,

Jan 30, 2011

REVIEW SHAOLIN

Hari ni aku kuar dating dengan Mr. Faizal aka Mr. Muncit. Owh, tetibe aku rasa dia sangat hensem bila pakai short. hehe. Aktiviti kami ari ni adalah pergi menggemukkan badan di kopitiam sonstar. dan gambar makanan x dapat disiarkan sebab bila da abes makan baru aku teringat nak amek gambar, hehe.

Ari ni memang nak 1jam gak la kami lepak2 kat sane sebab Mr. Muncit sibuk nak online. so terpaksalah aku tunggu, huhu. sementara tu aku pun amek la gambar kami banyak2. iye la. da la jumpe pon bila ada cuti panjang jew tapi tu pun juz dapat jumpe sekali dua jew. memang sedih la bercinta jarak jauh ni, huhu.
Alhamdulillah, hubungan kami pon da 5tahun. aku harap hubungan kami ni biarlah kekal hingga ke akhir hayat. amin.

CINTA HATIKU

Tapi cerita kat atas tu selingan jew. aku sebenarnya nak review pasal movie SHAOLIN. jom kite tengok sinopsis movie ni ok.

.................................................................................................................

Pada awal-awal republik cina, para panglima perang saling berperang untuk memperluas kekuasaannya. Salah satunya adalah panglima perang bernama Hao Jie (andy lau) dan saudaranya Huo Lung (Nicholas tse), dimana mereka menemukan sedikit perlawanan pada saat menyerang kota dengfeng.

salah satu kuil shaolin terdekat memberikan bantuan kepada yang terluka. Dan murid-murid shaolin Jing Neng, Jing Kong dan Jing menjadi robin hood bertopeng pada malam hari untuk membantu kaum miskin.

Hao Jie (andy Lau) yang bersifat sombong kemudian menantang master shaolin ketika dia mengetahui bahwa para murid shaolin membantu musuh-musuhnya. Dan dia memenangkan duel dengan para master shaolin dan hal ini membuat sifatnya semakin sombong dan arogan.

namun hal itu berubah ketika dia dikhianati oleh saudaranya Huo Lung (nicholas tse) yang mengambil kepemimpiannnya di tentara militer. Dan Hao jie ke kuil shaolin untuk mencari bantuan. Sambil memulihkan diri Hao Jie mendalami seni beladiri shaolin dan menemukan kedamaian di kuil shaolin.

Dan pertempuran terjadi ketika Hao Lung menyerang kuil shaolin dan Hao Jie membantu para murid shaolin.

Pelakon :
- Jackie Chan, Andy Lau, Nicholas Tse, Fan Bingbing, Wu Jing, Yu Shaoqun, Xing Yu

Jenis film
- action

Produksi :
- Beijing Silver Moon Productions, China Film Group, Emperor Motion Pictures, Huayi Brothers Media

Sutradara :
- Benny Chan

Producer :
- Benny Chan


......................................................................................


Aku boley bagi 8/10. cerita dia sangat sedih aw. da la Mr. Muncit lak sibuk jew suh aku nanges. huh, hampeh tol aw. tapi takde la aku nak nanges2 dalam penggung tu. tak pasal2 tetibe emosi giler. actually, aku memang suka sangat tengok citer kungfu ni taw. kalau dulu masa sekolah rendah sanggup aku tak kuar main sebab nak tengok citer cina kungfu taw. 


Dan aku nak kongsi la gosip dengan korang2 semua. tengah aku syok2 tengok citer tu. Mr. Muncit cuit aku. aku pun pandang la. dia bagi isyarat mata. aku pun tengok la kat tenpat yg dia tunjuk kat aku. terus aku beristighfar. korang nak taw ape yang aku tengok ? aku tengok orang tengah cemolot kissing. aku taw la masa tu agak gelap tapi jangan la bajet orang tak nampak kan. aku memang da rasa malu masa tu. iye la, orang melayu kita ok. memang tak bertamadun betol la orang camni. nak jew aku sound taw tapi disebabkan Mr. Muncit tak kasi so aku pon buat tak taw jewla. tapi kekadang tu aku toleh gak and diorg still tengah buat perangai tak senonoh tu. apa punye manusia la kan. salah gunakan tempat. urmmm.


p/s :: nanti aku ulas banyak2 pasal adegan tu ye.

Jan 22, 2011

LAGU SINGKONG DAN KEJU.

