi sempat rembat satu untuk diri sendiri
pusing2 lagi teman cik dayah jalan2
masuk kedai CHERRY LAND
cik dayah dah beli POOH FRAME
tetiba terfikir nak beli another present untuk MR.F
terus rembat bila dah jumpa (terpaksa dirahsiakan,hehe)
pastu terus beli wrapping paper plus kad comel sebab dah malas nak keluar
pergi kedai photo cuci gambar yang dah lama diperam dalam bekas pekasam
double check semua barang yang nak dibeli
before balik sempat singgah kat FRUITLAND
first time makan kat situ
try la makan MANGO SAGO LOLO
cik dayah punye HONEY DEW SAGO LOLO
dua2 best tapi yang paling best cik dayah punye la
mula2 decide nak balek naik bot sebab malas jalan plus hujan waktu tu
tapi bila tengok luar dah tak hujan
terus jalan kaki jew
sampai kat KTM, komuter baru jew terlepas
terpaksa tunggu dan bila komuter dah sampai
terkejut jap tengok orang kat dalam
penuh macam sardin
tapi naik jugak sebab dah malas nak tunggu lagi
bersyukur sangat coz terpaksa bertahan untuk 2 stesen jew
dah sampai kat KTM UKM
tengok2 bas 6K jew yang ada
terpaksa decide naik jew bas tu
pastu nanti turun kat fakulti kejuruteraan untuk naik bas ZON 2
dah turun bas tengok jam
owh !! kami dah terlepas bas
so, terpaksa tunggu pukul 7 untuk naik bas berikutnya
dan akhirnya kami selamat sampai kat kolej kediaman pukul 7.20 malam
semalam adalah hari yang sangat penuh dengan pembaziran waktu
hari ni pulun study sebab nak cover hari2 yang sebelum ni
harap2 takde lagi hari yang macam semalam untuk minggu ni.

p/s :: tak sabar nak tunggu family aku datang kat sini.



Apr 5, 2011

PAMERAN ANTARABANGSA IBS DI CIDB.

Hai korang !!

Dah lama aku tak conteng2 kat sini kan. sekarang ni aku stop dulu ea untuk kongsi resepi. aku da start study week dah ni. so, memang sangat2 busy. tapi bukan busy study pon sebenarnya. aaiisshh !! =.="
Hari ni aku pergi ke Pameran Antarabangsa IBS di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur. apa yang aku boleh bagitau, seronok sangat pergi sana. banyak ilmu baru yang aku dapat. kalau before ni aku tak tau pun perkara tu dan takde pun dalam lecture. tapi tadi aku dapat ilmu yang baru. meh sini aku cerita apa pameran yang aku pergi tadi.

MALAYSIA IBS INTERNATIONAL EXHIBITION [MIEE2011] dengan tema 'Integrasi IBS untuk Teknologi Hijau' akan diadakan pada 5-7 April 2011. pameran ini merupakan pameran yang ketiga seumpamanya dianjurkan oleh CIDB. MIIE 2009 yang lepas telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 150 booth, 700 orang peserta seminar dan 5000 pelawat. program ini telah disertai oleh pelbagai golongan seperti pegawai-pegawai kerajaan, para kontraktor dari pelbagai gred, akademik, pusat-pusat penyelidikan, pembekal dan pengilang IBS seluruh negara dan tidak lupa juga para pelajar daripada institusi awam mahupun swasta.


Dengan tema 'Integrasi IBS untuk Teknologi Hijau'. CIDB sebagai penyokong kepada Teknologi Hijau, komited di dalam usaha mempromosi persekitaran yang lebih hijau. dan di dalam masa yang sama juga ianya menjadikannindustri pembinaan sebagai satu industri yang lebih relevan selari dengan usaha tersebut. MIEE 2011 akan menjadi landasan untuk mempromosi teknologi IBS yang dapat mengurangkan kesan rumah hijau.


So, apa tunggu lagi. jom la kita serbu ramai2 ke pameran ni. serius aku cakap kat korang. memang tak rugi dan tak bosan. tu pun kalau niat korang memang nak dapatkan ilmu la. tadi pun bila dah dikelilingi dengan golongan profesional dan yang lebih berpengalaman ni. aku rasa sangat segan dan kerdil tau. iye lah, kitorang ni aku rasa dah macam budak sekolah pulak. tapi bila setiap kali kitorang pergi ke booth2 yang ada kat situ. kitorang semua dilayan seperti golongan profesioanl jugak. setiap soalan yang kitorang ajukan memang dijawab dengan sebaik mungkin oleh pihak mereka.


