sahabat.
ikatan persahabatan yang sangat suci.
ianya ibarat seperti menanam pokok bunga.
perlu dibaja.
perlu disiram.
dan perlukan cahaya.
pokok bunga yang ku pernah jaga dahulu.
ku tak tau di mana salah dan silapnya.
hari demi hari.
bunga dan daunnya telah pun layu.
baja telah ku letak.
air telah ku siram.
dan cahaya pun telah kuberi.
aku tidak puas hati.
lalu aku selidik.
owh !!
aku telah tersilap memilih baja.
baja yang ku letak itu.
rupanya adalah RACUN.
ianya tidak sesuai bagi pokok bunga itu.
akhirnya.
pokok bunga itu sudah layu.
dan sudah hilang di pandangan mataku.
kemudian.
satu hari.
aku telah berjumpa.
dengan pokok bunga.
yang sama macam aku punyai dulu.
tapi.
kiri dan kanan pokok itu.
terdapat pokok lain yang mengelilinginya.
sungguh indah keadaan pokok itu.
nampak sangat segar dan ceria.
aku teringin untuk mendekatinya.
namun aku tidak mendapat kekuatan.
aku takut.
kenapa ??
kerana.
aku takut.
aku takut bila aku dekati.
bila aku pegang.
bila aku jaga.
pokok itu akan layu.
pokok itu akan hilang.
jadi.
apa yang aku mampu.
hanyalah lihat dari jauh.
memandang di sebalik pokok2 lain.
dan mencium haruman bunga itu dari jauh.
tapi.
kadang-kadang.
hatiku memberontak.
hatiku menjerit.
hanyalah satu keinginan.
keinginan untuk melihat pokok itu.
dan kakiku mengatur langkah.
hatiku berdebar-debar.
bagaimanakah keadaan pokok itu.
aaahhh !!
pokok bunga itu.
nampak sangat segar.
nampak sangat ceria.
ianya terbukti.
pokok bunga itu.
tidak perlukan ku lagi.
memang tidak perlukan.
lalu.
aku terus mengatur langkah.
berjalan dan terus berjalan.
sambil tersenyum.
memujuk hati.
namun.
air mata ini sangat murah.
mengalir dan terus mengalir.
ibarat air sungai.
yang sangat tenang mengalir.
aku bertekad.
aku berjanji.
selepas ini.
aku takkan.
memetik atau mengambil.
mana2 pokok bunga lagi.
biarlah.
ianya sendiri datang padaku.
p/s :: diubahsuai daripada nukilan Izzati Ismail.
No comments:
Post a Comment