Tadi bukak2 jew radio, terus dengar lagu singkong dan keju. aku suka sangat lagu ni. masa aku kecik2 dulu aku suka kot nyanyi2. entah la. even lagu ni orang luar yang nyanyi tapi aku still suka. agak lama jugak la lagu ni coz masa aku umor 6 tahun aq da pernah dengar lagu ni. so, ari ni aku nak share dengan korang lak. ^^,



Kau bilang cinta padaku
Kalau ku bilang pikir dulu
Selera kita
Terlalu jauh berbeda
Parfum mu dari Paris
Sepatu mu dari Italy
Kau bilang demi gengsi
Semua serba luar negeri
Manakah mungkin mengikuti caramu
Yang penuh hura-hura
Aku suka jaipong kau suka disko
Oh oh oh oh
Aku suka singkong kau suka keju
Oh oh oh oh
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong
Aku hanya anak singkong

p/s :: enjoy diz song ok. =)
p/ss :: penat hadiri pra-L ari ni. =(

Jan 20, 2011

LOVESTORY2U I KEINGINAN.

Olla readers.

Hari ni sebenarnya aku teringin nak edit design blog ni. tapi terkentut terbantut la pulak. malam kalau nak buat pun, mesti aku tak tido malam. da la pagi2 esok nak siapkn semua assignment.

Berfikir sejenak. mencari masa yang sesuai. =______="

KENANGAN PLKN.

tetiba rasa sedih
lagu HIJAU nyanyian ZAINAL ABIDIN
mengingatkan kepada kawan2 PLKN
rindu waktu ketika tu
rasa macam nak putarkan kembali masa
agar dapat jumpa balek dengan kawan2
dapat jumpa cikgu2..
rindu nak tulis surat dalam bahasa iban 
ketika lampu da ditutup
berborak dan menulis
hanya bertemankan biasan lampu koridor..
rindu untuk masuk ke kelas CB
rindu untuk melukis waktu kelas KENEGARAAN
rindu untuk melakukan jungle tracking
rindu untuk berkayak dan berakit
pendek kata,
rindu semua yang dilakukan di PLKN dulu
berharap agar satu hari nanti
dapat jumpa kembali semua kawan2 PLKN
KEM GEO KOSMO banyak kenangan di sana.
 =_________________________________=




Jan 17, 2011

PROGRAM PERMATA PINTAR UKM.

Olla !!

Hari ni balek jew dari class tadi, aku cam pelik nape la banyak sangat kete2 kat parking lot ni. oh ! aku baru teringat yg program PERMATA pintar dah pon start ari ni. kirenya ari ni hari pendaftaran la. tu pun semalam kawan aku yg bagitaw.

Suka ke tak suka program ni ? ok, even program ni takde kena mengena langsung pn dengan aku tapi sebagai rakyat malaysia n student UKM, aku agak tak suka la sebenarnya. banyak sebabnya. ok, mybe bagi orang laen ianya bagus. dan bagi aku ianya tak berapa nak bagos. sebabnya ? ok, 1st. bangunan untuk menempatkan budak2 ni belom siap pn lagi da di JANGKA akan siap sepenuhnya pada tahun 2011. mybe akhir tahun or pertengahan tahun aku tak pasti. dan disebabkan tu jugak la, student2 UKM yg stay kat kolej pendeta za'ba ni di anaktirikan. kenapa aku cakap camtu ? sebabnya, student2 yg stay kat blok B yg akan dijadikan tempat penginapan budak2 permata pintar, da diarah berpindah ke blok2 laen dan yg paling ramai ditukar ke blok E yg terletak di belakang sana. bagi aku ni tak adil la kan. sape yg student UKM sebenar ni ?

Sebab kedua, program ni macam takde hala tuju sangat taw. pada pandangan aku la. sebabnya, facilities untuk diorang sebenarnya belom siap sepenohnya pun lagi. tapi program ni da dimulakan. so korang nampak tak kekurangan kat situ. macam mana, budak2 ni nak concentrate kalau diorang pn menumpang kat tempat kitorg. as student UKM, kitorg pn rasa tak selesa bila tempat kitorg da dikacau. contohnya, lab kitorg ditunda or anything else sebab bagi laluan untuk diorg2 ni diguna. so unfair la kan.

