BAHAN A
- 250 g cream cheese
- 50 g butter
- 60 g tepung kek @ tepung superfine
- 20 g tepung jagung
- 100 ml susu segar
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 1/4 sudu kecil garam
BAHAN B
- 140 g gula
- 6 biji putih telur
- 3/4 sudu kecil jus lemon
CARA-CARA
untuk adunan A
- cairkan creame cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler.
- bila dah cair, sejukkan adunan tadi. then, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan.
- gaul hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
untuk adunan B
- pikul putih telur bersama jus lemon sehingga berbuih (foamy).
- tambahkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk ( soft peak).
- campurkan adunan A tadi ke dalam adunan B yang dah bertukar menjadi gebu tadi. dan kacau hingga sebati.
- sediakan bekas kek yang berukuran 8 inci, griskan di bawahnya dan salut dengan kertas baking. tuang adunan ke dalam bekas tadi.
- bakar kek kira2 1jam dengan cara au bain-marine (waterbath) pada suhu 160 celcius.
- cara waterbath adalah letak adunan dalam bekas, balut bawah hingga separuh tinggi bekas dengan aluminium foil ( double protection agar air tak masuk esp springfoam pan). then letak bekas kek di atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar. lepas tu letak la dalam oven and start bakar.
- hidangkan bila da siap. ianya pasti akan nampak gebu.
p/s :: selamat mencuba ye.
p/ss :: jangan lupa klik tabung saya. thanx
No comments:
Post a Comment