,

Jul 10, 2011

LESEN P.

Aaaiisshh.. rasa macam lama je aku tak conteng2 kat buku ni.. kemalasan dan kesibukkan yang melampau-lampau buatkan aku tak amek kisah pun buku ni.. kesian pulak.. dah la tak berupdate..

Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan. Aku dah dapat lesen P tau. hehe. Boleh la berbangga jap. Lesen P untuk motor dan kereta. Boipren aku cakap senang sikit lau dah ada lesen ni. Takde lah aku susahkan orang lain lau nak ke mana-mana nanti. Memandangkan dia pun keje kat platform dan selalu laaa takde kat darat ni. Abah aku pulak ada bisnes sendiri. So, owez takde kat umah lau siang2 hari ni. Mak aku pulak penakut orangnya. Sebab tu la tak leh bawak kete. hehe

Hmm..... Excited ke ada lesen kete ni ?? Ntah la eh. Bagi aku macam biasa je. Lagi excited bawak moto sebenarnya. Kalau bawak moto ni senang sikit. Kalau bawak kete ni owez kena berjaga-jaga. Sebabnya aku ni belum mahir sangat pun bawak kete. huhu

Nanti aku ada masa aku tulis kat sini pengalaman aku semasa amek lesen ni ye. Tunggu tau. hehe.

OK la.. chow babe !!!

May 21, 2011

RE-GIVEAWAY NANA.

Hai korang !!

Disebabkan giveaway yang dianjurkan oleh Cik Nana before ni tak sempat aku nak join. So, kali ni kita semua jangan lepaskan peluang ok. Cik Nana ni ada buat re-giveaway tau. Bukan sebab giveaway yang before ni tak dapat sambutan ke hape.. tapi disebabkan ada pemenang yang tak tuntut hadiah. Aaaaiisshh !! rugi...rugi..

Disebabkan ini adalah re-giveaway so hadiah juga telah ditukar. Hadiah lama tu telah pun diburn. Tapi hadiah kali ni pon syoookk wooooo !! Nak tau ?? Meh kita usha..

1 helai t-shirt geng blogger crew.

1 set couple key-chain.

Waaahhhh !! Syok tuuuuuu. Sape taknak t-shirt geng blogger crew. Untung aaaaaa. hehe. Yang set couple key-chain tu pun best tau. Dan ada lagi 1 hadiah yang Cik Nana kita ni nak bagi tapi dah takde idea. So, aku nak suggest. Hadiahnya adalah. Taaaddaaaa !!

Bantal yang comel lagi cute. hehe
Tarikh tutup penyertaan ini adalah 27 May 2011. So, jangan lambat2 ok. Jom kita ramai2 join giveaway kali ni. Mana la tau kan. Untung batu tenggelam tapi untung sabut timbul. hehe

Orang yang aku nak tag adalah Cik Wawa


May 17, 2011

1st BLOG ANNIVERSARY CONTEST.


Hai korang !!

Ni adalah contest kedua yang dianjurkan oleh Puan Oyat yang Cik Anne join. Korang ingat lagi tak ?? Yang ni hah Oyat Ceritera's 1st Giveaway. Dan hadiah yang dimenangi adalah .....


Sob..sob..sob.. Sebenarnya aku tak menang pun giveaway tu. Tapi takpe lah. Kira nasib aku masa tu kurang baik lah kan. Dan sekarang aku nak join lagi contest yang Puan Oyat ni anjur. hehe.

Dan korang semua pun boleh join jugak. Tapi korang harus ingat. Setiap contest or giveaway yang dianjurkan mesti mempunyai syarat2 kan. Dan syarat2 yang korang harus ikut untuk sertai contest ini adalah.....

Pertama sebelum join contest ni, korang haruslah jadi follower Puan Oyat. Aku memang dah jadi follower dia coz before ni pun aku dah pernah join giveaway yang dianjurkan. hehe 

Yang kedua, korang haruslah buat entry pasal contest ni. Iye la, lau korang tak cerita pasal contest ni macam mana kawan2 korang nak tau kan. So, karang la sikit. Macam yang aku buat ni. hehe

Yang ketiga, korang haruslah tampal banner contest. Ala, banner yang aku tampal kat atas sekali tu. Nampak tak ?? Bukan gambar kasut tu tapi gambar yang meriah2 ada belon tu. hehe. Dan ianya haruslah di link kan kepada blog Puan Oyat. Dan jangan lupa letak kat sidebar sekali.

Yang keempat, korang haruslah jawab soalan yang diberikan. Puan Oyat ni ada tanya bilakah tarikh anniversary blog dia. So, jawapan aku adalah 18 May 2011. Nak bukti ?? Ok, aku ada dua bukti, tapi 3 keping gambar. hehe

ni yang pertama.

ni yg kedua

ni sambungan bukti kedua.
Last but not least, korang kena tag 3 rakan korang. haha. Dan pastinya orang yang akan aku pilih adalah Cik YanaCik Wanie dan Cik Wawa

Dan korang haruslah alert ok. penyertaan ini hanya terbuka untuk gadis sahaja. dan aku memang gadis pun. so boleh la aku join. so kepada lelaki2 di luar sana sila join contest lain ye. hehe

Ok, done !! harap2 kali ni Kak Oyat bagi lah peluang aku untuk menang pulak, tak dapat hadiah pertama. hadiah ketiga pun jadilah. hehe. Walaupun hadiah dirahsiakan, tapi aku nak jugak menang. yyeeaaayy !!






