,

Aug 16, 2011

UJIAN DI BULAN RAMADHAN.

Hari ni dah masuk hari yang ke enam belas umat Islam berpuasa. Semua orang tengah gembira menghitung hari nak beraya. Semua dah sibuk prepare pasal raya. Baju raya la, kueh raya la, perabot raya la, semua yang berkaitan dengan raya la pendek kata. Tapi aku jugak yang tengah sedih.

Bagi aku di bulan ramadhan ni, banyak ujian yang aku hadapi. Salah satunya adalah bekerja di bulan puasa. Penat tu memang tak dapat dinafikan. Pukul 9 pagi masuk kerja balik pulak pukul 5 petang. Memang aku rasa sangat mencabar. Sebab kerja aku bukannya duk dalam opis yang aircondnya tu 24jam 10'C. Kerja pulak duk mengadap laptop je. Bila bosan boleh bukak FB. Tapi kerja aku ni loading barang yang baru sampai. Checking stock. Setup barang. Memang semua kerja yang penat lah.

Ujian kedua yang aku hadapi adalah tak dapat beraya bersama buah hati aku. Plan bagai nak rak tapi alih2 dia kena kerja pulak. Kalau kerja kat darat takpe lah jugak. Ni kerja kat platform tengah laut sana. Sape yang tak sedih. Dah la baju raya pun kami tak beli lagi. Konon2 nak shopping raya sama2. Sekali jadi macam ni.

Sekarang ni pun dia ada kat laut sana. Mula2 dia dapat balek ari ni sebab ari khamis ni dah kena pergi sana balek. Tapi pagi tadi dia call aku cakap kena balek esok sebab heli takde. Tuhan je yang tau perasaan aku masa tu. Dah la aku dah plan nak berbuka puasa dengan dia hari ni. Tak dapat la jawabnya kami jumpa. Esok dia balek, aku pulak kerja. Habes kerja aku kena terus balek kampung. Hari khamis dia dah balek sana. Hmmmm.

11hb nanti aku dah balek UKM. Dia pulak maybe 18hb baru balek. Jawabnya memang aku tak dapat jumpa la dengan dia. Sape yang tak sedih. Aaaaiisshhh. Air mata aku pun dah bertakung ni. Masa dia call aku buat relax je. Aku taknak dia sedih bila tau aku sedih. Aku taknak dia rasa bersalah. Aku taknak dia hilang fokus kat kerja dia nanti. Tapi hati aku pulak sakit macam kena cucuk. Aku rasa empangan air mata aku ni bila2 je boleh pecah. Sampaikan otw nak pergi kerja pun aku boleh nangis bila aku teringat yang dia tak raya dengan aku tahun ni.

Banyak sebenarnya yang aku nak luahkan kat sini. Tapi makin banyak yang aku tulis, makin banyak pulak air mata aku yang mengalir. Aku taknak nangis. Aku taknak sedih. Aku nak jadi seorang yang tabah. Aku nak jadi seorang yang cekal. Baik aku berhenti sebelum laptop aku ni basah dengan air mata.










Aug 3, 2011

ORANG TUA TAK BERPUASA ???!!!

Dah lama rasanya aku tak conteng2 kat sini. Semenjak ada kat kampung halaman tercinta ni aku rasa aku makin sibuk kot. Dah la cuti sem kali ni aku bekerja, so memang tak dapat menikmati mana la jugak cuti sem yang panjang ni.

Pejam celik dah masuk bulan terakhir pun aku kerja kat sini. Kerja pun bukannya kerja yang best sangat macam kawan2 aku yang lain. Aku juz kerja sebagai pembantu kat mini market rumah aku. Tapi aku seronok kerja kat sini. Dah la dekat dengan rumah aku jeee. Tak payah nak pikir bayar sewa rumah, bil air, bil tepon, topup tepon lagi... Dapat jeee gaji aku juz bagi kat mak ngan abah aku je. Dan aku pun seronok kerja dengan akak2 dan adik2 kat sini. Diorang sume kepala masuk air. So, bila boss takde kitorang sume ngulor je kerja. Lebih2 bila anak boss yang jaga kedai. Memang best la. hehe

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bekerja di bulan Ramadhan ni. Aku cukup malu dengan sikap segelintir orang Islam kita yang tanpa segan silu masuk kedai buka peti sejuk beli air. Kalau mereka ni datang beli air pukul 4 petang aku tak kisah pun tapi ni pukul 10 pagi dah datang beli air sejuk. Siap ada yang beli roti dan biskut lagi.

Ada 3 golongan yang tidak berpuasa. Golongan pertama adalah golongan pakcik2. Yang rumah kata pergi kubur kata mari daaaaa ~~~ Mereka ini memang tak ada perasaan malu langsung. Sebab apa aku cakap camtu. Sebabnya bila aku pandang diorang beli air sejuk ni, diorang buat tak tau jew. Macam diorang tak buat apa2 kesalahan. Lepas tu siap mintak straw lagi. Aaaiisshhh.. Apa punya orang la macam ni.

Golongan kedua adalah golongan abang2 la. Golongan ni aku tengok ada la jugak sifat pemalu diorang. Nak beli air pun malu2 bila aku pandang. Siap ada yang keluar dari kedai tak jadi beli air sebab aku pandang masa diorang ni nak beli air. Dan ada jugak yang suh kawan dia pergi bayarkan sebab kawan dia tu tak tau malu.

Golongan yang ketiga adalah golongan "Mat Pet". Korang tau kan sape Mat Pet ni ?? Yang tak tau, meh sini aku bagitau. Diorang ni adalah penagih dadah ataupun penghidu gam jalanan. Diorang ni memang takde sifat malu langsung. Takde langsung ok !! kenapa aku cakap camtu. Sebab diorang selamber badak jew pegi beli air lepas tu keluar kedai naik motor terus minum. Aku pun tak tau la apa nak jadi dengan golongan ni.

" Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang2 sebelummu, agar kamu betakwa " [Al Baqarah:183]
p/s :: entri ini akan disambung dengan kisah ragam pelanggan yang datang di bulan puasa.

BUDAK MUNCIT