,

Dec 2, 2010

luahan hati orang dewasa !!

jam 0445 am :: da 3 malam aku tak ley tido. pukul 4am pun mata aku still lagi segar. tapi badan aku penat sangat. minggu ni macam2 perkara yg bermain dalam kepala aku ni. naseb baik tengah cuti sem. boley la aku relax sikit. susah kan jadi orang dewasa ni. kalau dulu2, selalu jew pikir nak jadi orang dewasa cepat2. tak yah pergi sekolah. tak yah amek exam. tak yah iron uniform sekolah. tak yah stay kat hostel. boley dapat duit sendiri. boley stay kat umah. boley tengok citer2 kt tv sampai juling biji mata. boley kuar jalan2 dengan kawan2 sampai patah kaki. pendek kata, macam2 lagi r boley buat lau jadi orang dewasa ni.

tapi bila da laluinya, baru aku tau. macam2 perkara yg nak kena pikir bila jadi orang dewasa ni. semuanya kita sendiri yg kena decide. masa depan kita, kita sendiri yg tentukan. elok ke atau buruk ke ?? semuanya depends pada diri kita sendiri. kalau dulu, tak suka sangat kalau orang lain yg decide untuk diri kita. kononnya, kita da cukup dewasa untuk buat pilihan dan keputusan sendiri. tapi kini, bila da betol2 diberi peluang untuk decide semuanya sendiri. terasa seolah-olah kucar-kacir jew hidup ni. pelik kan?? tapi sebenarnya, ni la lumrah hidup seorang manusia. tak pernah puas dan cukup dengan ape yg telah diberikan. lepas tu mula la terasa terbeban bila tak dapat handle dgn sebaiknya. manusia tak pernah sempurna.

kebahagiaan dan kejayaan hidup kita di masa hadapan semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. bukan orang lain yang akan merealisasikannya. maybe ade orang lain yang menentukan dan mencorakkannya. namun hanya kita yg dapat merealisasikannya. tapi kita sebagai manusia sentiasa alpa. mudah berbangga dan puas dengan apa yg telah kita dapat. walaupun ianya sekadar cebisan2 sahaja. jadi di sini la, pentingnya seorang sahabat. tau kan perbezaan seorang sahabat dan seorang kawan ?? sahabat adalah orang yg sentiasa bersama kita ketika susah dan senang. orang yg sentiasa mengambil berat tentang diri kita. orang yg sentiasa menghulurkan pertolongan. orang yg sentiasan menasihatkan kita jika kita sedikit alpa. istimewakan seorang sahabat ni. namun, sahabat juga adalah seorang manusia biasa yg pasti terdapat kekurangannya. jika dia sebagai sahabat dapat menerima kekurangan diri kita, mengapa tidak kita terima kekurangan orang lain juga.  ingatlah, manusia tidak pernah sempurna.

perkahwinan adalah salah satu percaturan hidup yg sangat hebat. ianya adalah penentu kepada kebahagiaan hidup kita di masa hadapan dengan orang yg kita sayangi, kasihi dan percayai. dia dipanggil soulmate. dia adalah jiwa dan nyawa kita di masa hadapan setelah terikatnya satu perjanjian diantara lelaki dan perempuan. jika terlerai perjanjian itu, musnahlah semua kepercayaan dan kasih sayang yg dicurahkan. besarkan impact perkahwinan ni kepada hidup kita ?? sebelum membuat sesuatu keputusan, kita haruslah pikir betul2. kita sedang membuat satu percaturan yg sangat hebat. tak kan la kita nak musnahkan semuanya sekelip mata. berserah dan meminta petunjuk daripada-Nya adalah salah satu jalan yg sangat baik. daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita meminta pertolongan dan kembali. kerana kita harus ingat kita sebagai manusia tidak pernah sempurna.

jam 0500 am :: selesai. semua di atas hanyalah sekadar luahan hati aku. yg semuanya datang tanpa dipaksa. hanya ditemani dengan sebuah lagu yg aku rasa dapat membuatkan aku memikir dan menaip perkara yg terlintas di fikran aku. seronok jugak kan. dapat memikirkan sesuatu perkara yg mungkin tidak dapat aku pikir jika aku tidak berada dalam situasi ni dan berkongsi dengan orang yg sudi membaca coretan aku.

p/s :: sy sgt perlukan awk pd waktu ni..

No comments:

BUDAK MUNCIT