,

Nov 8, 2010

vanilla cupcakes !!!

hari ni rase cam nak kongsi resepi jew la
semalam mase tgh syok2 study tetibe teringat birthday adk yg bongsu
so balek umah nanti nk try la buat cupcakes sendiri
boley la jugak asah skill memasak ni kan,,hehe
ok la,,godeh punyer godeh lappy semalam
jumpe la resepi cupcakes ni..
lepas 2 buka fb baca status kat kwn aku ni
diorang pakat ramai2 nk buat cupcakes
so aku tanpa buang masa terus kongsi resepi yang aku sendiri pon lom try lagi,,haha
baek kan ??
jom,,kita ramai2 try buat cupcakes ni ea..
ni bahan2 tuk 35 biji taw
so boley bagi rase sikit2 sorg..

BAHAN-BAHAN

ni utk kek ::
  • 150g mentega
  • 185g tepung naik sendiri
  • 150g gula kastor
  • 3biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
ni untuk aising ::
  • 200g gula ising
  • 100g mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh air panas
  • chocolate rice or manik2 utk perhiasan
CARA-CARA
  1. pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. da agak2 kembang tu masukkan telur sebiji demi sebiji. jgn masukkan semua dalam satu masa taw. da abes telur masukkan la esen vanilla.
  3. lepas tu baru masukkan tepung naik sendiri. dekat kedai bakery ade jual tepung ni. try la g cari (aku suka masuk kedai bakery yg jual2 bahan masakan ni sbb baunye sgt2 la wangi). tapi lau xde boley la gune tepung biasa yg dah dicampur dengan soda bikarbonat. adun mereka2 ini sehingga sebati.
  4. sekarang bekas2 cupcakes tu da boley la susun lepas tu masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam mereka2.
  5. bakar selama 10 minit dengan suhu 180'c
  6. sementara kek tu masak,kita buat ising pulak. first,pukul mentega dan gula hingga kembang. sama jew cam tadi.
  7. da agak2 kembang, masukkan esen vanilla da air panas yg kita da penat2 sukat tu.
  8. pukul lagi mereka2 ini hingga putih dan berkrim. (ala2 cam zizie ezzete. hmm,putih dan gebu ?? )
  9. dah ciap pun ising tu. kalau nk warna merah masukkan jew la pewarna warna merah,lau nak biru masukkan la pewarna warna biru mase no.7 tadi tu.
  10. sebelum letakkan ising atas kek tadi, pastikan yang kek tu betul2 sejuk ye. baru la nak make-up kan mereka2 seperti yang anda inginkan. senang kn. hehe
selamat mencuba ye. jangan rase takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana dari situlah kita2 akan dpt pengalaman yang amat bermakna .. haha




p/s :: syg kan nak mkn bile da buat cantik2 !! urmmm...

No comments:

BUDAK MUNCIT