,

Apr 5, 2011

PAMERAN ANTARABANGSA IBS DI CIDB.

Hai korang !!

Dah lama aku tak conteng2 kat sini kan. sekarang ni aku stop dulu ea untuk kongsi resepi. aku da start study week dah ni. so, memang sangat2 busy. tapi bukan busy study pon sebenarnya. aaiisshh !! =.="
Hari ni aku pergi ke Pameran Antarabangsa IBS di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur. apa yang aku boleh bagitau, seronok sangat pergi sana. banyak ilmu baru yang aku dapat. kalau before ni aku tak tau pun perkara tu dan takde pun dalam lecture. tapi tadi aku dapat ilmu yang baru. meh sini aku cerita apa pameran yang aku pergi tadi.

MALAYSIA IBS INTERNATIONAL EXHIBITION [MIEE2011] dengan tema 'Integrasi IBS untuk Teknologi Hijau' akan diadakan pada 5-7 April 2011. pameran ini merupakan pameran yang ketiga seumpamanya dianjurkan oleh CIDB. MIIE 2009 yang lepas telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 150 booth, 700 orang peserta seminar dan 5000 pelawat. program ini telah disertai oleh pelbagai golongan seperti pegawai-pegawai kerajaan, para kontraktor dari pelbagai gred, akademik, pusat-pusat penyelidikan, pembekal dan pengilang IBS seluruh negara dan tidak lupa juga para pelajar daripada institusi awam mahupun swasta.


Dengan tema 'Integrasi IBS untuk Teknologi Hijau'. CIDB sebagai penyokong kepada Teknologi Hijau, komited di dalam usaha mempromosi persekitaran yang lebih hijau. dan di dalam masa yang sama juga ianya menjadikannindustri pembinaan sebagai satu industri yang lebih relevan selari dengan usaha tersebut. MIEE 2011 akan menjadi landasan untuk mempromosi teknologi IBS yang dapat mengurangkan kesan rumah hijau.


So, apa tunggu lagi. jom la kita serbu ramai2 ke pameran ni. serius aku cakap kat korang. memang tak rugi dan tak bosan. tu pun kalau niat korang memang nak dapatkan ilmu la. tadi pun bila dah dikelilingi dengan golongan profesional dan yang lebih berpengalaman ni. aku rasa sangat segan dan kerdil tau. iye lah, kitorang ni aku rasa dah macam budak sekolah pulak. tapi bila setiap kali kitorang pergi ke booth2 yang ada kat situ. kitorang semua dilayan seperti golongan profesioanl jugak. setiap soalan yang kitorang ajukan memang dijawab dengan sebaik mungkin oleh pihak mereka.


Dan yang paling penting. penting la jugak bagi aku. kitorang dapat goodie bag, hehe. macam aku. aku dapat 3 goodie bag yang ade buku note. so, sem depan boleh la aku guna buku tu untuk tulis lecture note. boleh la berangan macam orang yang da profesional kan. hehe


Aku nak sangat upload gambar. tapi semua gambar still ada dalam simpanan kawan aku. nanti bila diorang dah upload. aku akan tempek gambar tu kat sini ok. tapi ape2 pun aku suggest korang pergilah sendiri. kalau lah sure heboh or pesta belon panas tu korang boleh pergi. why not, korang spent time korang kejap untuk pergi ke pameran ni. tak rugi pun. ^^,

No comments:

BUDAK MUNCIT