,

Mar 31, 2011

MAKANAN DIET : KEREPEK LOBAK MERAH.

Hai korang !!

Hari ni kita kongsi2 resepi bagi orang yang nak diet. kita try resepi kerepek lobak merah. first time, dengar dulu pun aku dah rasa pelik taw. carrot boleh buat kerepek ?? menarik !! jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 60g carrot yang telah diparut.
  • 100g tepung gandum
  • 2 sudu kecil cheese yang diparut
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • garam dan lada sulah secukup rasa
CARA-CARA
  1. semua bahan di atas dicampurkan ke dalam 1 bekas.
  2. gaul hingga rata dan uli sehingga menjadi doh. kalau rasa keras sedikit boleh tambah minyak masak.
  3. setelah menkadi doh biarkan ianya selama 15 minit.
  4. canai setebal 2mm. boleh la buat bentuk apa2 yang anda suka.
  5. bakar dalam oven bersuhu 200'C selama 15-20 minit.
  6. siap untuk dihidang.
p/s :: senangkan. boleh la cuba nanti. ianya bagus untuk anak2 kecil.
p/ss :: jangan lupa klik iklan ye. 

Mar 30, 2011

YOU GOT ME.

Hai korang !!

Tetiba pulak aku rasa nak share video dengan korang. video ni sweetttt giiiiilleeeerrr !! (owh! sangat menjengkelkan tulis macam tu =.="). first time aku tengok video ni aku dah jatuh hati tau. jatuh hati kat video ni okeyh.. jom kita sama2 layannnnnnn.


tengah2 tengok klip video ni terus berangankan hari perkahwinan nanti. owh !! bestnye. saya nak video kawen saya lagu ni !! heeeeeee

p/s :: jangan pedulikan kata ganti nama yang digunakan oleh pemilik blog ni ye. =.="

FRUIT JELLY.

Hai korang !!

Dah berapa hari ye aku tak conteng2 kat sini?? rasa rindu pulak, hehe. tadi aku duk godeh gambar lama2 dalam lappy ni. terjumpa la pulak gambar ni.


sebenarnya hari ni aku nak kongsi resepi fruit jelly. first tengok mesti orang ingat buah betol tapi bila "ngap", haha. buah tipu jew sebenarnya. resepi ni pun dulu aku copy dari internet gak. lama dulu da, hehe. so, jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji buah oren
  • 40 g serbuk agar-agar or jelly NONA
  • 500 ml air + jus oren
  • 50 g gula
  • secubit garam 
CARA-CARA
  1. bahagian atas oren dipotong. picit sedikit untuk keluarkan jusnya. dah habis jusnya boleh la keluarkan isinya dengan menggunakan tangan. nak guna sudu pun boleh tapi pastikan kulit oren tu tak rosak.
  2. blend isi oren tadi untuk dapatkan jusnya. campur dengan jus yang telah diperah sebelumnya.
  3. masukkan air, jus oren, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  4. tuangkan ke dalam kulit oren tadi. biarkan ianya sejuk dan jelly tu keras. boleh la disimpan di dalam peti sejuk.
  5. siap untuk dipotong dan dijamu.
p/s :: sekali tengok memang macam buah betol la. tapi bila dah makan baru tau tu hanyalah jelly, hehe..suka betol aku tengok orang tertipu ni taw..wakakaka..korang pun boley jugak gantikan buah oren tu dengan buah lain taw. buah tembikai pon sodap..kalau nak tambah sunquick sedikit pun boleh jugak.
p/ss :: jangan lupa klik iklan kat atas tu tau. ^^,

Mar 28, 2011

PUDING PELANGI.

Hai korang.

Hari ni aku gembira sangat. setelah 2 tahun duk kt sini, akhirnya dapat jugak aku tukar kolej kediaman. itu pun setelah coursemate aku yang tolong. bukan senang nak tukar kolej kediaman ni tau. banyak sangat karenahnya. tapi ape2 pun aku bersyukur sangat2. tak la nanti fikir tentang yuran kolej kediaman yang sangat mahal. thanks sooooo much to my coursemate yang tolong kami bertiga dapatkan tempat di kolej kediaman yang baru.