Program ni bagus kalau perinciannya betol. sediakan tempat yg betol. kemudahan yg cukup. baru la, program ni berjaya. tak salah kita lahirkan ramai pelajar yg berjaya. tapi biarlah kena dengan keadaan. ni antara tujuan program PERMATA pintar ni.


a. Menyediakan program pendidikan holistik yang menekankan kepada paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal yang menjadi dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan negara.

b. Membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi.

c. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik UKM yang memang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

d. Memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif.

e. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa.

f. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama antara industri, institusi pengajian tinggi dan program menengah tinggi UKM dalam usaha saling melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan pelajar pintar cerdas secara menyeluruh.


Dan yg aku dengar program ini akan dijalankan selama 2tahun. ianya mempunyai dua tahap. iaitu tahap 1 dan tahap 2. program ni akan tekankan pembezaan pembalajaran (differentiated learning) yg mana each student akan belajar mengikut tahap pembelajaran diorang. program ni jugak perkenalkan pembelajaran berpusat, seperti kaedah koperatif dan kolaboratif, kuliah, perbincangan kumpulan besar dan kecil, amali di makmal dan fieldwork, projek penyelidikan bersama kumpulan pakar penyelidikan UKM, laporan penyelidikan, pembinaan folio, program mobiliti dan pertukaran pelajar, aktiviti pembinaan jati diri dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). student pn akan didedahkan dengan konsep higher thinking order (HOT) untuk diorang ni berpikir secara kreatif, kritits dan inovatif.

Setakat ni, kerajaan da pilih seramai 139 org student yg berumor 16 tahun dari seluruh malaysia. budak2 ni da jalani 3 ujian saringan before diorang dipilih. iaitu ujian PERMATA pintar UKM1, ujian PERMATA pintar UKM2 dan ujian kompetensi matematik dan sains.

Tu jew yg aku nak citer pasal PERMATA pintar aka anak emas negara setakat ni. dan aku nak sambung melayan muvie yg tergendala sejak semalam. ok byeeeeeeeeee !!

p/s :: mintak2 la diorang ni tak lupe diri bila da jadi student U ni.

Jan 16, 2011

PENJAGAAN "CONTACT LENS".

Olla !!!


Hari ni dalam sejarah, aku try pakai contact lens ok. before ni mak aku pernah pesan kot. jangan gatal2 pakai contact lens tu. tapi ari ni aku bantai pegi beli gak. ni sume pasal spec aku tertinggal kat umah dan aku nak amek lesen, hehe. so, tadi aku pon dok belajar la dengan uncle tu macam mane nak insert and remove contact lens. mula2 tu agak susah la coz mata aku ni x reti dok diam2 pon taw. asik kelip2 jew. aaiisshh. =_="

Dan akhirnya, aku berjaya la jugak insert and remove sendiri, hehe. aku ingat nak beli yg color and yg baby doll tu, barulah mata aku nampak besar kan. tapi mahal weeiiii. 1 pasang rm99 dan aku punyer kena pakai 2 pasang coz mata aku no laen2 power ok. ha, kire2. hamek ko, rm200 la jugak. eerrkk !!

Pikir2 balek, aku amek jew la yg colorless punyer coz aku pon 1st time nak pakai kn. try2 jew dulu. kot2 la nanti tak sesuai dengan mata aku ke. so, takde la aku rasa membazir sangat. aku amek yg 1 month, rm20. So, dekat entri ni aku nak kongsi la dengan korang2, cam ne penjagaan dan cara pemakaian contact lense ni. jom kita check sama2. (^^,)

PENJAGAAN.
1. kalau kali pertama pakai, start dengan 4jam dulu. then, baru la korang boleh ansur2kan jam pemakaiannya. tu pun juz tambah dalam 2jam sehari. tapi kalau mata korang rasa letih or tak selesa korang haruslah remove lens tu k. jangan paksa taw. after tu, rendam lens korang dalam solution water then baru pakai balek.

2. before korang sentuh lens korang tu, pastikan tangan korang 100% bersih ok. basuh dengan sabun dan lap hingga kering. then baru la korang boley pakai lens tu.

3. perkara yang sangat2 perlu korang elakkan adalah perkongsian lens. jangan sesekali kongsi lens korang tu dengan orang laen. ianya sangat2 bahaya ok.

4. untuk perendaman or pencucian lens jangan sesekali guna air paip or air biasa. korang haruslah guna multipurpose solution. untuk perendaman, haruslah 6jam atau lebih.

