Hari ni balek jew dari class tadi, aku cam pelik nape la banyak sangat kete2 kat parking lot ni. oh ! aku baru teringat yg program PERMATA pintar dah pon start ari ni. kirenya ari ni hari pendaftaran la. tu pun semalam kawan aku yg bagitaw.
Suka ke tak suka program ni ? ok, even program ni takde kena mengena langsung pn dengan aku tapi sebagai rakyat malaysia n student UKM, aku agak tak suka la sebenarnya. banyak sebabnya. ok, mybe bagi orang laen ianya bagus. dan bagi aku ianya tak berapa nak bagos. sebabnya ? ok, 1st. bangunan untuk menempatkan budak2 ni belom siap pn lagi da di JANGKA akan siap sepenuhnya pada tahun 2011. mybe akhir tahun or pertengahan tahun aku tak pasti. dan disebabkan tu jugak la, student2 UKM yg stay kat kolej pendeta za'ba ni di anaktirikan. kenapa aku cakap camtu ? sebabnya, student2 yg stay kat blok B yg akan dijadikan tempat penginapan budak2 permata pintar, da diarah berpindah ke blok2 laen dan yg paling ramai ditukar ke blok E yg terletak di belakang sana. bagi aku ni tak adil la kan. sape yg student UKM sebenar ni ?
Sebab kedua, program ni macam takde hala tuju sangat taw. pada pandangan aku la. sebabnya, facilities untuk diorang sebenarnya belom siap sepenohnya pun lagi. tapi program ni da dimulakan. so korang nampak tak kekurangan kat situ. macam mana, budak2 ni nak concentrate kalau diorang pn menumpang kat tempat kitorg. as student UKM, kitorg pn rasa tak selesa bila tempat kitorg da dikacau. contohnya, lab kitorg ditunda or anything else sebab bagi laluan untuk diorg2 ni diguna. so unfair la kan.
Program ni bagus kalau perinciannya betol. sediakan tempat yg betol. kemudahan yg cukup. baru la, program ni berjaya. tak salah kita lahirkan ramai pelajar yg berjaya. tapi biarlah kena dengan keadaan. ni antara tujuan program PERMATA pintar ni.
a. Menyediakan program pendidikan holistik yang menekankan kepada paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal yang menjadi dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan negara.
b. Membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi.
c. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik UKM yang memang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
d. Memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif.
e. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa.
f. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama antara industri, institusi pengajian tinggi dan program menengah tinggi UKM dalam usaha saling melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan pelajar pintar cerdas secara menyeluruh.

Dan yg aku dengar program ini akan dijalankan selama 2tahun. ianya mempunyai dua tahap. iaitu tahap 1 dan tahap 2. program ni akan tekankan pembezaan pembalajaran (differentiated learning) yg mana each student akan belajar mengikut tahap pembelajaran diorang. program ni jugak perkenalkan pembelajaran berpusat, seperti kaedah koperatif dan kolaboratif, kuliah, perbincangan kumpulan besar dan kecil, amali di makmal dan fieldwork, projek penyelidikan bersama kumpulan pakar penyelidikan UKM, laporan penyelidikan, pembinaan folio, program mobiliti dan pertukaran pelajar, aktiviti pembinaan jati diri dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). student pn akan didedahkan dengan konsep higher thinking order (HOT) untuk diorang ni berpikir secara kreatif, kritits dan inovatif.
Setakat ni, kerajaan da pilih seramai 139 org student yg berumor 16 tahun dari seluruh malaysia. budak2 ni da jalani 3 ujian saringan before diorang dipilih. iaitu ujian PERMATA pintar UKM1, ujian PERMATA pintar UKM2 dan ujian kompetensi matematik dan sains.
Tu jew yg aku nak citer pasal PERMATA pintar aka anak emas negara setakat ni. dan aku nak sambung melayan muvie yg tergendala sejak semalam. ok byeeeeeeeeee !!
p/s :: mintak2 la diorang ni tak lupe diri bila da jadi student U ni.
No comments:
Post a Comment