So, hari ni aku nak kongsi resepi pelangi puding. ataupun dipanggil sebagai pelangi warna-warni. ceria uoollzzz warna dia. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 180 g gula pasir
  • 60 g mentega
  • 650 ml air
  • 1 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna
CARA-CARA
  1. masukkan agar2, air dan gula ke dalam periuk. panaskan bahan2 ini di atas api sehingga agar2 dan gula larut.
  2. pukul telur dengan menggunakan whisker. kemudian masukkan susu cair dan tepung kastard. kacau bahan2 ini sehingga sebati. kemudian adunan ini ditapis.
  3. adunan yang telah ditapis dicampurkan bersama adunan agar2 yang telah dilarutkan tadi. kacau hingga rata dan masakkan lagi sekali di atas api yang sederhana sehingga ianya mendidih. 
  4. masukkan mentega dan vanilla. dan kacau hingga rata. kemudian tutup api.
  5. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian. then, 2 bahagian lagi bolehlah diletakkan pewarna yang disukai.
  6. untuk dapatkan bentuk pelangi. loyang haruslah disengetkan. kemudian masukkan satu senduk acuan A di hujung loyang. kemudian, diikuti dengan acuan B dan seterusnya acuan C. ulang lankah ni sehingga semua acuan habis.
  7. bila da siap, letakkan kedudukan loyang seperti asal dan boleh la disimpan di dalam peti sejuk. kemudian siap untuk dihidang bila da keras. 
p/s :: selamat mencuba ye kawan2 ^^,
p/ss :: jangan lupa klik iklan saya juga. nak kawen ni..hehe

Mar 26, 2011

"HOMEMADE" DAGING BURGER.

Hai korang.

Hari ni hari sabtu. biasa kalau hujung2 minggu macam ni korang buat apa ea ?? hah, gi dating ?? ahaha, tu kalau orang yang ada kayu balak macam korang. abes tu kalau yang single mingle tu macam mana pulak. owh, spent time with family. bagos2 !! aku pun macam tu gak. kalau kat tempat aku ari jumaat dan sabtu adalah weekend. so, hari jumaat aku spent time with family. hari sabtu aku spent time with my Mr. F..hahaha

Tapi kalau spent time dengan family ni mesti ada acara makan2 kan. so, memang tak rugi la korang kalau bukak buku aku ni kan. hehe. masuk lif tekan sendiri. takde lah. aku pun macam korang jugak. kalau balek cuti jew mesti adek2 aku suh aku main masak2. so, aku suka la try masakan yang bagi aku simple and bahan pun mudah nak cari kan. tak rugi kalau kita pandai masak ni. tapi aku memang surrender awal2 lau bab masak2 lauk ni. aku ni tak suka sangat masak lauk2 ni. just lauk yang aku suka makan jew la aku pandai. yang lain jawabnya memang kena bukak buku nota aku la. dalam tu semua resepi dari mak aku. hehe.

Hari ni aku nak share dengan korang homemade daging buger. so, sape2 yang suka makan burger boleh la try. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan daging cincang (korang nak guna daging ape2 pon boleh)
  • 1 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 biji bawang besar yang bersaiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar worcestershire sos
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  1. Semua bahan dicampur dan digaul bersama kecuali telur.
  2. pukul telur. kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. agak2 da boley bentukkan adunan, berhenti masukkan telur.
  3. boleh la bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
  4. lagi nipis adunan, lagi sedap. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh la disimpan di dalam freezer dulu then potonglah nipis2.
  5. siap untuk digoreng dan dihidang.
p/s :: boleh makan burger rusa, burger arnab, burger kambing dan lain2 burger la pas ni.hehe
p/ss :: jangan lupa klik iklan ye ^^,

Mar 24, 2011

CARA-CARA NAK BUAT AISKRIM.

Hai korang.

Da lama rasanya aku tak update diari ni kan. nak buat macam mana. sibuk memanjang. ok lah, hari ni taknak bebel panjang2. aku juz nak kongsi resepi aiskrim. jom kita terjah.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 tin susu cair **
  • 1 biji telur **
  • 1 1/2 sudu besar ovelette **
  • 3 sudu besar sus tepung yang dibancuh bersama 1 gelas air **
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • susu pekat manis sesuka rasa
  • 3 sudu besar coffeemate
** sila simpan di dalam freezer sebelum guna.

CARA-CARA
  1. semua bahan dikisar bersama sehingga likat.
  2. campurkan bersama perisa yang diingini.
  3. tuangkan ke dalam bekas.
  4. simpan ke dalam freezer.
  5. boleh hidangkan bila dah beku.
p/s :: selamat mencuba ye. ^^,
p/ss :: owh, tak sabar nak tunggu 26 april.
p/sss :: sila klik iklan saya ye.. thanx.

Mar 21, 2011

TEPUNG BUNGKUS.

Hai korang.