PEMAKAIAN.


1. Basuh tangan setiap kali korang nak buka or nak pakai lens. pastikan korang basuh tangan menggunakan free soap then lap hingga betol2 kering coz air paip tu mengandungi kuman.

2. keluarkan lens dari bekas dengan berhati-hati. dan pastikan tangan korang betol2 kering masa tu.

3. letakkan lens kat tapak tangan or kat tepi tapak tangan. then, titiskan 3/4 drops multipurpose solution tu. biasanya, gunakan hujung tangan anda untuk menggosok lens dengan lembut. ianya juz untuk cuci lens korang hingga bersih dan memastikan kuman dah takde.

4. untuk pemakaian, korang haruslah letak lens di hujung jari telunjuk. if korang guna tangan sebelah kanan, jari tengah korang tu haruslah diletak di bawah bahagian mata and jari tengah sebelah kiri pulak letak kat atas kelopak mata then tarik kedua-duanya. masukkan perlahan2 dan kelip2kn mata korang tu. pandang atas, bawah, kiri dan kanan.

lebih kurang camni la.

5. simpan lens korang dalam bekas khas. pastikan bekas tu mengandungi 3/4 multipurpose solution kat dalam. dan pastikan, korang salin air tu sekerap yg mungkin. if, korang nampak de habuk2 kat dalam tu, korang haruslah tukar air kat dalam tu.


p/s :: harap2 korang boley la cuba ye. dan kalau korang rasa tak selesa janganlah teruskan. better korang pakai jew spec, hehe

Jan 11, 2011

11-01-2011.

Olla !!!!!

Hari ni da 11 jan, so dats mean da 11 ari kita masok taun baru. tapi ade ape2 perubahan tak ?? ahaha, aku pon tak tau la ade perubahan ke tak. tapi yg pastinya aku rase nak melantak jew. before pegi class makan, abes class makan lagi, balek bilik pon makan lagi. aaiisshh. ntah ke mane azam aku nak diet ni. nampak gaya tak jalan2 jugak la. tapi tak pew, ade lg (365-11=354) 354 ari untuk tunaikan azam aku yg tu,hehe.

Sem ni aku rasa sangat busy, mengalahkan menteri2 pulak. dengan program generasi prihatin yg merangkap ko-k aku tak diluluskan lagi. dengan subjek english yg banyak sangat acaranya. dengan jadual lab yg baru kuar semalam. pastu clash pulak dengan class english aku. aaiisshh. banyak sangat la problemonya. pening pon ade jugak. tapi insyaallah, mintak2 la boley settlekan dengan sebaik yg mungkin. amin

2 ari lepas, abah aku call. mula2, tanya khabar. then sembang2 kosong jap. gelak2. tiba2, dia tanya aku nak kereta ape. what ?? terkejut kot aku. asal lak abah aku ni. nak belikan kereta untuk aku ke ? hehe. aku boley jew, even aku takde lesen pon lagi. tapi aku tengah amek lesen la ni. nanti boley bawak datang sini. teeettt. kecewa jap, rupa2nya, abah aku nak belikan kereta untuk orang kat umah. so, lau abah aku pegi keje, tak la susah orang kat umah aku tu nak pegi mane2. hehe,tp syok jugak kan. nanti aku balek, boley la try and test. jap2, try and test tak sama ke ?? ala,biar la. ade aku kesah. haha

Dan ari ni jugak, aku dapat kejutan dari Mr.F. mula2, dia cakap dia balik 18hb tapi tup2 petang tadi dia call aku guna phone dia. memang terkejut la aku. ahaha, rupa2nya dia boley balek awal cz kerja kat platform tu da siap. mintak2 la, aku sempat jumpa dengan dia balek cuti mid-sem nanti. da lame tak jumpa dengan Mr.F. nanti balek, boley la paw dia, haha.

p/s :: semoga, hari esok yg akan datang aku boleh tempuhinya dengan sebaik yg mungkin. amin

Jan 8, 2011

KAWAN TERBAIK.

olla. pagi ni sangat la awal aku bangon. anak dara tak elok bangon lambat2 okey. niat di hati nak siapkan assignment tapi bila da on lappy ni. terus tak jadi nak buat kerje. time aku dok belek2 kat fb 2, aku pun terpikir la tentang kawan baek aku. so, ari ni aku nak buat entry untuk dia, hehe. kak T (nama manja) jgn marah ea. ^__^


klik untuk tumbesaran.

