,

Feb 28, 2011

PUDING TRIFLE.

Hai korang !!

hari ni aku nak share resepi puding trifle. tapi ade jugak orang sebut puding triple. tapi, takpe la yang mane2 pun. janji sedap kan. hehe. aku dapat resepi ni pun mase aku keluar sengan kawan2 aku. yang sorang ni sibuk cari bahan2 nak buat puding ni. aku pun join la sekali sebab resepi dia sangat simple dan mudah. jom, tak payah bebel banyak2. kita tengok resepi kat bawah ni.

BAHAN-BAHAN

i. kek secukupnya. (tak kisah la kek ape2 pun. if korang nak guna kek lapis apollo pun boley.)

ii. 3 sudu besar tepung kastard

iii. 1 sudu besar gula

iv. 1 cawan air

v. 1 tin susu cair

vi. 1 tin buah campur or buah peach or nata de coco ( ikut suka korang nak letak ape)

vi. 1 bungkus jelly or agar2 cap NONA ( perisa ape2 pun tak kisah)

CARA-CARA

i. potong dan susun kek ke dalam bekas acuan.

ii. bancuhkan tepung kastard bersama 1 cawan air. kacau hingga larut dan jangan biarkan berketul.

iii. masukkan bancuhan tepung kastard tadi ke dalam periuk. campurkan bersama gula, susu cair dan air sirap dari buah campur. panaskan diatas api yang sederhana.

iv. kacau sehingga pekat dan likat. kemudian, terus tuang ke dalam bekas acuan yang telah disusun bersama kek.

v. ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun.

vi. susun buah-buahan di atas lapisan kastard tadi.

vii. bancuhkan serbuk Jelly Nona bersama 1 cawan air sehingga larut. setelah larut, tuangkan ke dalam bekas acuan sehingga menutupi lapisan buah-buahan tadi.

viii. masukkan ke dalam peti sejuk selama 2jam dan hidangkan setelah ianya sejuk.

SELAMAT MENCUBA !! ^_____^

Feb 27, 2011

INI CERITA AHMAD ALBAB YANG PUNYA !!

Hai korang !!

Tajuk nak gempak kan. ahaha. sebenarnya bukan aku nak cerita pasal ahmad albab ke p.ramlee ke. apew2 jew la. yang aku nak cerita sebenarnya pasal aku. hehe. sebenarnya minggu ni adalah minggu yang sangat memenatkan taw. rasa nak nanges pun ade. perasaan nak balek umah tu jangan cakaplah.

minggu ni ade mid term. pastu banyak assignment yang nak kena settlekan. lebih2 keje en.wiley. aku sangat tak suka dia ni. memang menyusahkan hidup orang betol la. iya. aku admit. memang la assignment yang dia bagi tu untuk kami jugak. tapi, tak kesesuaian dia tu la yang membuatkan aku rasa cam ntah apew2 jew.

minggu ni jugak aku banyak habeskan masa duk kat fak siapkan sume keje yang tertangguh. pagi2 before pergi class baru la sibuk mesej cik dayah suh dia bawak laptop. sebabnya pagi2 bangun tido tu la baru terpikir yang banyak keje lagi aku belom siapkan. so, mesej jew la cik dayah suh dia bawak laptop.

weekends pulak, aku ade commitment lain. tak sabar rasenya nak lepaskan commitment ni. penat sangat2 taw. nak rehat2 pun tak dapat. pastu malam da penat. so tido awal. assignment yang berlambak2 ?? ahaha, buat tak taw jew la jawabnya.

kadang2 kerja yang banyak ni membuatkan aku cepat sangat nak marah taw. sorry la. memang takde masa la aku nak pujuk2 or ikut kepala angen orang lain. kalau aku rasa aku tak buat salah2 ape2 memang aku buat tak taw jew la. apa yang aku pikir, kerja aku banyak lagi yang belom siap. lau aku nak ikut orang lain jew memang tak jalan la kerja aku. siap bertambah-tambah lagi adalah. tapi ape2 pun. aku nak say sorry kepada sape2 yang aku termarah or aku tertengking ke. aku memang takde mood nak layan perangai korang k. tapi hubungan kita sebagai kawan tetap kawan.

ok la. da takde ape2 yang aku nak ceritakan sekarang. nanti lain masa aku cerita lagi ok. daaaaaa ~~~

Feb 20, 2011

KAITAN ANTARA CINTA, KEKAYAAN, KEBAHAGIAAN, KECANTIKAN DAN KESEDIHAN.

Hai korang.

Hari ni kan aku nak share lagi satu cerita yang aku baca. Aku harap dapatlah kita sama2 renungkan apa ikhtibar disebalik cerita ni k. 

