Hai korang !!
Hari ni dah 3 April. So, juz 9 hari jew lagi yang tinggal sebelum final exam. tapi aku ni da cukup bersedia ke ?? owh !! tidak sama sekali. dari semalam lagi duk berpoya-poya. 10 min duk kat meja terus beraleh ke atas katil. elok2 duk hadap buku terus hadap lappy. ape nak jadi la ea.
Tengah syok layan lappy tu. ding!! ada notification kat FB aku. urmm. satu soalan dari _____. owh !! korang yang ade FB mesti tau kan pasal questions kat FB tu kan. eh, jap. ade ke orang yang takde FB ?? tipu lah tu =.=". tapi aku sebenarnya cukup menyampah kot dengan soalan2 tu. kadang2 mengarut jew. pastu penuh 1 wall aku. tapi kadang2 aku jawab gak soalan2 tu. dah takde keje kan. biar berlambak macam gunung pun. huh
Soalan yang aku jawab ni bertaip lebih kurang camni lah. Siapa lebih hipokrit, bajet macho/cun, jual mahal ?? dan pilihan jawapan pulak 1) lelaki 2) sudah tentu PEREMPUAN. owh !! please la. perlu ke perempuan dihilight sebegitu rupa ?? dan korang mesti dah tau jawapan aku kan. ngehehe. oleh disebabkan aku ni perempuan sejati. op kos la aku akan jawab jawapan pertama iaitu lelaki. takkan lah aku nak burukkan diri aku sendiri.
So, aku nak tanya korang la. betol ke yang pompuan ni hipokrit, bajet cun la, jual mahal la. betol ke ?? aku rasa lelaki pun sam jew kot cam pompuan. meh sini, aku nak citer sikit. situasi kat bawah ni betol taw. aku tak tipu pun. ni semua yang pernah terjadi depan mata aku.
1. Tak silap masa aku form 4 kot. ada sorang pengawas laki kat sekolah aku ni. konon bajet hensem la. ade sorang junior yang form 3 bagi surat kat dia. konon2 nak kawan2, nak kenal2 la. korang nak taw dia cakap ape kat pompuan tu. dia cakap balek umah cermin la diri tu sikit. ada hati nak kawan2 ngan orang. peerrgghh!! ayat memang takleh blah la kan. tak ke bajet macho dan jual mahal macam tu. lepas tu terus aku tak suka tengok dia. dia dah malukan kaum aku a.k.a junior aku.
2. Ni kisah kawan aku. masa tu kitorang form 5. dia dah kapal kapel dengan bf dia start form 2. so, dah 3 tahun la kan. bf dia masa tu pun da abes skolah coz bf dia tu tua 2taun dari kawan aku ni. dipendekkan citer, bf dia cakap nak clash. sebab nak concentrate dengan study. kawan aku ni pun redha jew lah. tapi sebenarnya dia dah ade gf baru kat kolej sane. tak ke hipokrit namanya tu. cakap jew lah dia dah ade gf baru. toksah la cakap nak concentrate dengan study. ayat nak nampak mulia jew kan.
3. Situasi yang ketiga ni. aku rasa cam nak lempang2 jew taw. aku ngan kawan2 aku ni suka kuar shopping kalau awal2 sem coz masa tu duit tengah masyuk lagi kan. satu hari tu ktorang pergi lah survey2 henpon. konon nak tukar yang baru lah. da usha banyak2 kedai, ada satu kedai yang jual henpon kawan aku suka. kawan aku ni memang teruja la nak beli. goda punya goda, dapat lah kurang rm30. lepas tu confirm, kawan aku terus beli. dah bayar tu, ktorang duk lagi situ sebab nak usha henpon lain lak. kot2 la aku pulak yang nak beli kan,ngeee. tetiba datang sorang awek hot meletup kebaboom ni. boleh pulak harga henpon yang sama macam kawan aku beli tadi ditawarkan kat awek tu rm100 lagi murah ok. tak ke jual mahal namenye tu. dan op kos la penjual tu LELAKI !! tu yang aku rasa nak lempang2 jew mamat tu.
Conclusion yang dapat kita buat dari 3 situasi kat atas memang sah la lelaki sebenarnya yang hipoktit, bajet macho dan jual mahal. kan kan kan ?????
p/s :: naseb baik bakal husband aku tak macam tu.. ^^,
No comments:
Post a Comment