Ni la dia kawan aku. kami membesar sesama. sekolah sesama. main pon sesame. pendek kata kami akan buat perkara sesama. aku da berkawan dgn dia ni dari umur 4tahun lagi lau tak silap. rumah kami pon dekat jew. waktu petang jew selalu aku dgn dia ni akan kayuh basikal pergi main kat taman permainan kawasan perumahan kami. sangat2 seronok waktu tu.

Zaman budak2 dulu kalau dapat g jenjalan ni bez la. lebih2 lagi, mak aku punyer syarat kalau tak pukul 6ptg jangan harap dapat keluar dari pagar rumah. kalau nak main pon, main jew la kat halaman rumah tu. sampaikan kawan2 aku duk bertenggek kat pagar rumah aku sebab nak tunggu kul 6 ni. aaiisshh !! mak aku sangat la tegas dulu. tapi kalau abah aku balek kerja awal kami adek-beradek akan dapat keluar awal. hehe

Ada satu hari ni, aku dgn kak T ni kena pukul dgn mak kitorg sebabnya balek lewat. masa tu aku umur 6thn. ala, biasa la budak2 kan masa 2. sekolah pon kat tabika kemas jew, pukul 12 da boley balek da. so, aku dan kak T ni pon buat la keputusan nak g main2 dulu before balek sekolah. kitorg pergi la umah classmate kitorg. masa tu aku rasa agak jauh la sebab pergi pon jalan kaki. da la kaki pendek lagi masa 2. memang penat la jugak. 

Tengah syok2 main. tanpa kitorg sedar, masa tu da pukul 3ptg da. apa lagi, berlari balek rumah. aku pulak, memang da kecut perut la. sampai2 jew kat umah, terus kena panah dgn halilintar. (ahaha. ayat tak ley blah kan.) urmm, masok jew dalam umah. mak aku da bersedia dengan ranting pokok jambu. apa lagi, terus kena rotan. masa 2 memang aku nangis tak hengat dunia la. sakit wooo !! berbirat lak tu. huhu. tu la sapa suh jadi budak degil.

Masa tu, aku tak tau la apa jadi dengan kak T ni. iye la kan. aku da berbirat. aku terpikir la jugak, dia sama berbirat jugak ke dgn aku. da kena rotan tu, mak suh siap2 pegi mengaji lak. kalau nak pegi umah tok guru aku ni, aku akan lalu depan umah kak T dulu. masa aku lalu depan umah dia, aku nampak la dia kena ikat kat tiang luar umah. masa tu, aku terus nanges. kesian sangat kat dia. padahal tak sedar, diri sendiri pon berbirat2 kat betis. balek dari mengaji, aku tengok dia da takde kat tiang tu. aku pon cakap la kat mak aku. mak aku siap tanya aku balek, aku nak jugak ke kena camtu. terus aku terdiam. takut sangat masa tu. lepas tu, kitorg da tak balek lewat da. paling lewat pon kul 12.30 jew. tu pun kitorg lepak kat kedai tapi bagi alasan, cikgu yg lepas lewat, haha. (terok2)

Tu la, perkara yang aku memang tak ley lupakan. masa kitorg umur 8thn, dia pindah sekolah sebab umah baru dia da siap. masa tu, aku sedih sangat sebab aku da kehilangan kawan sepermainan. tapi masa umur 12thn, kitorg jumpe balek. dia mewakili sekolah dia dalam bola tampar. sama dengan aku. memang xcited giler la dapt jumpe balek. then naik sekolah menengah pulak, kitorg satu sekolah. dari hari tu, hubungan kitorg terjalin balek. seronok sangat2 bila kitorg dapat kawan balek even bukan 1class pon.

Dan hari ni, dia bukan sahaja sebagai sahabat aku tapi dia juga da bergelar tunangan orang. rasa cam tak percaya lak. kami membesar same2. tapi dia terlebih dahulu yg menghitung hari untuk menamatkan zaman bujang. dan aku masih lagi bergelumang dengan buku2 yg boley dijadikan bantal sewaktu kuliah, haha.

klik untuk tumbesaran.

