,

Mar 19, 2011

PENGALAMAN PAHIT DI AWAL TAHUN 2011.

Hai korang.

Hari ni adalah hari yang sangat malang bagi aku. Namun, siapalh kita untuk mengungkit perkara ini dan menyalahkan takdir. Aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku tapi terdetik jugak di hati ni. kalaulah aku tak pergi pagi tadi, mesti perkara ni tak terjadi. tapi aku cepat menyedarkan diri aku. kita sebagai umat Islam, tak harus berfikiran begitu. seperti menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Sebenarnya, semalam aku ada parti BBQ bersama kawan2 Generasi Prihatin. kami sangat gembira. da lama tak dapat berkumpul ramai2. makan2. cerita2. gossip2. dan juga saling usik mengusik. thanx kepada ahli2 Generasi Prihatin yang tolong semalam. even juz tolong makan jew.

Awal pagi tadi, aku keluar pergi econsave dengan member aku. before pergi, aku da rasa berat hati giler nak ikut. rasa malas pun ada. da la hari ni aku ada class memandu, tapi entah la. aku bersiap jugak pergi econsave. perjalanan pergi kami selamat. after beli barang, member aku ni suh aku bawak motor dia. aku pun tanpa cakap banyak terus amek kunci motor and bukakan rantai motor. naik motor, start motor. tetiba rasa cam tak sedap hati. turun motor, bagi balek kunci motor tu dekat kawan aku. dia pun da pandang aku pelik. aku pun cakap yang aku tak nak bawak motor. biar dia jew la yang bawak.

Sepanjang perjalanan pergi dan balek aku da rasa pelik coz kawan aku ni punya la slow bawak motor. biasanya meter tu cecah 70 or 80 jugak la. tapi hari ni aku rasa memang 50 or 60 jew naik meter tu. tapi aku diamkan jew. tiba2 kami accident. dengan kereta lak tu. kepala aku da terhantuk kat jalan then aku tergolek2. naseb baik otak aku masa tu berfungsi dengan cepat. coz aku cepat2 bangun lepas da tergolek.

aku tengok kawan aku da nangis. tapi aku still ok lagi. aku kutip barang2 yang da berterabur tu and pergi pujuk kawan aku. owh, dia sangat fobia. aku tengok tangan dia memang da menggeletar masa tu. orang ramai pun da datang kat kitorang. tapi yang aku tak puas ati. bukan salah kitorang tapi. ade manusia yang ngek ni blame kitorang. aku masa tu memang tak dapat cakap ape2 coz sibuk tenangkan kawan aku.

Polis trafik pun tiba and dia yang redakan keadaan. boley pulak makcik yang bawak kereta tu cakap salah kitorang coz langgar bontot kereta dia. hello !!! tolong sikit ea. ko tu yang himpit kitorang ok. da la bawak kereta macam orang buta. eeiiiiii !! geram giler aku. da diorang blah aku pun cakap kat polis tu. kitorang tak langgar pon bontot kepek makcik tu. tapi kereta tu yang himpit kitorang.

Alhamdulillah, kitorang x cedera terok. juz luka ringan jew. aku pulak, da balek bilik baru perasan dua2 lutut aku luka. terpaksa solat zohor guna kerusi. =.=" . badan2 aku da start sakit. tadi takde papew lagi. aku pun tak pergi klinik lagi coz rasa macam tak terok. juz kepala jew yang terhantok kat jalan.

Ape2 pun. aku bukan nak doakan yang buruk2. tapi aku harap, satu hari nanti perkara ni akan berlaku jugak kat family makcik yang langgar kitorang tadi. tanpa ucapkan kata maaf or tanya keadaan kitorang. dia terus blah selepas dia dapat blame kitorang. ok fine !! aku tak kesah ok. seorang macam ko kat dunia ni. ada 10 orang yang lagi baik dari ko yang tolong kitorang tadi.

Pengalaman yang sangat tak boleh aku lupakan. dan akan dijadikan pengajaran kelak. tetiba menyesal pulak tak buat polis report even bukan aku yang bonceng motor tu tadi.

2 comments:

*Ms Serry*Fatieha said...

Sabar je la cik anne.. Manusia ni rambut jer sama htm tp hati lain2.. Nsb baik cik anne dgn kawan cik anne tak cedera teruk tp if ada rasa sakit baik pg cek sbb tkt lau ada kecederaan kat anggota dalaman...

cik anne said...

hmm,,tu la..naseb bek x terok sgt..thanx ye miss serry ^^,

BUDAK MUNCIT