,

Jan 2, 2011

MENAMBAH LEMAK 2011.

Olla !! Entri ni sebenarnya nak ditulis semalam namun atas sebab2 tertentu ianya tak dapat dilaksanakan. Nak tulis pagi tadi pon tak boleh coz pepagi lagi aku da kuar bilik ke Nilai. Ari ni, aku da melepasi syarat yg pertama iaitu menghadiri kelas KPP selama 5jam. Giler ngantuk aku dok dalam tu. Asyik nak tido jew tapi naseb bek aku ade bawak novel yg beli kat Alamanda semalam,hehe. Aku pon da buat appointment nak amek exam comp. 15 jan nanti so sempat la aku baca apa yg patot dulu.

Ok!! Berbalik dengan tujuan asal. Sebenarnya aku nk kongsi dgn korang macam mana nak buat cekodok pisang. Mentang2 la ptg semalam aku dop buat dan amek gambar cekodok aku tu. So terasa la pulak nak sharing2 kan. Ala, sharing is caring..hehe

Bahan2 yg korunk perlu ada ::

  • 10 biji pisang emas (pisang lain pon boley gak)
  • tepung gandum (agak2 sendiri la ye)
  • garam (1 sudu camca)
  • gula (1 sudu teh)
  • soda bikarbonat (ni kalau nak bagi gebu2)
Cara yg korunk perlu buat ::
  • Panaskan kuali.
  • Lenyekkan pisang hingga agak2 da penyek.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata. Kalau korunk nak letak soda bikarbonat tu, terlebih gandum takpe. Tapi kalau tak nak letak, adunan mestilah lembik sedikit.
  • Campurkan semua bahan2 laen yg kat atas dalam 1 bekas. 
  • Adunan yg da sebati boley digoreng. Tapi kalau korunk letak soda bikarbonat haruslah tunggu adunan tu naek sedikit ye.

Ni gambar yg sempat aku amek semalam. Tak de la nampak ok sangat. Tapi rasa dia sangat awesome wa cakap sama lu der. Rugi taw kalau tak cuba..ekekeke (walaupun aku tau budak umor 5 taun pon boley buat)

klik utk tumbesaran.
p/s :: selamat mencuba ye !! ^_________^

No comments:

BUDAK MUNCIT