klik untuk tumbesaran. |
Ni la dia kawan aku. kami membesar sesama. sekolah sesama. main pon sesame. pendek kata kami akan buat perkara sesama. aku da berkawan dgn dia ni dari umur 4tahun lagi lau tak silap. rumah kami pon dekat jew. waktu petang jew selalu aku dgn dia ni akan kayuh basikal pergi main kat taman permainan kawasan perumahan kami. sangat2 seronok waktu tu.
Zaman budak2 dulu kalau dapat g jenjalan ni bez la. lebih2 lagi, mak aku punyer syarat kalau tak pukul 6ptg jangan harap dapat keluar dari pagar rumah. kalau nak main pon, main jew la kat halaman rumah tu. sampaikan kawan2 aku duk bertenggek kat pagar rumah aku sebab nak tunggu kul 6 ni. aaiisshh !! mak aku sangat la tegas dulu. tapi kalau abah aku balek kerja awal kami adek-beradek akan dapat keluar awal. hehe
Ada satu hari ni, aku dgn kak T ni kena pukul dgn mak kitorg sebabnya balek lewat. masa tu aku umur 6thn. ala, biasa la budak2 kan masa 2. sekolah pon kat tabika kemas jew, pukul 12 da boley balek da. so, aku dan kak T ni pon buat la keputusan nak g main2 dulu before balek sekolah. kitorg pergi la umah classmate kitorg. masa tu aku rasa agak jauh la sebab pergi pon jalan kaki. da la kaki pendek lagi masa 2. memang penat la jugak.
Tengah syok2 main. tanpa kitorg sedar, masa tu da pukul 3ptg da. apa lagi, berlari balek rumah. aku pulak, memang da kecut perut la. sampai2 jew kat umah, terus kena panah dgn halilintar. (ahaha. ayat tak ley blah kan.) urmm, masok jew dalam umah. mak aku da bersedia dengan ranting pokok jambu. apa lagi, terus kena rotan. masa 2 memang aku nangis tak hengat dunia la. sakit wooo !! berbirat lak tu. huhu. tu la sapa suh jadi budak degil.
Masa tu, aku tak tau la apa jadi dengan kak T ni. iye la kan. aku da berbirat. aku terpikir la jugak, dia sama berbirat jugak ke dgn aku. da kena rotan tu, mak suh siap2 pegi mengaji lak. kalau nak pegi umah tok guru aku ni, aku akan lalu depan umah kak T dulu. masa aku lalu depan umah dia, aku nampak la dia kena ikat kat tiang luar umah. masa tu, aku terus nanges. kesian sangat kat dia. padahal tak sedar, diri sendiri pon berbirat2 kat betis. balek dari mengaji, aku tengok dia da takde kat tiang tu. aku pon cakap la kat mak aku. mak aku siap tanya aku balek, aku nak jugak ke kena camtu. terus aku terdiam. takut sangat masa tu. lepas tu, kitorg da tak balek lewat da. paling lewat pon kul 12.30 jew. tu pun kitorg lepak kat kedai tapi bagi alasan, cikgu yg lepas lewat, haha. (terok2)
Tu la, perkara yang aku memang tak ley lupakan. masa kitorg umur 8thn, dia pindah sekolah sebab umah baru dia da siap. masa tu, aku sedih sangat sebab aku da kehilangan kawan sepermainan. tapi masa umur 12thn, kitorg jumpe balek. dia mewakili sekolah dia dalam bola tampar. sama dengan aku. memang xcited giler la dapt jumpe balek. then naik sekolah menengah pulak, kitorg satu sekolah. dari hari tu, hubungan kitorg terjalin balek. seronok sangat2 bila kitorg dapat kawan balek even bukan 1class pon.
Dan hari ni, dia bukan sahaja sebagai sahabat aku tapi dia juga da bergelar tunangan orang. rasa cam tak percaya lak. kami membesar same2. tapi dia terlebih dahulu yg menghitung hari untuk menamatkan zaman bujang. dan aku masih lagi bergelumang dengan buku2 yg boley dijadikan bantal sewaktu kuliah, haha.
klik untuk tumbesaran. |
Kepada kak T, kau la kawan yg paling lame aku kenal. dan jugak kawan yg paling baik aku ada. semoga persahabatan kita ni akan kekal sampai hujung nyawa okey. sangat bertuah dapat seorang sahabat macam kau. semoga hidup kau akan lebih berseri-seri lepas ni. luv n miss u so much my dear frenz !!
p/s :: Kak T ni juga adalah seorang nurse. dia kelihatan sangat comel bile beruniform. haha
p/ss :: banyak lagi kenangan kami bersama tapi biarlah ianya menjadi kenangan kami bersama.
No comments:
Post a Comment