,

Apr 29, 2011

APAM POLKADOT.

Hai korang !!

Jom kita main masak2. duk kat umah ni mebuatkan aku memang nak main masak2 jew. orang dah ade lesen besar sekarang. so, boleh la pergi mana2 pun. pinjam kete ye abah. haha. hari ni aku nak kongsi resepi apam polkadot. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 275 g tepung gandum
  • 220 g gula
  • 150 ml susu cair or susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • pewarna
  • filling--- ikut citarasa anda.(suggestion : blueberry. strawberry)
CARA-CARA
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. kemudian titiskan pewarna yang menjadi pilihan anda.
  3. masukkan setiap bahagian ke dalam piping bag.
  4. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam bekas acuan lompang. or boleh juga guna bekas acuan tart or apam tapi asalkan berlapik.
  5. letakkan filling secukupnya. kalau nak senang filling pun diletakkan ke dalam plastik kemudian buat lubang kecil di hujung.
  6. tambahkan lagi adunan dengan warna yang sama or berbeza sehingga 3/4 penuh. 
  7. lastly, dot dot dengan warna pilihan anda.
  8. kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  9. jangan buka api terlalu besar semasa mengukus. ini kerana untuk mengelakkan apam merekah.

sebelum kukus.

selepas kukus.

p/s :: selamat mencuba ye kawan2. rasa sayang pulak nak makan. =.="

2 comments:

ezzah said...

nampak comel . sedap :)

cik anne said...

hehe..try la..

bez taw..^^

BUDAK MUNCIT