,

Apr 28, 2011

SEGMEN : SAYA SAYANG IBU.


Hai korang !!

Petang tadi aku ada terpikir nak buat entry mengenai HARI IBU yang bakal disambut tak lama lagi. korang tau tak bila ?? Hah!! bagi yang tak tau tu pergi check calendar korang. Ok la. disebabkan aku baik hati, aku bagitau. HARI IBU tahun ini akan jatuh pada 8 MAY 2011. tapi aku ingatkan nak buat entry tu 2 hari before HARI IBU. barulah terasa feelingnya kan. tapi terpandang la pulak segmen ni. so, jom kita join ramai2. hehe

First of all, aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu di dunia ni. tanpa kamu siapalah kami. tidak mungkin kami dapat melihat dunia ini. 


Ibu. Engkaulah ratu hatiku. tiada orang lain yang akan dapat menggantikan tempat ibu disisi angah. Ibu adalah insan istimewa dalam hidup angah. Ibu adalah segala-galanya bagi diri angah ini.

Ibu. Terima kasih kerana membenarkan angah menumpang di dalam kandungan ibu selama 9 bulan 10 hari. terima kasih kerana sudi membawa angah setiap masa bersama ibu dalam tempoh itu. terima kasih kerana sudi menjaga angah sebaik mungkin ketika angah dalam kandunganmu ibu.

Ibu. Terima kasih kerana sudi mencorakkan diri angah sehingga angah berjaya menjadi insan yang berguna kepada masyakat hari ini. Terima kasih ibu kerana telah memberi kasih sayang yang tidak terhingga nilainya dan sama sekali tidak boleh dijual beli mahupun dipajak gadai. Ibu telah berjaya memberikan angah segala-galanya malah lebih dari yang sepatotnya.

Tanpa perasaan jemu ibu melaksanakan tugas di rumah. Setiap hari ibu melakukan rutin yang sama. Setiap hari ibu mengejutkan kami supaya bangun solat subuh. menyiapkan segala keperluan kami untuk ke sekolah. menyediakan sarapan agar kami dapat belajar dengan tenang di dalam kelas. menghantar dan menunggu kami di hadapan pintu rumah. Oh Ibu !! telah banyak jasa dan pengorbananmu ibu terhadap kami.

Marahmu ibu bukanlah racun bagi kami. tapi amarahmu adalah penawar bagi kami. senyumanmu, tawamu dan gelagatmu. semuanya adalah penawar bagi kami sekeluarga ibu. walaupun ibu tidak belajar sehingga universiti namun ibu tetap mengajar kami sehingga semua anak ibu berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Ibu berusaha sebaik mungkin untuk mengajar kami adik-beradik. 

Masih segar lagi di ingatan angah ibu. Ibu sanggup pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru matematik achik untuk belajar kaedah yang paling mudah untuk mengajar achik bab pembundaran pada waktu itu. Ibu sanggup bersengkang mata sehingga tengah malam semata-mata mahu meneman anak2 menyiapkan kerja sekolah dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Ibu adalah guru kami di rumah.



Ibu. walaupun anak2 mu telah meningkat dewasa. namun dirimu masih lagi bekerja keras untuk keluarga. Ketika di rumah, angah selalu menangis jika angah terjaga dari tidur dan mendengar bunyi yang datang dari dapur. kerana angah tahu itulah adalah bunyi yang datang dari dirimu yang sedang menyiapakan tempahan kuih. walaupun terpaksa bangun seawal jam 3 pagi, namun tidak pernah telinga ini mendengar rungutan darimu. sungguh mulia dirimu ibu.

Ketika angah berada di universiti. Ibu tidak pernah lupa menelefon untuk bertanya khabar jika angah terlewat untuk telefon. Angah tahu, ibu risaukan angah yang jauh dari keluarga. seorang anak gadis yang menetap di negeri orang semata-mata mahu menuntut ilmu. Dan setiap kali pengakhiran telefon, ibu pasti menangis. Dan diri ini juga turut mengalirkan air mata. Begitu juga ketika ibu menghantar angah ke stesen bas. ketika bersalam untuk meneruskan perjalanan, ibu pasti memeluk angah dengan seerat yang mungkin dan maka tertitislah air mata seorang ibu.

Ketika diri ini ingin menghadapi peperiksaan. orang pertama yang akan diri ini telefon adalah ibu. Restu dan doamu ibu sangat penting bagi angah. syurga angah sebagai seorang anak ada di bawah telapak kakimu ibu. selesai exam pun orang yang akan diceritakan mengenai bertapa susah dan senangnya soalan exam itu adalah ibu. Ibu adalah tempat luahan segala-galanya bagi angah.

Setiap tahun. Bermula dari angah tahu apa itu HARI IBU angah tidak pernah lupa untuk mengucapkannya. walaupun pada permulaan sangat segan kerana tidak biasa. namun, ianya menjadi satu perkara wajib. terasa sangat bahagia diri ini bila dapat mengucapkan SELAMAT HARI IBU.walaupun jauh dimata, namun ucapan itu tetap akan diucapakn oleh mulut ini kepada ibu.

Ibu, di kesempatan ini. angah ingin memohon seribu kemaafan darimu. angah tahu, kadang kala angah tidak jauh dari melakukan kesilapan. angah pernah menyakiti hati ibu. angah pernah mebuat ibu berasa sedih. maafkanlah segala kesilapan angah. hanya kau sahaja ratu hatiku ibu.

Tanggal 8 May 2011, semua anak ibu akan berkumpul di rumah. kami akan meraikan HARI IBU seperti mana yang telah biasa kita lakukan pada tahun2 lepas. semoga hadiah itu dapat membahagiakan dirimu dan berasa seperti kamu sangat dihargai oleh kami. jasamu ibu memang tidak terbalas oleh diri ini.



p/s :: tatkala entry ini ditulis. air mataku bercucuran. oh !! bertapa besarnya pengorbanan ibu terhadap diriku selama 22 tahun ini.

rakan yang bakal ditag adalah Cik WawaCik Yaya, dan Cik Jera.

2 comments:

Numasara Hana said...

thanks sudi join...

best sgt entry ni.
terharu sgt...

semoga ibu panjang umur dan murak rezeki ye...

cik anne said...

thanx dear ^^,

BUDAK MUNCIT