,

Dec 25, 2010

KISAH SEORANG CIKGU.


Tengah2 syok ber"facebook"ing, aku terbaca satu artikel ni. Tetiba jew aku terpikir. Di dunia ni terdapat pelbagai jenis orang. Aku rasakan seperti kerdilnya kita sebagai orang Islam jika kita tak bertindak pertahankan agama kita sendiri. Sebelum aku ulas lebih panjang, jom aku kongsi artikel ni dengan korang.
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
First, credit to iluvislam.com coz aku pon amek artikel ni dari sane. Mula2 aku baca rasa cam nak jew sekeh2 kepala cikgu tu. Ada ke patot dia ajar students dia bukan2. Membazir jew duit mak bapak yang hantar anak dia kat sana. Sepatotnya dia sebagai cikgu kenalah ajar yang baik2, ni tidak. Kalaupun dia tu non-muslim dan tak percayakan Tuhan tu ada, janganlah pengaruhi budak2 kecil yg tak tau ape2 tu. Kesian kat diorang. Tapi ada hikmahnya juga cerita ni. Sebagai ibubapa, mereka pun kenalah bertanggungjawab jugak. Jangan disebabkan diorang berkerjaya so diorang serahkan semua urusan mendidik dan menjaga anak2 diorang kat cikgu sekolah or nursery. Aku rasa tak patot sangat taw. Kesian budak2 tu, tak dapat kasih sayang dan perhatian yg sebetulnya dari parents diorang sendiri. Ape2 pun kepada parents2 kat luar sana (even aku tau yg diorang x baca pon blog aku ni) didiklah anak anda sendiri dan janganlah terlalu percaya kpd orang laen. Sekian.

1 comment:

bahirah said...

menarik!!pndai budak tu...hihi

BUDAK MUNCIT