Kepada kak T, kau la kawan yg paling lame aku kenal. dan jugak kawan yg paling baik aku ada. semoga persahabatan kita ni akan kekal sampai hujung nyawa okey. sangat bertuah dapat seorang sahabat macam kau. semoga hidup kau akan lebih berseri-seri lepas ni. luv n miss u so much my dear frenz !!

p/s :: Kak T ni juga adalah seorang nurse. dia kelihatan sangat comel bile beruniform. haha
p/ss :: banyak lagi kenangan kami bersama tapi biarlah ianya menjadi kenangan kami bersama.




Jan 4, 2011

PEROMPAK SEKARANG YANG MENGALAHKAN JAMES BOND ??

Olla !! wow !!
Dua perkataan yg akan terkeluar dari mulut masing2 bila baca tajuk entri ni (biar tak pon). Tadi aku ade la baca suratkhabar pastu tertengok la satu berita yg pasal rompakan ala james bond ni. Aiisshh. Ganas jugak ea perompak sekarang ni. Itu lah. Terpengaruh dengan rancangan tv. Dunia ni rasa cam da tak selamat lagi kan. Kalau dulu tak la rasa takot nak keluar umah. Tapi sekarang kalau nak kuar sorang2 mesti pikir 2,3 kali. Even kat tempat orang ramai pon manusia jenis ni berani jew nak ragut or rompak orang awam. Lebih2 kalau mangsanya pompuan. Memang tak selamat la.
...................................................................................................

KUANTAN: Seorang pengurus cawangan sebuah pasar raya dekat Air Putih, di sini, terkejut apabila mendapati premis berkenaan dipecah masuk penjenayah yang menggunakan taktik ala James Bond dalam kejadian awal pagi semalam.
Difahamkan, penjenayah licik itu bukan saja menebuk dinding konkrit serta dinding pejabat untuk menceroboh masuk, malah berjaya mengelak dikesan sistem penggera sebelum melarikan beberapa bungkusan berisi syiling. 
Pengurus cawangan berkenaan, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi dan hanya disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi perniagaan.

“Saya datang ke pejabat seperti biasa, tetapi terkejut apabila mendapati dinding berhampiran pintu pejabat berlubang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.

“Selepas diperiksa, kami menemui dua lagi lubang di dinding dalam pejabat selain satu lubang dalam tandas sebelum mendapati beberapa bungkusan berisi syiling hilang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya penjenayah menceroboh masuk melalui lubang yang ditebuk pada dinding tandas restoran bersebelahan yang bercantum dengan tandas pasar raya itu sebelum masuk pejabat.

“Penjenayah itu juga berjaya mengelak dikesan sistem penggera dengan tidak masuk ke dalam bilik tempat bungkusan syiling disimpan, sebaliknya menggunakan kayu bagi mengambil bungkusan berkenaan.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal merakam penjenayah terbabit kecuali cahaya lampu suluh digunakan,” katanya yang belum dapat menilai jumlah kerugian akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jan 3, 2011

AL-FATIHAH.

Hari ni aku dikejutkan lagi dengan berita kematian ibu coursemateku. Takziah aku ucapkan kepada Robiatul Adawiyah bt Ahmad. Aku harap ko tabah hadapi kejadian ni. Setiap yg hidup pasti akan pergi. Takde satu pun yg kekal di muka bumi ini. Kita hanya menumpang sementara sahaja.

Tetiba aku teringat kat family aku kat kampung. Macam mana la kalau aku yg hadapi ujian ni. Da sebulan aku balek ke sini. Mesti sedih kalau tak sempat jumpa mereka. Aku harap2 tak de ape yg akan terjadi. Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Dia yg akan menentukan.

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Amin

Jan 2, 2011

AL-FATIHAH KEPADA KELUARGA FAIZAL YUSOF.

Al-fatihah kepada keluarga faizal yusof diatas kembalinya arwah ke rahmatullah semalam. Aku pon terkejut bila terbaca entri seorang blogger ni. Tak sangka arwah pergi meninggalkan kita di usia yg sangat muda. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. amin.

Kita sebagai manusia haruslah ingat bahawa semua benda yg bernyawa di muka bumi ini akan kembali kepada pencipta-Nya suatu hari nanti. Hanya lambat atau cepat sahaja. Semuanya sudah pon tertulis di lohmahfuz. Arwah adalah seorang pelakon yg agak berbakat. Arwah telah meninggal pada pukul 1.45 pm semalam di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Jln Tun Razak akibat serangan jantung.

................................................................................
Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung. 

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.



-Bernama


p/s :: teringat arwah achik spin yg turut meninggal diusia yg muda. al-fatihah untuk arwah.