Hari ni aku nak kongsi resepi kuih tradisional negeri aku. ni kuih peberet aku dari kecil lagi. hari2 makan kuih ni pun takpe, hehe. hari tu masa balek cuti aku try la jugak cari tapi tak jumpa pun. nak suh mak aku buat daun pisang pulak yang takde. so memang kempunan la aku balek cuti ari tu. tapi macam mana pun harap2 balek cuti nanti dapat la aku makan kuih ni. tak dapat makan yang mak aku buat tapi dapat makan yang beli pun takpe. asalkan dapat makan.

Aku amek resepi ni dari page selera terengganu. so, sape2 yang rasa nak kawen orang ganu tu boleh la try buat ye. bahan2 dia aku tengok pun sama jew macam resepi mak aku. so boleh la kongsi2 ye. jom kita terjah...



BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan yang dicampur sedikit garam
  • daun pisang untuk membungkus
BAHAN-BAHAN INTI
  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar air
  • 1 helai daun pandan
CARA-CARA
  1. masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga kering.
  2. da agak kering baru masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga rata. sejukkan.
  3. jadikan inti tadi dalam bentuk bebola kecil dan ketepikan.
  4. bancuhkan tepung beras bersama santan. masakkan bahan ini sehingga naik wap dan nampak pekat.
  5. layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang dimahukan.  lap dan bersihkan terlebih dahulu.
  6. ambil lebih kurang 3 sudu besar bancuhan tepung tadi dan letakkan di atas daun pisang. letakkan bersama 2 biji inti.
  7. tutup dan lipatkan di kedua-dua belah daun pisang tadi. kukus selama 20 minit.
  8. sejukkan dan boleh dihidangkan.
p/s :: selamat mencuba ye. tapi sedih lak tak dapat makan kuih ni. tu la susahnya duk kat perantauan ni.
p/ss :: jangan lupa klik iklan saya ye. thanx ^^,

Mar 19, 2011

PENGALAMAN PAHIT DI AWAL TAHUN 2011.

Hai korang.

Hari ni adalah hari yang sangat malang bagi aku. Namun, siapalh kita untuk mengungkit perkara ini dan menyalahkan takdir. Aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku tapi terdetik jugak di hati ni. kalaulah aku tak pergi pagi tadi, mesti perkara ni tak terjadi. tapi aku cepat menyedarkan diri aku. kita sebagai umat Islam, tak harus berfikiran begitu. seperti menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Sebenarnya, semalam aku ada parti BBQ bersama kawan2 Generasi Prihatin. kami sangat gembira. da lama tak dapat berkumpul ramai2. makan2. cerita2. gossip2. dan juga saling usik mengusik. thanx kepada ahli2 Generasi Prihatin yang tolong semalam. even juz tolong makan jew.

Awal pagi tadi, aku keluar pergi econsave dengan member aku. before pergi, aku da rasa berat hati giler nak ikut. rasa malas pun ada. da la hari ni aku ada class memandu, tapi entah la. aku bersiap jugak pergi econsave. perjalanan pergi kami selamat. after beli barang, member aku ni suh aku bawak motor dia. aku pun tanpa cakap banyak terus amek kunci motor and bukakan rantai motor. naik motor, start motor. tetiba rasa cam tak sedap hati. turun motor, bagi balek kunci motor tu dekat kawan aku. dia pun da pandang aku pelik. aku pun cakap yang aku tak nak bawak motor. biar dia jew la yang bawak.

Sepanjang perjalanan pergi dan balek aku da rasa pelik coz kawan aku ni punya la slow bawak motor. biasanya meter tu cecah 70 or 80 jugak la. tapi hari ni aku rasa memang 50 or 60 jew naik meter tu. tapi aku diamkan jew. tiba2 kami accident. dengan kereta lak tu. kepala aku da terhantuk kat jalan then aku tergolek2. naseb baik otak aku masa tu berfungsi dengan cepat. coz aku cepat2 bangun lepas da tergolek.

aku tengok kawan aku da nangis. tapi aku still ok lagi. aku kutip barang2 yang da berterabur tu and pergi pujuk kawan aku. owh, dia sangat fobia. aku tengok tangan dia memang da menggeletar masa tu. orang ramai pun da datang kat kitorang. tapi yang aku tak puas ati. bukan salah kitorang tapi. ade manusia yang ngek ni blame kitorang. aku masa tu memang tak dapat cakap ape2 coz sibuk tenangkan kawan aku.