Dan yang paling penting. penting la jugak bagi aku. kitorang dapat goodie bag, hehe. macam aku. aku dapat 3 goodie bag yang ade buku note. so, sem depan boleh la aku guna buku tu untuk tulis lecture note. boleh la berangan macam orang yang da profesional kan. hehe


Aku nak sangat upload gambar. tapi semua gambar still ada dalam simpanan kawan aku. nanti bila diorang dah upload. aku akan tempek gambar tu kat sini ok. tapi ape2 pun aku suggest korang pergilah sendiri. kalau lah sure heboh or pesta belon panas tu korang boleh pergi. why not, korang spent time korang kejap untuk pergi ke pameran ni. tak rugi pun. ^^,

Apr 3, 2011

SIAPA YANG LEBIH HIPOKRIT ??

Hai korang !!

Hari ni dah 3 April. So, juz 9 hari jew lagi yang tinggal sebelum final exam. tapi aku ni da cukup bersedia ke ?? owh !! tidak sama sekali. dari semalam lagi duk berpoya-poya. 10 min duk kat meja terus beraleh ke atas katil. elok2 duk hadap buku terus hadap lappy. ape nak jadi la ea.

Tengah syok layan lappy tu. ding!! ada notification kat FB aku. urmm. satu soalan dari _____. owh !! korang yang ade FB mesti tau kan pasal questions kat FB tu kan. eh, jap. ade ke orang yang takde FB ?? tipu lah tu =.=". tapi aku sebenarnya cukup menyampah kot dengan soalan2 tu. kadang2 mengarut jew. pastu penuh 1 wall aku. tapi kadang2 aku jawab gak soalan2 tu. dah takde keje kan. biar berlambak macam gunung pun. huh

Soalan yang aku jawab ni bertaip lebih kurang camni lah. Siapa lebih hipokrit, bajet macho/cun, jual mahal ?? dan pilihan jawapan pulak 1) lelaki 2) sudah tentu PEREMPUAN. owh !! please la. perlu ke perempuan dihilight sebegitu rupa ?? dan korang mesti dah tau jawapan aku kan. ngehehe. oleh disebabkan aku ni perempuan sejati. op kos la aku akan jawab jawapan pertama iaitu lelaki. takkan lah aku nak burukkan diri aku sendiri.

So, aku nak tanya korang la. betol ke yang pompuan ni hipokrit, bajet cun la, jual mahal la. betol ke ?? aku rasa lelaki pun sam jew kot cam pompuan. meh sini, aku nak citer sikit. situasi kat bawah ni betol taw. aku tak tipu pun. ni semua yang pernah terjadi depan mata aku.

1. Tak silap masa aku form 4 kot. ada sorang pengawas laki kat sekolah aku ni. konon bajet hensem la. ade sorang junior yang form 3 bagi surat kat dia. konon2 nak kawan2, nak kenal2 la. korang nak taw dia cakap ape kat pompuan tu. dia cakap balek umah cermin la diri tu sikit. ada hati nak kawan2 ngan orang. peerrgghh!! ayat memang takleh blah la kan. tak ke bajet macho dan jual mahal macam tu. lepas tu terus aku tak suka tengok dia. dia dah malukan kaum aku a.k.a junior aku. 

2. Ni kisah kawan aku. masa tu kitorang form 5. dia dah kapal kapel dengan bf dia start form 2. so, dah 3 tahun la kan. bf dia masa tu pun da abes skolah coz bf dia tu tua 2taun dari kawan aku ni. dipendekkan citer, bf dia cakap nak clash. sebab nak concentrate dengan study. kawan aku ni pun redha jew lah. tapi sebenarnya dia dah ade gf baru kat kolej sane. tak ke hipokrit namanya tu. cakap jew lah dia dah ade gf baru. toksah la cakap nak concentrate dengan study. ayat nak nampak mulia jew kan. 

3. Situasi yang ketiga ni. aku rasa cam nak lempang2 jew taw. aku ngan kawan2 aku ni suka kuar shopping kalau awal2 sem coz masa tu duit tengah masyuk lagi kan. satu hari tu ktorang pergi lah survey2 henpon. konon nak tukar yang baru lah. da usha banyak2 kedai, ada satu kedai yang jual henpon kawan aku suka. kawan aku ni memang teruja la nak beli. goda punya goda, dapat lah kurang rm30. lepas tu confirm, kawan aku terus beli. dah bayar tu, ktorang duk lagi situ sebab nak usha henpon lain lak. kot2 la aku pulak yang nak beli kan,ngeee. tetiba datang sorang awek hot meletup kebaboom ni. boleh pulak harga henpon yang sama macam kawan aku beli tadi ditawarkan kat awek tu rm100 lagi murah ok. tak ke jual mahal namenye tu. dan op kos la penjual tu LELAKI !! tu yang aku rasa nak lempang2 jew mamat tu.

Conclusion yang dapat kita buat dari 3 situasi kat atas memang sah la lelaki sebenarnya yang hipoktit, bajet macho dan jual mahal. kan kan kan ?????

p/s :: naseb baik bakal husband aku tak macam tu.. ^^,

Apr 2, 2011

SENIOR DAN JUNIOR.