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah pelbagai macam benda-benda abstrak. Ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak- isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja.", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, “oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?"

Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. 

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. 

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-teman lain yang mengenaliku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu bertapa bernilainya harga sebuah CINTA itu."

Jadi kawan2, marilah kita sama2 fikirkan. Macam mana keadaan cinta yang kita miliki sekarang. Cinta ini luas hubungannya. Antaranya; CINTA KEPADA ALLAH, CINTA KEPADA RASUL, CINTA KEPADA IBU BAPA, CINTA KEPADA UMMAH,dan CINTA KEPADA KECEMERLANGAN.

Renung-renungkan dan selamat beramal. ^^,

Feb 19, 2011

BILA SEORANG LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA.

Hai korang. 

Hari ni aku nak share satu cerita dengan korang semua coz after aku baca cerita ni aku rasa aku patut share dengan semua orang. Kisah LELAKI dan WANITA. Aku harap cerita ni pun dapat bagi korang sedikit kesedaran.

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? 
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar? 
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum. 
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Sedih kan cerita ni. Apa yang aku nak simpulkan dari cerita ni adalah :

**Sebenarnya kita menempiaskan 99% kemarahan kita kepada orang sekeliling walaupun kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.

**So,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati kita. Sebelum mengucapkan sesuatu perkara berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang bakal kamu ucapkan itu akan menyakiti hati orang yang dicintai ataupun tidak.

**Jika kamu merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kita kehilangan orang yang amat dicintai.

**Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima nanti ?


Feb 15, 2011

TEMPAHAN KEK PERKAHWINAN, PERTUNANGAN OR SPECIAL DAY.

Hello korang !!

Hari ni aku nak kongsi something yg sgt2 cantek. Kepada sesiapa yang tengah plan nak kawen ke, tunang ke or nak celebrate birthday n special day tu boley la korang jenguk kat sini. Mula2 jom kita review gambar2 nyer dulu ok. Hari ni malas aku nak cakap banyak2, hehe.








Ok. kat atas ni gambar2 tempahan untuk perkahwinan or pertunangan. sekarang jom kita review untuk birthday or special day ok.






Ok. sekarang kita review untuk hantaran pulak. harap2 korang tak bosan ok.







Aha, amacam ?? cantek tak ? hahaha,,konpom korang pon sayang nak makan kek ni kan. Ok la. sape2 yang berminat tu boley la membuat tempahan or review page cintadancoklat . Kat sini lagi la banyak gambar yang korang boley review. Semoga bergembira !!

p/s :: teringin nak tempah kek tunang macam ni nanti. ^^,

Feb 10, 2011

PARIS HILTON MASUK ISLAM.

Hello korang !!


Ok!! tajuk ni memang hot. aku pun terkejut masa rumate aku bagitau kat aku. then, cepat2 aku jumpe Mr. Google untuk dapatkan kepastian.dan keputusannya tidaklah mengecewakan aku.

oh My God !! Paris Hilton yang memang kita kenal dengan sikap liarnya dulu telah pun memeluk Islam. namun kebenaran disebalik cerita ini tidaklah dapat disahihkan. kat bawah ni aku sertakan artikel yang aku baca pasal cerita ini.

...............................
Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai


Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedang mempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.




p/s :: jika cerita ini adalah benar, alhamdulillah. dan jika berita ini palsu janganlah kita cepat melatah. kita haruslah menegakkan agama kita sendiri.

Feb 8, 2011

MASA DA DIPENUHI DENGAN MEMBUAT AKTIVITI LAIN.

teringin nak update blog
banyak sebenarnya perkara yang nak dikongsi
tapi, banyak jugak kerja yang harus disettlekan
setelah seminggu berada dirumah.
so, laen kali kalau ada masa
baru boleh update cerita basi.
+____________________+

Feb 4, 2011

BENCI BILA BERPERASAAN CAMNI.

ari ni aku rasa sedih sangat.
da la semalam pitam kat hospital.
balek umah muntah2.
sampai la tertido sambil tahan sakit.
pagi ni alhamdulillah da rasa sihat sikit.
dpt call dari kawan masa matrik. 
dia ajak jumpe.
da la dia datang dari KL.
mula2 excited giler nak jumpe dengan dia.
call En. Muncit suh anta.
tapi dia cakap kereta dia kawan dia pinjam.
dia tak ley antakan.
ok fine ! aku sangat terasa.
tetiba jew rasa nak nanges.
mood pon da hilang.
tak nak cakap lagi.
.........................................

BUDAK MUNCIT