Polis trafik pun tiba and dia yang redakan keadaan. boley pulak makcik yang bawak kereta tu cakap salah kitorang coz langgar bontot kereta dia. hello !!! tolong sikit ea. ko tu yang himpit kitorang ok. da la bawak kereta macam orang buta. eeiiiiii !! geram giler aku. da diorang blah aku pun cakap kat polis tu. kitorang tak langgar pon bontot kepek makcik tu. tapi kereta tu yang himpit kitorang.

Alhamdulillah, kitorang x cedera terok. juz luka ringan jew. aku pulak, da balek bilik baru perasan dua2 lutut aku luka. terpaksa solat zohor guna kerusi. =.=" . badan2 aku da start sakit. tadi takde papew lagi. aku pun tak pergi klinik lagi coz rasa macam tak terok. juz kepala jew yang terhantok kat jalan.

Ape2 pun. aku bukan nak doakan yang buruk2. tapi aku harap, satu hari nanti perkara ni akan berlaku jugak kat family makcik yang langgar kitorang tadi. tanpa ucapkan kata maaf or tanya keadaan kitorang. dia terus blah selepas dia dapat blame kitorang. ok fine !! aku tak kesah ok. seorang macam ko kat dunia ni. ada 10 orang yang lagi baik dari ko yang tolong kitorang tadi.

Pengalaman yang sangat tak boleh aku lupakan. dan akan dijadikan pengajaran kelak. tetiba menyesal pulak tak buat polis report even bukan aku yang bonceng motor tu tadi.

Mar 17, 2011

CONTEST : FREE PHOTOSHOOT FARIDISM PHOTOGRAPHY.


Hai korang. hari ni aku rasa cam gedik2 nak join contest taw. before ni tak pernah lak rasa nak join contest coz aku taw probability nak menang tu sangat la tipis. dah la aku pun bukannya blogger yang aktif pun. tapi kali ni, rasa nak join lak contest ni. 

Kenapa saya perlu dipilih untuk menang PHOTOSHOOT PERCUMA ni. Sebabnya adalah saya suka sangat bergambar. tapi tak pernah merasa photoshoot yang sebenar. juz kawan2 saya jew yang akan jadi photographer tak bertauliah kepada saya.(sangat kejam ok) saya juga nak tingkatkan keyakinan diri saya ketika berhadapan dengan orang yang saya tak kenal. mana la taw kot2 saya ada bakat yang terpendam yang saya sendiri tak taw. walaupun saya taw ketinggian saya dan bentuk fizikal saya yang memang tak akan melayakkan diri saya untuk menjadi model tetapi saya teringin nak rasa macam mana perasaan menjadi seorang model walaupun hanya 1 hari.

Tema yang saya inginkan adalah photoshoot couple. memandangkan saya dah bersama dengan dia 5 tahun . tapi kami jarang sangat bergambar bersama dan masing-masing jauh. jadi saya inginkan photoshoot bersama dia dengan keadaan yang sangat happening dan berwarna-warni. tetapi lembut mata memandang.




credit to the malaya

so, jom la kita ramai2 join contest ni ok. contest : free photoshoot faridism photography
saya nak tag syasya dan sha dan juga akak sepupu saya yang akan kawen bulan 12 nanti.


KOREAN STYLE.

Hai korang.

Semalam adalah hari yang sangat2 penat. pagi ke petang ade class + lab. malam lak ada dinner kolej. tapi ape2 pun, sangat2 enjoy. thanx to geng2 ting tong. korang memang giler2 + sporting. tema dinner semalam adalah "LIGHT. CAMERA AND ACTION". walaupun kami berpakaian tidak mengikut tema pada malam itu. namun kami tetap enjoy. yang penting adalah kami dapat makan dan bergambar. "title queen of the night" tu tak penting pon sebenarnya, hehe.

Walaupun makanan semalam sangat la banyak tapi aku masih tak berpuas ati. sebabnya, rasanya sangat kurang memuaskan. sampai kita orang membazir giler2 semalam. kalau sedap aku rasa confirm licin meja. tapi lain pulak yang jadinya. dah la aku awal2 lagi da kosongkan perut aku semata-mata nak gi dinner. owh ! sangat sedih bila terkenangkan makanan semalam.

ok la. aku nak kongsikan dengan korang beberapa keping gambar semalam. malas nak bebel panjang2..hehe

amek kau setepek aku letak muka aku.

geng ting tong.

ting tong lagi.

kami yang tidak ikut tema.

makanan yang tak abes.

kami lagi.
rumate saya.

owh. saya nampak gemok !! =.="
p/s :: hanya saya nampak sempoi di situ. korean style la sangat. =.="
p/ss :: jangan lupa klik iklan ok. thanx ^^,

BUDAK MUNCIT