Hai korang !!

Hari ni dah 2 April. dah masuk study week pun. tapi aku tak juga studynye. banyak sangat melencong ke lain. niat dah ada tapi tak ditunaikan pun lagi. apa nak jadi pn tak tau la. pagi tadi bangun awal2 pergi jogging. tak taw la lepas ni boleh jogging sama2 lagi tak dengan kawan2 aku yang ni. masing2 da tukar kolej kediaman. macam tak best pulak rasanya. urmmm.

Back to tajuk entri kat atas. hari ni aku nak tanya apa pendapat korang mengenai "senior" dan "junior". adakah harus junior menghormati senior ?? bagi pendapat aku, yup !! harus sangat2. dah masuk hukum wajib dah sebenarnya. hormat maksud aku disini takde lah sampai junior tu harus ikut telunjuk si senior or melutut kat dia. cukup lah hanya tak bersikap kurang ajar. tak nak tegur pun takpe. tapi jangan lah sampai mengumpat kat belakang.

Apa yang aku nak cakap disini. aku adalah seorang junior dan juga senior. terus terang aku cakap. aku bukanlah rapat pun dengan senior dan junior aku. nak sembang sama2 jauh sekali. bukan aku sombong or nak berlagak. tapi bagi aku setiap orang berbeza. ada orang yang suka cara kita dan ada yang tak suka. ada yang suka junior menggedik-gedik dan ada yang menyampah dengan orang yang berperangai macam tu. so, bagi aku cukuplah kalau jumpa pun aku senyum jew.

Bagi aku tak salah korang nak berbaik dengan senior korang. kalau junior aku nak berbaik dengan aku pun aku tak kisah. tapi tolonglah jangan lebih2. at least hormat la kami sebagai senior kamu yang lagi tua dari kamu. anggaplah kami sebagai abang or kakak kamu yang patut kamu hormati. janganlah anggap kami sebagai kawan2 kamu yang boleh kamu bersikap kurang ajar.

Dan lagi satu. janganlah cepat melenting kalau seorang senior menegur kamu. kalau kamu tak boleh terima teguran dia. cuba kamu fikir balik. kenapa seorang senior menegur juniornya macam tu. cuba kamu bersikap matang dan berfikiran terbuka. janganlah bersikap terlalu childish. lagi satu apa yang aku nak cakap, tolonglah jangan berlagak. kalau korang rasa korang bagus sangat pun, tak perlu kot korang nak berlagak dengan senior korang. cukuplah orang lain tau yang korang ni bagus dari mulut orang lain dan bukan dari mulut korang sendiri. tak malu ke mengaku diri sendiri bagus sedangkan lagi ramai orang yang lagi bagus dari korang ??

Aku bukanlah nak tunding jari kat sape2 pun. sebab aku taw. 1 jari aku tunjuk kat orang, masih ada 4 jari yang tunjuk kat aku balik. bila kita cakap pasal keburukan orang. sebenarnya kita lagi terok dari orang tu. apa yang aku tulis ni pun aku hanyalah nak kongsi apa yang aku rasa dan fikir. tak salah rasanya kalau kita saling nasihat menasihati supaya takde yang lupa diri. dan aku bukanlah terok sangat nak malukan orang lain.  janganlah korang sesekali malukan atau mengaibkan orang lain. perkara tu pun akan terjadi jugak kat korang 1 hari nanti. cumanya lambat atau cepat dan korang sedar ataupun tak. so, fikir2lah sendiri ye. korang pun bukan budak2 lagi.

p/s :: aku cukup tak suka orang yang bersikap kurang ajar ni. tak kira la dia senior or junior. dan dia tua or muda dari aku. rasa cam nak sepak2 jew orang cam ni. tak tau nak hormat orang lansung. baik duk dalam hutan la lau nak berperangai macam tu. huh
p/ss :: abaikan penggunaan kata ganti diri yang entah ape2 tu.

Apr 1, 2011

FATWA DAN HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL.

Hai korang. 

Hari ni dah masuk bulan April. 1 APRIL. Mac telah pun tinggalakan kita. masa yang berlalu tak dapat diputarkan kembali. hanya Mac 2012 yang akan kita jumpa nanti. itupun kalau dipanjangkan umur oleh-Nya. sebut 1 April mesti ramai yang ingat dengan sambutan hari "april fool" kan ?? korang pun join jugak ke sambutan ni ?? jom kita baca fatwa dia ok. aku ni pun tak la tinggi mana ilmu agama. so sharing is caring right ??
.........................................................................................................................................................

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur [Solihinzubir].

.........................................................................................................................................

So, sama2 la kita renung2 kan dan selamat beramal (ayat prof.izzi). yang buruk datang dari kita dan yang baik datang dari-Nya.

BUDAK MUNCIT