May 10, 2011

CONTEST I LOVE MYSELF.



Cik Kiah duduk berlunjur,
Berlunjur sambil minum kopi,
Ini contest ketiga yang dianjur,
"I Love Myself" tajuk dicopy.

Berjalan petang bersama Cik Kiah,,
Bawa bersama kuih bakul,
Contest dianjur oleh Pn. Safiyyah,
Tuan empunya blog yang comel lagi cool. 



Cik Kiah pergi ke pasar,
Pergi pasar membeli bunga kantan,
Contest ini perlu sertakan gambar,
Gambar yang terdapat perkataan.

Cik Kiah bersembang dengan Cik Yan,
Sampaikan lupa orang seberang,
Hadiah yang ditawarkan sangat lah lumayan,
Memikat hati semua orang.

Pucuk paku digoreng bersama ikan gelama,
Ikan gelama direndam berkurun lama.
Seluar jeans forever 21 dijadikan hadiah pertama,
Teddy bear juga disertakan bersama.

Mari bersama pergi ke berniaga.
Berniaga di negara Kenya,
Hadiah kedua lumayan juga,
Sweater onitsuka tiger adalah habuannya.

Malaysia tumpah darahku,
Tiada yang dapat menggantikan dirimu,
Diri ini disayangi olehku,
Sayang sehingga tidak pernah jemu.

Menjahit baju di waktu petang,
Sambil bersembang bersama Cik Yan, 
Diharapkan diri ini menjadi pemenang,
Agar dapat merasa hadiah yang lumayan.

Ayam dan itik diberi makan.
Diberi makan hanyalah lepa,
15 Mei adalah hari penutupan,
Sertailah ia sebelum terlupa.

Akhir kata penutup bicara,
Berakhirnya entry yang direka,
Kawan yang sentiasa menjadi mangsa.

PENGALAMAN BERJUMPA POLIS TRAFIK KETIKA TIADA LESEN BERSAMA.

Hai korang !!

Hari ni memang pengalaman yang sangat2 bermakna bagi aku. Banyak pengalaman yang aku dapat. Tapi pengalaman yang paling ngetop adalah berhadapan dengan polis trafik ketika lesen memandu tiada disisi. Nyaris2 aku nak kena saman. Tapi alhamdulillah, Allah telah lembutkan hati polis tu. So, selamat aku hari ni. Kalau tak, memang tak pasal2 la aku dikenakan merit. Dah la baru dapat lesen P.

Alkisahnya, aku just nak pergi interview untuk kerja. Cuti sem yang panjang ni membuatkan aku agak tertekan la jugak. Duk kat umah tanpa dapat hasil. Keluar jew yang banyak tapi masuknye haraaaammmmm. So, terpaksa lah aku cari jugak kerja. Takkan nak mintak duit dengan parent jew. Malu kotttt..

Tetiba tengah jalan ada road-block. Amek ko. Maaatttiii !!! Tapi aku cool jew la. Berlagak macam tak buat salah. Tapi amek ko. Dia suh aku ketepi sebab nak tengok lesen. Dah la lesen aku ade kat Nilai lagi. Aku pun buat muka tak bersalah bagitau la lesen aku takde kat sini.

Dan akhirnya. Polis tu pun lepaskan kami tapi dia amek no henpon cap ayam aku tu sebab nak tanya pasal masalah sosial kat kampung aku. Aku pun ok jew la. Sampai jew kat tempat aku nak interview tu polis tu boleh pulak tepon aku. Dia tanya ade kat mane pastu nak balek kul bape. Aku ni pun bagitau jew lah. Rupa-rupanya ade JPJ pulak yang buat road-block. Dia suh aku berhati-hati pastu kalau ade masalah kol jew dia.

Abes interview. Adik aku suh tepon polis tadi sebab nak tanya JPJ buat road-block lagi ke tak. Aku ni pun tepon la. Dah dia cakap takde. Aku pun pecut la balek umah, Dah sampai umah. Boleh pulak pak polisi tu tepon aku. Uwaaaaa !! Memang mati la aku lepas ni. Tu lah, tak kena saman tapi lain pulak jadinya. Mintak2 la lepas ni dia tak tepon aku lagi dah. Saya dah berpunya la pak polisi. huhu ~~~

So, apa yang aku nak pesan. Korang2 kalau nak pegi mana2 bawak la lesen ye. Jangan jadi macam aku ni. Dah tak kena saman tapi polis tu pulak kol nak sembang. Aaiiiyyoo !!! Mati.. mati.. mati...

BUDAK MUNCIT