MENAMBAH LEMAK 2011.

Olla !! Entri ni sebenarnya nak ditulis semalam namun atas sebab2 tertentu ianya tak dapat dilaksanakan. Nak tulis pagi tadi pon tak boleh coz pepagi lagi aku da kuar bilik ke Nilai. Ari ni, aku da melepasi syarat yg pertama iaitu menghadiri kelas KPP selama 5jam. Giler ngantuk aku dok dalam tu. Asyik nak tido jew tapi naseb bek aku ade bawak novel yg beli kat Alamanda semalam,hehe. Aku pon da buat appointment nak amek exam comp. 15 jan nanti so sempat la aku baca apa yg patot dulu.

Ok!! Berbalik dengan tujuan asal. Sebenarnya aku nk kongsi dgn korang macam mana nak buat cekodok pisang. Mentang2 la ptg semalam aku dop buat dan amek gambar cekodok aku tu. So terasa la pulak nak sharing2 kan. Ala, sharing is caring..hehe

Bahan2 yg korunk perlu ada ::

  • 10 biji pisang emas (pisang lain pon boley gak)
  • tepung gandum (agak2 sendiri la ye)
  • garam (1 sudu camca)
  • gula (1 sudu teh)
  • soda bikarbonat (ni kalau nak bagi gebu2)
Cara yg korunk perlu buat ::
  • Panaskan kuali.
  • Lenyekkan pisang hingga agak2 da penyek.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata. Kalau korunk nak letak soda bikarbonat tu, terlebih gandum takpe. Tapi kalau tak nak letak, adunan mestilah lembik sedikit.
  • Campurkan semua bahan2 laen yg kat atas dalam 1 bekas. 
  • Adunan yg da sebati boley digoreng. Tapi kalau korunk letak soda bikarbonat haruslah tunggu adunan tu naek sedikit ye.

Ni gambar yg sempat aku amek semalam. Tak de la nampak ok sangat. Tapi rasa dia sangat awesome wa cakap sama lu der. Rugi taw kalau tak cuba..ekekeke (walaupun aku tau budak umor 5 taun pon boley buat)

klik utk tumbesaran.
p/s :: selamat mencuba ye !! ^_________^

Jan 1, 2011

HAPPY NEW YEAR.

yeeaaayy !! de letup letap letip. so da masuk taun baru. 2011 menjelma menggantikan 2010. taun baru, azam baru, matlamat baru, kehidupan baru tapi still bf yg lame. yg 5 taun dulu, hehe. harap2 biarlah hubungan berakhir dgn perkahwinan. amin (haiipp!! ckp sal kawen lagi). 2011 ni sebagai permulaan ape yg da diplan mase 2010. so, harap2 semuanya dapat ditunaikan. insyaallah.

2010 banyak kenangan yg aku lalui. tak kira gembira, sedih, senang dan susah. semuanya dapat ditempuhi walaupon kadangkala tak tecapai dek akal. yg sedih. terpaksa buat short sem even tak rela sepenuhnya. terpaksa attend survey camp even rasa marah meluap2 coz cuti sem terpaksa dipendekkan. terpaksa berpisah dengan atuk yg aku sayang buat sementara waktu. yg gembira. celebrate birthday abah dan adik dengan family sebelah mak. spent more time dengan incik muncit. shopping raya bersama incik muncit lagi. tamatkan tahun 1. pointer sem 1 untuk taun 2 meningkat. incik muncit jemput kat ukm after tiket bus untuk pulang ke kampung da abes. dan banyak dan banyak dan banyak lagi. lau nak senaraikan sampai esok pon belom abes.

2010, taun yg paling banyak undangan perkahwinan or pertunangan kawan2 yg aku terima. hepy bila tengok masing2 da ade life yg terjamin. semoga korunk sentiasa bahagia disamping org yg tersayang. ade yg da bersalin dan ade yg tengah pregnant. aku harap korunk akan jadi seorang ibu dan seorang isteri yg sgt caring n loving !! rindu nak hangout lagi dengan korunk.

2011, taun yg 1001 kemungkinan. banyak perkara yg bakal aku lakukan taun ni. harap2 semuanya dipermudahkan. amin. semalam adalah sejarah. hari ni adalah cabaran dan hari esok adalah harapan. ape2 pon. selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia !!

klik untuk tumbesaran

BUDAK MUNCIT